3

1.1K 109 8
                                    

"Hello" kedengaran suara seorang gadis diganggang telefon itu disambut juga dengan tangisan seorang bayi.

"Hello" balas lelaki tersebut.

Siapa mereka? Siapa lagi kalau bukan adik beradik ini.

"Oh abang..ada apa?" tanya adiknya.

"Abang sengaja je call. Kenapa Ayeesha menangis tu?" tanya Khairani dengan nada sedikit risau.

"Tiada apa. Ayeesha ni tadi,dia main buku. Lepas itu dia ketuk-ketuk orang. Adik ambillah buku tu dari tangan dia. Lepas tu dia menangis" kata Khadijah.

"Ohh..haish anakku" keluh Khairani.

"Abang sengaja je telefon kot-kot ada apa-apa nak kirim ke apa,Ayeesha okay ke tak. Kalau tiada apa-apa,tak mengapalah.Abang pergi kelas dahulu" kata Khairani lagi.

"Okay" jawab Khadijah sebelum mereka menamatkan panggilan tersebut.

Farhana berbual dengan rakannya tentang keluarga masing-masing. Maklumlah,semua kawan-kawannya merupakan "geng geng mak orang". Mestilah memahami antara satu sama lain.

"Ayeesha dah pandai merangkak ke belum?" soalan ditujukan kepada Farhana.

"Belum,dia baru pandai meniarap" jawab Farhana.

"Oh,tak lama lagi pandailah tu" jawab seorang lagi rakannya.

Farhana hanya tersenyum. Seronok juga jadi ibu bapa. Dapat melihat telatah anak yang lucu dan comel. Apatah lagi jika mereka pandai membuat sesuatu yang baharu dan membanggakan. Perasaan terharu dan bangga pasti akan terselit pada hati setiap ibu bapa atas kejayaan anak-anak mereka. Ibu bapa mana yang tak suka melihat anak mereka berjaya,kan?

-skip-

Khairani menjemput Ayeesha di rumah ibu bapanya. Ibu bapanya masih belum pulang dari kerja. Dia pula tak boleh tunggu lama. Kesian Farhana seorang diri di rumah. Bahaya pula tinggalkan seorang perempuan di rumah seorang diri. Karang kalau apa-apa jadi susah. Zaman sekarang penuh dengan jenayah yang tidak diduga. Malang tidak berbau. Lebih baik cegah sebelum terkena. Sewaktu dia menjemput Ayeesha,Ayeesha sedang lena dibuai mimpi. Senang Khadijah nak buat ulangkaji untuk peperiksaan SPM yang bakal dia hadapi. Bukan apa,kadang-kadang Ayeesha tak mahu bermain seorang diri. Dia mahu orang dukung dia dan bawa dia kemana-mana sahaja. Letih mahu dukung dia sepanjang masa. Dia bukannya 'ringan' sangat. Khairani mendukung Ayeesha.

"Anak papa ni tidur ya?"

Ayeesha masih lena setelah didukung oleh Khairani. Khairani pun mengucapkan terima kasih kepada adiknya dan mengirim salam kepada kedua ibu bapanya sebelum berlalu pergi untuk pulang ke rumahnya.

Dirumah,Ayeesha masih lena didalam tangan Khairani. Khairani membuka pintu rumahnya.

"Assalamualaikum" dia memberi salam.

Tiada jawapan. Rasanya Farhana sudah pulang ke rumah. Khairani meletakkan Ayeesha di dalam baby courtnya yang berada di ruang tamu,kemudian dia pun berjalan ke dapur. Farhana sedang membasuh pinggan selepas memasak. Khairani menyapa Farhana.

"Assalamualaikum"

"Walaikumussalam" jawab Farhana.

"Awal balik?" tanya Farhana.

"Kelas habis awal hari ini.." jawab Khairani.

"Masak apa tu?" tanya Khairani.

"Ayam masak sambal sahaja,boleh?"

"Boleh.." jawab Khairani selamba.

Yang sebenarnya,dia dah lapar. Asalkan dapat makan,itu target utama.

"Abang tengok Ayeesha tahu.." kata Khairani.

"Okay" balas Farhana pendek.

Khairani berjalan menuju kearah baby court milik Ayeesha.Laa,budak kecil seorang ni sudah bangun. Kenapa tak bagitahu? Eh? Ayeesha kan masih kecil. Macam mana nak bagitahu. Haish. Khairani mendukung Ayeesha.

"Anak papa dah bangun?"

Ayeesha tersengih memandang ayahnya. Amboi menawannya. Anak siapa lah ni? HAHAHHAHAHA..

-skip

Malam itu,Khairani melayan Ayeesha. Farhana sedang menggosok pakaian. Kenalah dia jaga budak ini. Ayeesha suka bermain dengan benda yang keras. Lepas tu dia ketuk orang.

Sakit.

Tetapi biasalah kan,budak? Masih bayi pula tu. Nak buat macam mana. Tidak lama kemudian,Farhana pun datang menyertai mereka berdua.

"Abang,bila kita mahu ada rumah baharu? Rumah ni dah sempit dengan perabot.." keluh Farhana.

Soalan ini membuatkan Khairani diam seketika.

"Nantilah,Ayeesha kan masih kecil. Kita kena tumpu pada dia dahulu. Lagipun kita masih belajar. Nanti,bila kita dah kerja,dah ada duit sedikit,kita pindah ke rumah yang kita impikan. Hana percayakan abang. Akan tiba harinya nanti. Cuma cepat atau lambat" Khairani memegang tangan Farhana.

Farhana senyum sedikit memandang Khairani. Dia percayakan suaminya. Dia tahu suaminya bercakap benar.

-Bersambung-

✔️vote ✔️comment✔️share   

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang