Ayeesha menerima 3 jahitan untuk lukanya. Ayeesha juga diberikan cuti rehat selama 2 minggu. Khairani mendukung anaknya lalu mengusungnya ke kereta menggunakan kerusi roda. Di rumah, Ayeesha diletakkan untuk tidur bersama Farhana di dalam bilik. Khairani yang akan tidur di bilik Ayeesha nanti. Sementara luka Ayeesha masih baharu, biarkan dia dijaga rapi oleh Farhana dahulu. Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi sudah pulang ke rumah setelah urusan mereka selesai.
Ayeesha menangis apabila Farhana mengelap jahitan lukanya. Khairani cuba menenangkan Ayeesha.
"Sakit.." Ayeesha mengadu sambil menangis.
"Sakit sikit je. Kan Ayeesha nak sihat.." Khairani cuba menenangkan anaknya.
"Dah siap dah. Tak mahu menangis lagi la. Anak mama ni kuat.." Farhana pula cuba menenangkan Ayeesha. Ayeesha sedikit demi sedikit berhenti menangis. Setelah dia berhenti menangis, Farhana cuba bertanya bagaimana dia boleh dicakar sebegini.
"Ayeesha tertidur. Tiba-tiba Ayeesha dekat suatu tempat. Tempat tu gelap. Sekeliling Ayeesha ada lilin banyak. Ayeesha keluar dari lilin tu, ada dua ekor raksasa besar nak tangkap Ayeesha. Ayeesha lari ke arah pintu untuk keluar tetapi pintu tu tak boleh buka. Dia tangkap Ayeesha, dia pegang kaki Ayeesha. Lepas tu kaki Ayeesha berdarah. Ayeesha jatuh. Ayeesha nampak Lea pula kena tangkap. Lepas tu Ayeesha tidur. Ayeesha sedar, papa dekat depan mata Ayeesha.."
Khairani dan Farhana yang mendengar cerita Ayeesha tidak dapat menggambarkan situasi tersebut. Malah, mereka pun tak pasti apa yang dialami oleh Ayeesha tetapi mereka yakin bahawa Lea cuba memberikan bayangan. Dalam masa yang sama, ia memudahkan pencarian petunjuk untuk misteri ini. Pasti Lea 'memasuki' badan Ayeesha untuk menyampaikan petunjuk dalam masa yang sama, Ayeesha 'memasuki' suatu 'tempat' yang tidak diketahui semua. Barangkali mereka bertukar situasi, untuk sesuatu sebab yang tiada siapa tahu.
Pada keesokan harinya, sebelum pergi kerja, Khairani memaklumkan kepada guru sekolah Ayeesha bahawa dia akan bercuti selama 10 hari. Pada awalnya guru Ayeesha juga pelik mengapa dia bercuti dalam tempoh yang begitu lama, tetapi Khairani hanya memberitahu bahawa Ayeesha sakit dan doktor meminta Ayeesha untuk berehat di rumah selama 10 hari. Gurunya pun akur lalu memberikan kata-kata semangat buat Ayeesha.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Farhana berada di dapur untuk memasak manakala Ayeesha dibiarkan tidur di dalam bilik.
"Ayeesha.." satu suara memanggil Ayeesha yang sedang tidur. Anak kecil itu terjaga daripada lena.
"Lea.."
"Ayeesha okay?" Lea bertanya.
"Okay. Lea macam mana?"
"Lea okay.."
"Semalam tu siapa, Lea?"
"Ayeesha kena tolong Lea.."
"Tolong apa?"
"Selamatkan Lea. Bawa Lea keluar.."
"Bagaimana?"
"Buka bilik itu. Bawa Lea keluar. Usir mereka.."
"Lea, bilik tu berkunci sentiasa. Macam mana nak masuk?"
"Ayeesha akan tahu. Lea akan bantu.." Lea hilang dari pandangan Ayeesha.
Kaki Ayeesha semakin lama semakin sembuh. Sudah seminggu Ayeesha berada di rumah. Dengan penjagaan rapi Farhana, Ayeesha semakin sembuh dengan cepat.
Ayeesha bermain dengan permainannya di dalam bilik miliknya.
"Ayeesha.." Lea memanggil.
"Kenapa Lea?"
"Ayeesha tolong Lea.."
"Tolong apa?"
"Selamatkan Lea.."
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...