40

462 49 0
                                    

Ayeesha berdiri dihadapan bilik yang berkunci itu. Bilik berpuaka inilah yang menempatkan 1001 misteri yang terjadi dalam rumah ini. Tiada siapa tahu apa yang berada dalam bilik ini.

"Ayeesha okay?" Lea menjelma, berdiri disebelah Ayeesha.

"Waktu siang bilik ini diam sahaja?" Ayeesha menyatakan soalan yang bermain dalam mindanya.

"Mereka menjelma pada waktu malam dan juga tengah hari. Pada waktu selain itu, mereka ada tetapi tidak berapa kuat"

"Selamat ke untuk masuk pada siang hari?"

"Ayeesha mahu masuk ke?" Lea bertanya. Ayeesha mengangguk.

"Jangan Ayeesha. Ayeesha perlukan papa.." Lea memberi amaran.

"Kenapa papa terlibat sekali?" Lea hanya membisu.

"Jangan, Ayeesha. Jangan masuk.." Lea memberi amaran.

"Macam mana nak selamatkan Lea kalau begitu?"

"Bukan Ayeesha yang perlu selamatkan Lea.." Lea memandang muka Ayeesha. Anugerah yang Allah kurniakan buat Ayeesha, betapa Ayeesha sangatlah istimewa. Anak ini boleh berinteraksi sesama 'makhluk' sama ada nyata mahupun sebaliknya.

"Ayeesha.." Khairani menyapanya dari belakang. Lea samar-samar hilang dari pandangan. Ayeesha memandang Khairani.

"Ya?" Ayeesha menjawab sapaan Khairani.

"Buat apa disitu?"

"Tak ada apa-apa.."

"Ye ke?"

"Ye.."

"Okay lah. Jom turun makan? Lepas ni nak pergi beli barang sekejap dengan mama.."

"Okay!" Mendengar sahaja bahawa mereka akan keluar sebentar lagi, laju sahaja Ayeesha menuruti ajakan Khairani. Sememangnya anaknya ini 'kaki berjalan'. Bukannya jenis boleh duduk diam di rumah.

Khairani memandu keretanya ke pusat beli belah. Farhana duduk pada tempat duduk pemandu bersama Ayeesha. Farhana mahu menggayakan rambut Ayeesha yang panjang.

"Mama, perlahan sikit sikat rambut Ayeesha. Sakitlah.."

"Rambut Ayeesha yang berpintal-pintal. Itulah, malas sikat rambut.."

"Sakitlah mama.."

Khairani tersenyum melihat gelagat dua beranak itu dari cermin keretanya.

"Mama, sakitlah.." Farhana hampir selesai menggayakan rambut Ayeesha. Fesyen tocang, fesyen rambut yang Farhana suka buat pada rambut Ayeesha kerana rambutnya yang panjang, sesuai untuk mencuba fesyen tersebut.

"Kenapa la kena ikat rambut.." keluh Ayeesha. Memang tak dinafikan bahawa Ayeesha tidak suka rambutnya diikat. Dia suka membiarkan rambutnya 'lepas' begitu sahaja. Dia akan mengikat rambutnya hanya keluar ataupun ke sekolah sahaja. Ayeesha memang tidak suka mengikat dan menyikat rambut.

"Tak mahu sikat ikat rambut, potong pendek sahaja.." Farhana memberi cadangan.

"Hah? Boleh ke?"

"Boleh. Nanti Ayeesha potong rambut pendek macam lelaki.." Khairani menyakat anak perempuannya.

"Hah? Tak naklah.."

"Potong je. Kata tak mahu ikat rambut.."

"Tak nak. Nanti jadi lelaki.."

Khairani dan Farhana tergelak. Ada-ada sahaja mereka berdua ni kalau mahu menyakat Ayeesha. Setibanya di pusat membeli belah. Mereka pun membeli barang rumah seperti kelengkapan dapur, peralatan mandi dan sebagainya. Disebabkan Ayeesha kini semakin membesar, perangai cerewetnya saling tak tumpah seperti Farhana. Itu mesti nak cantik, ini mesti nak kemas. Cerewet sungguh. Namun itulah lumrah sesetengah perempuan. Lagi-lagi setelah bergelar isteri dan ibu, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik buat keluarga mereka.

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang