Isnin, 5:38 petang.
Aku nampak Proton Iriz biru dari jauh. Waktu itu aku baru keluar dari kubikel bersama empat orang classmate aku. Memang riuh satu pejabat tadi dengan cerita Miss Anis dan suami aku sendiri. Aku buat muka biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dalam sibuk aku tahan sebak, Puan Fatima yang agak rapat dengan Fadzil tepuk bahu aku. Yalah, dalam banyak-banyak pensyarah, Puan Fatima dan Encik Hasnul saja yang tahu kami dah berkahwin.
"Apa sebenarnya yang dah jadi?"soal dia.
Aku geleng kepala. Aku mana tahu apa-apa. Aku sendiri tergamam bila tahu yang aku dah ada madu. Pensyarah dalam kolej aku sendiri!
Dalam perjalanan untuk balik ke asrama, kereta itu makin hampir. Tempat yang aku selalu duduk kini dah jadi tempat orang lain. Ah! Mata! Aku mohon jangan keluar air sekarang!
"Rosie, kau okey tak?"Soal Nabila.
Aku diam. Mata aku tak mampu tahan sebak. Aku terus peluk Nabila. Nadhirah, Natasya , dan Syafiqa turut tergamam melihat tingkah laku aku.
"Kau kenapa ni?"Giliran Natasya pula menyoal aku.
Aku masih tidak menjawab soalan mereka. Dalam masa yang sama, telefon aku berdering minta di jawab. Aku biar. Aku tak nak jawab sebab aku tahu tu mesti Fadzil.
Tiba-tiba Proton Iriz itu berhenti menghalang langkah kami berlima. Langkah kami terhenti.
"Sir Fadzil dengan Miss Anis lah,"kata Syafiqa.
"Kenapa diorang berhenti?"soal Nadhirah sambil membetulkan kedudukan aku. Yalah, aku berdiri senget-benget macam orang nak pitam.
Fadzil keluar dari kereta. Dia memandang sekilas ke arah kami berlima. Aku tak pasti sama ada dia perasan atau tidak pada wajah aku yang mulai merah dan mata aku yang semakin galak mengeluarkan air.
"Keluar!"Jerkah Fadzil sambil buka pintu sebelah pemandu. Senang cerita, pintu tempat Miss Anis duduk.
Miss Anis menyilangkan tangannya.
"Apa ni sayang? You dah lah berhenti kereta depan student lepas tu jerkah I. I tak nak!"
Fadzil merengus geram menahan marah. Aku tak pernah tengok dia marah sebegitu.
"Aww! Sakitlah!"Miss Anis menjerit kuat apabila tangannya ditarik kasar oleh Fadzil. Nasib hanya kami berlima sahaja yang melihat drama itu. Kalau paparazi KMS yang tengok.. alamatnya , esok keluar cerita lagi tentang 'Pasangan Pengantin baru yang merupakan pensyarah KMS, bergaduh di hadapan pelajar.'
"Rosie."Aku pandang. Aku tahu pasti empat orang kawan kelas aku pelik. Apa kaitan aku dengan mereka? Kenapa Sir Fadzil halau isteri dia lepastu panggil aku? Dan yang lebih pasti, bilangan orang yang tahu tentang kisah perkahwinanku dengan pensyarah semakin bertambah lepas ni. Pasti!
"Naik,"Arah Fadzil.
Kawan-kawan aku sudah pandang aneh kepadaku. Miss Anis masih belum habis menyapu kesan luka akibat ditarik oleh Fadzil tadi.
"Abang kata, naik! Abah dah tenat!"Aku terkesima mendengar ayat terakhir. Lantas, aku terus masuk ke dalam kereta itu dan Fadzil menutup pintu. Miss Anis menjerit untuk naik sama tetapi malangnya dia ditinggalkan. Dia cuba mengejar, namun gagal.
Sempat juga aku berfikir, boleh saja Fadzil terus ke Ipoh bersama 'isteri barunya' tanpa perlu pulang ke KMS lagi. Tapi...
***
"Abang minta maaf terpaksa berkeras. Kita dah tak cukup masa."Kata Fadzil tiba-tiba kerana hanya suara angin dan cengkerik serta katak-katak liar yang bersuara.
Aku masih diam. Hati aku telah terluka. Emosi aku sudah tidak stabil.
Fadzil memberi signal untuk masuk ke R&R Tanjung Malim. Azan maghrib sudah berkumandang. Ketika aku hendak mencapai telekung yang memang aku letak di belakang, tangan aku ditahan. Fadzil pandang wajah aku lantas dia kucup dahi aku. Aku rasa kehangatannya. Aku rindu.
"Abang minta maaf."
Aku terus keluar dari kereta. Penerimaan maaf dari aku bukan murah.
***
Roti coklat dan air susu kotak Dutch Lady kegemaran aku masih belum terusik. Masa bila entah Fadzil beli, aku tak tahu. Masuk saja dalam kereta aku lihat sudah ada di atas dashboard kereta. Untuk siapa lagi kalau bukan aku. Nak kata itu Miss Anis punya, air kotak itu masih sejuk.
Kereta kami masuk ke persimpangan Jelapang. Pemisah antara Ipoh dan Kuala Kangsar. Memang itu jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke rumah mentua aku.
Sewaktu kereta sudah membelok ke Taman Meru Raya 1, aku lihat betapa banyaknya kereta di hadapan rumah banglo dua tingkat itu. Aku pasti itu kereta saudara-mara Fadzil.
Aku cuba sehabis baik memaniskan muka. Aku tak pasti sama ada mentua aku sudah tahu ataupun tidak yang mereka sudah ada menantu nombor dua. Lantaklah. Itu semua urusan Fadzil. Aku malas ambil tahu.
Mama memeluk aku erat. Saat itu juga tubir mata aku sudah bergenang. Tidak sampai sesaat air mata aku sekali lagi mengalir. Ish! Mana aku yang brutal dulu? Mana aku yang gengster dulu? Mana? Mana?
"Rosie pergi jumpa abah cepat. Abah dah tak lama."Kata mama.
Fadzil sudah mencapai tangan aku. Aku cuba tepis tapi aku perempuan. Tak terdaya menahan daya kekuatan lelaki.
Kami masuk ke dalam rumah bersama-sama. Semua saudara-mara dia memandang kami. Aku tak sempat untuk bersalaman dan bertanya khabar kerana masa tidak mengizinkan.
"Fadzil jaga mama, isteri dan anak elok-elok."
Itu amanatnya dan itulah kata-kata terakhirnya. Aku tidak dapat menahan sebak melihat abah menahan sakaratul maut.
Abah sempat mengucap dua kalimah syahadah. Aku dengar. Beruntungnya abah. Syurga tempat mu abah. Abah pergi dihadapan mama,aku, Fadzil, Faiqa iaitu adik iparku dan saudara-mara yang lain. Tanpa sedar aku sedang menggenggam erat tangan suamiku. Setelah sedar, aku lepaskan dan aku pergi memeluk mama.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...