Hari ini hari kedua pelajar kolej matrikulasi seluruh Malaysia menduduki PSPM bagi semester dua. Bagi pelajar program satu tahun macam aku, penantian pada kertas terakhir itu adalah saat yang sungguh menggembirakan. Tapi, itu dulu. Sebelum aku berkahwin dengan pensyarah.Sekarang, aku tidak tahu nasib aku bagaimana. Apakah ibu dan ayah akan menjemputku seperti rakan-rakan yang lain atau sebaliknya.
"Jangan fikir sangat masalah yang berlaku. Kakak kuat dan kakak boleh buat!"Masih terngiang-ngiang suara ibu di hujung corong telefon. Aku rindu keluarga aku. Keluarga aku juga sudah dimaklumkan tentang pernikahan Fadzil buat kali kedua yang secara tiba-tiba. Fadzil juga ada pulang ke kediaman keluargaku tanpaku. Kata ibu, dia bertemu ayah. Aku tahu ayah bukan jenis yang cepat menggelabah. Aku tidak tahu apa yang dia ceritakan kepada ayah.
"Rosie."Aku yang sedang memerhati skrin telefon menoleh pada suara yang menyeru namaku. Apa lagi dia ni? Kalau dia mahu berbincang soal pertunangan, aku ingin lari sekarang.
"Senang tak matematik tadi?"soal Aiman, mahu berbasa-basi. Aku tersenyum hambar.
"Let bygone be bygone. Malas aku ingat. Yang pasti, syukur Alhamdulillah. Aku boleh jawab. Soalannya sama saja macam past year questions."Balasku tanpa membalas renungannya yang penuh makna. Ini kalau Fadzil nampak, boleh timbul fitnah.
"Rosie."Suara Nadhirah yang memanggilku dari jauh. Dia bersama tiga lagi orang sahabat sekelasku beriringan menuju ke arahku dan Aiman. Dalam diam aku menarik nafas lega. Aku pasti, mereka juga ingin menyelamatkan keadaan aku yang sedang tersepit. Terima kasih kalian!
"Jom pergi cubic. Kita kena konsult dengan pensyarah Bisnes."Kata Nabila ketika mereka sudah tiba di sisiku. Seketika kemudian Fadzil turun dari tangga bangunan dewan peperiksaan kami. Oh, aku lupa, hari ini dia ditugaskan mengawasi pelajar di Pusat J. Aku Pusat G. Patutlah tidak bertemu.
Fadzil beriringan bersama beberapa orang pensyarah yang lain. Yang pasti aku dapat melihat perempuan bernama Anis Syazira turut berada di sisinya. Beberapa saat kemudian, mata aku dan Fadzil bertentang. Anis sedang menyapu habuk-habuk yang berada di kot Fadzil sambil tersenyum sinis ke arahku. Mahu tayang dia bahagia barangkali. Fadzil pula dalam keadaan acuh tak acuh sambil memandang aku dalam tempoh yang lama. Aku tidak mengerti maksud pandangan itu.
"Rosie. Kau okey tak?"Soal Aiman tiba-tiba.
"Kenapa kau pandang pensyarah-pensyarah tadi tak berkelip?"Sambung Aiman lagi.
"Eh, aku okey. Jom geng kita pergi cubic. Sekarang pun dah dekat pukul 1. Kejap lagi dah zuhur. Aku takut tak sempat je."Aku mendahului langkah mereka semua. Rakan-rakan sekelasku mengekoriku dari belakang. Aiman, aku tak pasti sama ada dia ikut atau tidak. Biarlah dia. Malas aku ambil tahu.
"Rosie kuat. Rosie hebat."Kata Natasya sambil menepuk bahuku. Terus aku toleh ke belakang. Aiman tiada bersama. Lega.
"Sabar tau. Aku tahu kau boleh."Kata Syafiqa pula. Aku tidak tahu mahu senyum atau mahu masam saja. Mood aku sudah merayap entah ke mana.
***
Setibanya di cubicle, kami berlima berpecah. Aku bersama Nadhirah dan Nabila manakala Natasya bersama Syafiqa. Kami perlu bertemu dengan pensyarah yang berlainan. Mungkin nasib aku. Kami bertiga perlu berkonsult dengan Encik Aqil Asyraf memandangkan dia sahaja pensyarah yang tidak dihurung oleh pelajar.
"Rosie boleh tolong pass kan fail ni ke meja Sir Fadzil?"Soal Sir Aqil kepadaku memandangkan tempat yang aku duduk berdekatan dengan mejanya. Tanpa banyak soal aku terus mencapai fail kuning tersebut dan membuka langkah ke meja Fadzil.
Fadzil ada di situ. Sedang berasmara dengan isterinya. Naik menyampah aku pada mereka. Bermesra tahap melampau sampai depan pelajar pun nak action. Maksud aku, perempuan yang bernama Anis Syazira itu yang berlebihan. Fadzil, melalui pandangan aku, sudah naik rimas dengan keadaan itu. Tapi tak tahulah anggapan aku itu benar atau tidak.
Melihatkan kehadiran aku di meja Fadzil, semakin menjadi-menjadi sikapnya. Aku hanya menundukkan kepala sebelum meletakkan fail itu di atas meja tanpa memandang ke arah mereka.
"Anis, mari sini sekejap."Aku dengar suara Puan Fatima memanggil dia. Anis berlalu ke meja sebelah manakala tanganku tiba-tiba direntap hebat. Sakit aku dibuatnya. Kalau tiada orang di situ, dah lama aku menjerit. Terus aku pusing ke arah meja Sir Aqil kerana bimbang dia melihat aksi Fadzil yang diluar kawalanku. Lega kerana Sir Aqil khusyuk mengajar rakan-rakanku.
"Apa abang ni!"Marahku sambil menjeling. Nada suara masih dikawal.
"Maaf. Tapi abang rindu,"Fadzil melepaskan tanganku. Terus aku menyapu-nyapu bahagian yang sudah kemerahan. Aku berlalu dari situ tanpa kata. Sudahlah tak telefon atau mesej aku. Bukan main seksa aku menahan rindu. Tiba-tiba mengaku rindu. Tipu!
***
Kertas bersepahan di segenap ruang meja belajarku. Jam baru pukul 12:00 tengah malam. Bagi pelajar seperti kami, malam masih muda. Sekejap-sekejap aku mengerling ke arah Samsung Galaxyku. Mengharapkan ia berbunyi dan si pemanggil itu adalah dia. Tapi, hampa terus hatiku. Aku mengeluh keresahan. Tanpa sedar, aku sudah terlentok di meja belajar dalam keadaan jiwa yang tertekan.
"Arghh!"Aku tersedar. Aku masih di meja belajar dan lampuku masih bernyala. Ayra dan Darshini sudah lena diulit mimpi indah. Hanya Sofea yang masih berjaga. Dia baru selesai memberi salam yang kedua dan dia dalam keadaan bertelekung ketika itu.
"Rosie? Okey tak? Tidurlah dekat katil. Yang kau tidur dekat meja tu buat apa. Ingat jawapan nak lekat dekat kepala ke?"Bebel Sofea sambil cuba berjenaka.
Peluh sejuk mengalir di dahi dan seterusnya ke pipiku.
"Aku mimpi buruk."Luahku. Mimpi itu datang lagi. Yusuf Mikhail muncul lagi. Apa maksud mimpi itu aku sendiri tidak tahu. Cepatlah balik rumah. Aku nak peluk ibu!
"Better kau pergi ambil wuduk dan solat tahajjud. Doa banyak-banyak. Mainan syaitan je tu."Sofea cuba menyedapkan hatiku.
Aku mengangguk lantas mencapai telefonku.Masih mengharapkan ada panggilan ataupun mesej dari dia. Hampa lagi hati dan jantungku. Baru pukul 2:45 minit pagi. Aku ingat dah lewat sangat. Ada satu mesej dari unknown number masuk ke dalam inboxku. Bergetar tanganku ketika ingin membukanya.
***
Fadzil mengeluh perlahan. Rindunya sudah tidak tertahan. Dia tekan skrin dail kemudian dia matikan semula. Dia perlu menjelaskan keadaan pagi tadi kepada isterinya yang tercinta. Tanpa sedar dia sudah menarik sehelai selendang milik Rosie Aulia lantas diciumnya. Bau haruman isterinya yang sering menjerat hati dan jiwanya menjadi pelepas rindu buatnya seketika.
***
"Mansur. Come to me."Kata Anis dalam keadaan mabuk. Dia tiada arah. Kalau duduk di dalam rumah bersama lelaki yang digilainya, dia sendiri boleh jadi gila! Panas seluruh anggota tubuhnya jika melihat Fadzil solat atau membaca kalimah suci Al-Qur'an.
Mansur tersenyum penuh makna. Peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin. Perlahan-lahan dia menutup rapat pintu bilik hotel bajet itu.
#Bersambung.
![](https://img.wattpad.com/cover/59450624-288-k861480.jpg)
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...