[ NOVEL INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.TIADA KAITAN ANTARA YANG MASIH HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ]
Kedengaran suara tangisan Ayeesha dari bilik tidur. Bayi perempuan yang berumur 7 bulan itu menangis dengan kuat pada malam itu. Lepas seharian Ayeesha tidur,malam ni pula tiba-tiba berjaga. Nampaknya kenalah jadi burung hantu lagi malam ni. Sudahlah tesis tak siap lagi,Ayeesha pula menangis. Budak seorang ni dahlah susah nak tidur. Kenalah bergilir-gilir jaga Ayeesha.
Khairani atau rakan-rakan baiknya hanya memanggil dirinya sebagai "Khai",terdengar suara anaknya menangis. Dia pun apa lagi,cepat-cepat pergi dapur untuk buat susu Ayeesha. Ayeesha kini dibiasakan dengan susu tepung kerana Farhana bukannya akan selalu ada. Sibuk dengan kelas,dia sendiri pun begitu. Jadi,kadang-kadang Ayeesha akan dijaga oleh adik Khairani,Khadijah. Walaupun Khadijah masih lagi bersekolah,tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),namun tak mengapalah. Asalkan keselamatan anaknya terjamin. Khadijah pun okay je bila dia diminta untuk menjaga Ayeesha.
Farhana sedang memujuk Ayeesha sambil mendukungnya. Ayeesha tidak henti-henti menangis. Aduhai,bila nak siap kerja ni?Manalah suaminya ni? Tidak lama kemudian,kelihatan susuk tubuh seorang lelaki dimuka pintu sambil memegang botol susu. Khairani. Ingatkan jembalang mana datang.Dahlah tak bagi salam ke apa. Terus je masuk bilik dan berdiri kaku disitu. Nasib tiada sakit jantung.
"Terkejut saya! Lain kali,bagilah salam ke apa",kata Farhana dengan cemas. Berderau jantung Farhana.
"Alahai,yelah..Sorry sorry..Assalamualaikum" Khairani mengalah.
"Waalaikumussalam" jawab Farhana.
Khairani terus berjalan menuju ke arah Farhana dan anaknya.
"Anak papa ni kenapa menangis tengah-tengah malam ni?" Khairani mendukung Ayeesha.
Ayeesha sedikit tenang. Amboi,anak papa betul. Bila mama dia dukung,dia menangis. Ayeesha sedikit merengek. Dia dah haus ni. Farhana mendukung Ayeesha semula lalu menyusukan Ayeesha. Khairani tak mahu ganggu ibu dan anak tersebut,lalu dia pun beredar ke ruang tamu untuk sambung membuat kerja.
Alhamdulillah,sejak kelahiran Ayeesha,hidup mereka yang serba kekurangan mula berubah ke arah yang lebih baik. Betullah orang kata,kadang-kadang anak ni pembawa rezeki. Hidup mereka kini bertambah gembira dan bahagia serta mencukupi keperluan mereka sejak Ayeesha lahir ke dunia ini. Alhamdulillah,Ayeesha benar-benar pembawa rezeki ke dalam keluarga mereka. Rezeki anak,kan?
Selepas siap semua kerja,Khairani pun masuk ke dalam bilik. Terlihat Farhana sedang gigih menyiapkan kerjanya pula manakala anak perempuan tunggalnya itu sedang melayan dunia sendiri. Dia sedang main dengan anak patung beruang dia. Baby kan..apa lagi yang dia boleh buat.
"Dah siap kerja?",tanya Farhana.
"Sudah",jawab Khairani.
"Tolong jagakan Ayeesha..Hana ada sedikit lagi kerja yang perlu diselesaikan" pinta Farhana sambil matanya tekun memandang skrin laptop.
"Don't worry,darling",jawab Khairani.
Speaking pun boleh.
Kemudian,Khairani pun bermain bersama-sama Ayeesha. Untung betul Farhana kerana dapat suami yang baik dan bertanggungjawab seperti Khairani. Okaylah tu,done puji. Heol.Setelah beberapa jam memerah otak,akhirnya siap juga. Farhana menggeliat. Letih! Padahal fikir idea je pun. Letih dia kalah Magnus Carlsen memikirkan strategi sewaktu berlawan dengan Anand Viswanathan,bekas World Chess Grandmaster selepas beliau tewas kepada pencabar,Magnus Carlsen pada tahun 2013. Fuh ayat. Okay tutup cerita. Farhana pun memandang ke arah Khairani dan Ayeesha. Tidur rupanya dua beranak ni. Patutlah senyap je. Tak mengapalah. Ayeesha bukannya senang nak tidur. Khairani sudah tolong tidurkan Ayeesha walaupun dengan dia-dia sekali tertidur pun dah cukup baik. Kemudian,Farhana pun bangun menuju ke katil lalu tidur bersama-sama mereka berdua.
-Keesokan paginya,-
"Adik tolong jagakan Ayeesha,ya?" pinta Khairani kepada adiknya,Khadijah.
"Baiklah abang. Abang ni macam tak biasa pula"
"Abang minta je" kata Khairani yang sedang memakai kasut.
"Abang jangan risaulah. Abang ni macamlah baru sehari dua kenal adik" rungut Khadijah.
"Yelah,abang tahu adik abang ni boleh dipercayai" Khairani mengusap lembut kepala adiknya.
"Kalau ada apa-apa atau nak kirim sesuatu,telefon abang" pesan Khairani.
"Okay bos!" kata Khadijah sambil tersenyum.
"Abang pergi
dahulu,Assalamualaikum""Waalaikumussalam".
Khairani memasuki keretanya. Hari ini dia seorang diri je memandu ke universiti. Farhana kena pergi awal. Dia awal-awal pagi lagi sudah ke universiti menumpang rakannya. Tak mengapalah,nak buat macam mana kan? Nasib baik Khadijah ada untuk jagakan Ayeesha. Ibu bapa Khairani dan Khadijah,seperti biasalah.Takkan nak duduk rumah je kan? Confirm lah pergi kerja. Farhana pula yatim piatu. Siapa lagi yang mahu diharapkan kalau bukan Khadijah? Khairani pun meneruskan pemanduannya ke universiti.
Bersambung
✔️vote ✔️comment✔️share
A/N : Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan kami yang memberi kebenaran untuk menggunakan nama dia sebagai watak utama dalam novel ni
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...