31

462 56 5
                                    

Farhana sedang memasak di dapur. Ayeesha turut berada di dapur. Farhana tidak membenarkan Ayeesha berjauhan lagi dengan dia. Keadaan kini semakin genting. 'Lea' sudah semakin mengganas.

"Lea nak apa?" Farhana terdengar Ayeesha bertanya tetapi dia diamkan sahaja dirinya.

"Ayeesha benci Lea. Lea buat mama menangis.." Farhana hanya mendengar sahaja.

Semakin hari, Ayeesha semakin menjadi-jadi. Dia kerap dirasuk. Tetapi, kata-katanya semakin pelik. Dia seperti ingin memberitahu sesuatu.

Ustaz Kamil menjemput anaknya untuk membantu merawat Ayeesha.

"Sekejap lagi anak saya datang. Dia akan bantu kamu juga.."

"Terima kasih, ustaz.." Khairani memandang lantai. Bapa Khairani memegang bahu anaknya.

"Tak apa, mesti ada hikmahnya.." kata bapa Khairani kepada Khairani. Khairani hanya menganggukkan kepalanya.

"Assalamualaikum.." suara seorang lelaki datang dari dedaun pintu. Lelaki ini, sangat dia kenali.

"Khairani?"

"Tuan.." hanya itu yang mampu dia ungkap sambil membulatkan matanya tanda tidak percaya.

"Khairani kenal anak saya?" Tanya Ustaz Kamil.

"Ini.. majikan-.."

"Khairani ni kawan sekerja along.." tiba-tiba Tuan Ghazi mencelah. Khairani memandang wajah Tuan Ghazi.

"Marilah kita mulakan.." kata Tuan Ghazi.

Ayeesha meracau ketika dibacakan ayat suci. Suaranya menjadi garau. Matanya hitam sepenuhnya.

"Kenapa kau kacau dia.." tanya Tuan Ghazi.

"Hanya dia yang mampu menolongku.."

"Apa yang dia boleh bantu? Dia masih kecil.."

"Jiwanya masih suci. Aku melindungi dia dari bala tentera yang jahat.."

"Bala tentera?" Ayeesha memandang tepat ke arah Tuan Ghazi.

"Mereka sangat berkuasa. Mereka mahukan jiwa!"

"Mengapa?" Ayeesha mendiamkan diri.

"Siapa nama kau?" Ayeesha tiba-tiba pengsan. Disebalik badan Ayeesha, kelihatan satu entiti duduk di hadapan Ustaz Kamil, menzahirkan dirinya di hadapan semua orang. Semua yang melihat, menjadi seram sejuk. Sebuah entiti berupa kanak-kanak. Lembut suaranya.

"Siapa nama kau?" Tanya Tuan Ghazi lembut.

"Lea.."

"Lea?" Khairani dan Farhana tergamam. Inikah Lea yang menjadi 'peneman' kepada Ayeesha selama ini?

"Kenapa Lea ganggu anak saya?" Tanya Khairani. Dia tidak terasa mahu memarahi entiti tersebut.

"Tolong saya.." suara Lea berubah serak.

"Lea, apa yang dah jadi?"

"Tolong saya.." itu sahaja yang Lea mampu ungkap.

"Lea, beritahu kami.." Lea hilang dari pandangan. Lampu tiba-tiba berkelip-kelip.

"Dia datang.." kata Ayeesha yang separa sedar dan lemah.

Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi membaca ayat-ayat suci.

The SecretWhere stories live. Discover now