Tangan Farhana berbalut dengan bandage. Mujur tangannya tidak menghadapi luka seperti Khairani. Hanya kesan tiga cakaran panjang sahaja yang terdapat. Dalam perjalanan pulang, Farhana hanya termenung. Hanya suara radio yang menjadi pemecah kesunyian. Ayeesha juga tidak bersuara, sebaliknya hanya memerhati permandangan luar dari tempat duduk penumpang. Tangan kiri Khairani yang asalnya memegang stereng kereta memegang tangan kanan Farhana yang sedang termenung memandang luar tingkap. Sejuk tangan Farhana. Adakah dia masih trauma?
"Hana okay?" Tanya Khairani.
"Hana takut.." jawab Farhana.
"Semuanya akan okay. Hana jangan risau.." Khairani cuba menenangkan isterinya. Dia tahu isterinya sedang takut. Tak mengapa, mereka berdua merasakan benda yang sama.
Kereta Honda Civic berwarna kelabu milik Khairani meluncur laju memasuki perkarangan rumah.
"Abang nak pergi kerja semula ke?" Tanya Farhana kepada suaminya.
"Ya. Abang ada meeting pukul 4 nanti. Abang balik lambat hari ini. Kalau Hana dengan Ayeesha nak tidur dulu, tidur la, ya? Jangan tunggu abang.."
"Abang bawa kunci rumah?"
"Ada bawa.."
"Abang tak nak makan dulu? Dah hampir pukul 3.."
"Tak apalah. Abang pun nak pergi terus ke pejabat ni, nak setup barang presentation.."
"Abang tak lapar ke?"
"Nanti abang beli la roti ke apa ke dalam perjalanan nanti. Hana jangan risau. Rehatkan tangan tu.."
"Oh okay.." Farhana menjawab. Khairani tersenyum kepada isterinya. Farhana bersalaman dengan Khairani. Ayeesha hanya menunggu untuk keluar kereta juga.
"Hana minta maaf sebab Hana banyak susahkan abang.." Farhana memandang suaminya.
"Eh, memang tanggungjawab abang untuk pastikan keluarga abang selamat. Hana tak pernah bebankan abang.." air mata Farhana meluncur laju membasahi pipinya. Khairani mengesat air mata Farhana dengan tangannya yang kasar. Tangan inilah yang membawa pulang rezeki mereka hari-hari. Tangan inilah juga tangan pelindung mereka setiap masa. Tangan ini jugalah yang sanggup bersusah payah demi menjaga tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah. Tangan ini adalah segala-galanya. Pemilik tangan ini adalah heronya.
"Abang kerja baik-baik.."
"Hana dengan Ayeesha pun baik-baik di rumah.." Farhana mengangguk lalu keluar dari kereta. Ayeesha juga bersalaman dengan bapanya lalu juga keluar dari kereta. Khairani memandu keretanya pergi menuju ke tempat kerjanya.
Ayeesha dan Farhana masuk ke dalam rumah. Farhana memang terasa takut untuk masuk ke dalam rumah ini lagi. Kalau boleh, tak mahu kembali lagi.
"Mama, mama jangan risau. Ayeesha kan ada.." Ayeesha cuma menenangkan Farhana. Farhana tersenyum memandang anaknya. Walaupun mustahil gadis kecil berumur 6 tahun ini untuk menjaganya, tetapi setidak-tidaknya, dia berasa lega kerana dia ada peneman.
"Ayeesha, mama nak tidur. Ayeesha teman mama boleh?" Farhana bertanya kepada Ayeesha.
"Boleh. Ayeesha kunci pintu dahulu.." Ayeesha menutup pintu rumah lalu menguncinya. Ayeesha membimbing Farhana ke bilik tidur mereka. Farhana menunaikan solat zuhur dahulu kemudian dia pun berbaring di atas katil. Tangannya dibiar lepas, menampakkan kesan luka cakaran yang telah kering tetapi belum sepenuhnya pulih. Ayeesha menyelimutkan ibunya.
"Mama jangan takut. Ayeesha ada.." Ayeesha duduk disebelah Farhana. Farhana mengajak Ayeesha untuk berbaring disebelahnya lalu dia memeluk Ayeesha. Farhana menangis mengenangkan kejadian tadi. Mujur Khairani pulang untuk menghantar Ayeesha. Dalam masa yang sama, dia terdengar suara jeritan Farhana sewaktu dia membuka pintu rumah yang berkunci. Kalau tidak, tak tahu apa yang bakal berlaku. Mungkin dia akan ditarik? Tangannya akan dilukai dengan lebih teruk? 'Lembaga' itu memunculkan diri? Tiada siapa yang tahu. Akhirnya, Farhana tertidur sewaktu memeluk Ayeesha. Begitu juga Ayeesha.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...