Farhana hanya memandang Khairani dengan rasa pelik dan curiga. Apa lagilah yang ditimpa suaminya ini? Farhana pasti,ada sesuatu yang tidak kena. Kesan calar yang ada pada tengkuk suaminya itu pun sangat mencurigakan.
Farhana mula menyentuh perlahan kesan calar yang jelas kelihatan di leher Khairani itu. Khairani yang sedang termenung memikirkan mengapa adanya kesan calar itu terkejut dek sentuhan tangan isterinya pada tenguknya itu. Apa lagi,melatah kecillah dia.
"Opocot mak kau. Astaghfirullah,Hana. Terkejut abang...",katanya sambil mengusap-usap dada perlahan.
Farhana berasa serba salah melihat keadaan terkejut Khairani. Lalu,dia tersengih penuh serba salah.
"Err,sorry abang. Hana nak tengok je calar tu. Tak sangka abang tengah berangan. Abang berangan apa? Orang lain ea?",dia mula berpura-pura kecil hati.
"Eh,Hana. Ke situ pulak dia. Mana ada orang lain. Hahahaha,dan abang bukan berangan. Abang tengah fikirkan sesuatu",balas Khairani.
Macam-macam saje Farhana ni. Haih.
"Apa yang abang fikirkan? Macam penting je?"
"Hmm,bukan apa,Hana. Abang cuma fikirkan keadaan kita sekarang ni je. Abang dah mula tak sedap hati,ni. Hana rasa tak apa yang abang rasa? Ayeesha dah mula cakap pasal benda pelik-pelik. Lagilah abang risau",luah Khairani.
Ya,sememangnya dia risaukan keadaan keluarga mereka sekarang ini. Dalam fikirannya sudah merancang untuk keluar secepat mungkin daripada rumah itu.
"Iya,abang. Hana pun rasakan perkara yang sama. Hana risaulah abang. Hana takut juga,sebenarnya."
Giliran Farhana pula meluahkan rasa risaunya kepada Khairani.
Khairani melabuhkan punggungnya ke sofa di ruang tamu kediaman mereka itu. Letih pula rasanya berdiri terlalu lama. Serius pula berborak.
Hana mengikut tindak tanduk Khairani. Dia mula duduk di sofa seperti Khairani.
"Hm,abang. Hana rasa kan,apa kata kita pergi cari ustaz untuk tengokkan rumah kita ni. Mana tau boleh membantu?",cadang Farhana buat kali kedua kerana sebelum ini dia pernah mencadangkan sedekimian. Mungkin suaminya sudah lupa.
Terdiam seketika Khairani. Ya tak ya,seingatnya Farhana ada mengutarakan cadangan tersebut padanya. Namun,dia lupa.
"Boleh juga tu,Hana. Abang tanya Hafidz nanti. Kut-kut dia ada kenal mana-mana ustaz ke kan? Boleh kita bawa ustaz tu ke rumah kita."
"Okey,abang. Eloklah tu. Eh,abang tak bersiap ke kerja lagi ni kan? Lewat dah ni bang",tegur Farhana.
Melihatkan Khairani yang masih belum bersiap,tergerak hati Farhana untuk menegur suaminya. Nampak tenang je tak bersiap ke kerja.
"Hahaha,abang rasa abang tak nak kerja harini,Hana. Abang nak duduk di rumah. Lepas abang hantar Ayeesha ke sekolah nanti,abang nak ke masjid luar simpang rumah kita tu sekejap. Nak tanya-tanya pasal rumah kita ni ha."
Farhana hanya mengiyakan sahaja kata-kata suaminya itu kerana tiada apa yang perlu dibantah.
Tidak lama kemudian,Farhana berlalu ke dapur untuk menghidangkan sarapan. Sarapan memang sangatlah penting,lagi-lagi untuk Ayeesha. Bagi dia cerdas dan cergas sepanjang di sekolah.
"Abang,Ayeesha sayang,mari sarapan. Nanti papa nak hantar Ayeesha ke sekolah dah",panggil Farhana apabila dia siap menghidangkan sarapan.
Ayeesha yang sedap bersiap-siap terkejut mendengar panggilan mamanya lalu dia pantas turun ke ruang makan. Ketika dia melintasi tangga,langkahnya terhenti seketika. Nenek yang menegurnya hari itu ada menunggunya di hujung tangga. Nenek itu kelihatan melambai-lambai kepadanya tanda menyuruh Ayeesha mendekat.
Kepala Ayeesha pantas menggeleng-geleng tanda menolak. Dia tidak mahu dekat dengan nenek itu. Nenek itu menyeramkan setelah dia fikirkan berkali-kali.
Ayeesha perlahan-lahan berjalan melepasi tangga dan dia menjerit sekuat hatinya apabila tangannya dipegang oleh nenek tua itu.
"AAAAA,PAPAAAA! MAMAAA! TOLONG AYEESHA. TOLOOONNNGGGGG!",jeritnya semampu yang dia boleh.
Khairani dan Farhana yang mendengarnya terkejut besar lalu nereka terus berlari mendapatkan anak mereka itu.
Gugur jantung Farhana apabila dia melihat anak kesayangannya itu sudah terbaring lemah tidak sedarkan diri di hujung tangga. Wajah anaknya pucat lesi. Tak berdarah! Allahuakbar,anak aku,kata hati kecil Farhana. Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya kelopak matanya sahaja mula digenangi air mata.
Khairani menjadi semakin gelabah. Namun dia cepat-cepat menenangkan dirinya bahawa semuanya akan okey.
Bahu isterinya diusap perlahan untuk meredakan rasa risau isterinya. Bimbang dia jika Farhana risau sebegini,Farhana akan turut diganggu.
Dia mencapai telefon pintarnya lalu mendail nombor Hafidz,rakan sekerjanya.
"Hello,ha,ya,Waalaikumsalam Hafidz. Hafidz,aku tak masuk kerja eh harini. Sorry bro. Ada hal keluarga penting. Tak dapat nak elak",cepat sahaja Khairani menuturkan semua itu.
Tidak lama kemudian,nombor kedua-dua orang tuanya pula didail.
Ternyata ibunya yang menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum ibu,ibu,boleh tak ibu dengan ayah datang sini? Khai ada benda penting sangat nak bincang. Boleh ibu?",rayu Khairani.
"Waalaikumsalam,ya,boleh Khai. Setengah jam lagi kami sampai ya",kedengaran suara ibunya menjawab di hujung talian.
"Okey ibu. Terima kasih ibu."
Panggilan dimatikan. Khairani mendapatkan anak dan isterinya yang sedang duduk di sofa. Farhana nampaknya sedang mengelap muka Ayeesha dengan kain basah.
Muka Farhana suram sahaja. Dia faham perasaan isterinya itu. Risau,gelisah. Itu jugalah yang dia rasakan.
"Sabar,Hana. Hana kena kuat. Sabar ya,kejap lagi ibu dengan abah sampai",pujuk Khairani.
Farhana hanya mengangguk lemah. Dia tidak berdaya lagi nak memujuk perasaannya.
Khairani mengeluh perlahan. Wajahnya diraup kasar. Allah,macam-macam dugaan.
Setelah lama mereka mendiamkan diri,Khairani tergerak hati untuk memanggil Farhana. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Farhana sudah turut pengsan.
"Hana? Hana? Hana bangun Hana...",digerak-gerakkannya tubuh Farhana. Namun,tiada respon.
Khairani mula berasa seram sejuk. Kedengaran bunyi enjin kereta ayahnya di luar. Nampaknya dah sampai mereka.
"Ibu,ayah. Masuklah. Masuk".
Tangan kedua-dua orang tuanya dicium.
"Mana Hana dengan Ayeesha ni,Khai?"tegur ayahnya.
"Itu,ayah",jawab Khairani lemah sambil menunjukkan ke arah Farhana dan Ayeesha yang tidak sedarkan diri.
"Allahuakbar. Apa kena ni?",terjerit kecil orang tuanya.
Ibu dan ayah Khairani sanggup tidak bekerja harini apabila mendapat panggilan secara tiba-tiba daripada anak lelaki mereka itu. Tak senang duduk jadinya.
"Khai tak tahu,ayah. Khai tak tahu."
Kusut fikiran Khairani.
-Bersambung-
Vote ✔ Comment ✔ Share ✔
A/N:
Kami minta maaf sangat-sangat kepada readers sebab lama tak update disebabkan kekangan masa. Sorry hambar,guys. We'll try to do better next time. Terima kasih baca. 💓💓💓
![](https://img.wattpad.com/cover/115363761-288-k393384.jpg)
YOU ARE READING
The Secret
МистикаGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...