Rumah Khairani dikerumuni ramai orang. Pihak polis sudah selesai penemuan rangka manusia yang dijumpai di dalam bangsal itu. Khairani dan Ustaz Kamil mengikut pihak polis ke balai untuk bantu siasatan.
Setelah semuanya selesai, Khairani mengajukan soalan kepada pihak polis.
"Tuan, boleh saya tahu mayat siapa yang kami jumpai itu?"
"Oh, itu mayat keluar inggeris yang pernah mendiami tempat itu. Dahulu orang kampung pernah melaporkan pada polis tentang kehilangan mereka sekeluarga tetapi pihak polis tidak menjumpai sebarang bukti. Tak sangka, selepas hampir 5 tahun keluarga itu hilang, encik menjumpai mayat salah seorang daripada mereka.."
"Siapakah salah seorang yang kami jumpai itu?"
"Itu mayat Marcella Lynn Sanchez. Punca kematian, kami tidak dapat kenal pasti.." Khairani terdiam. Dia teringat semula kata-kata Lea bahawa ibunya ada di 'belakang'. Akhirnya, mereka menemui mayat ibunya.
Pulang sahaja di rumah, Khairani pergi membersihkan diri. Kemudian, dia tidur seketika akibat keletihan. Di dalam mimpinya, dia bermimpi tentang Ayeesha di dalam satu bilik yang gelap. Keadaan Ayeesha elok sahaja, cuma dia kelihatan resah. Dia juga melihat anak kecil yang lain sedang diseksa. Diseksa oleh dua ekor raksasa yang bertubuh besar.
"Ayeesha.." Air mata Khairani laju membasahi pipinya. Rindu. Sangatlah rindu. Ayeesha memalingkan mukanya menghadap Khairani.
"Papa.."
Khairani memeluk Ayeesha.
"Ayeesha pergi mana, sayang? Kenapa tak balik? Papa rindu Ayeesha.."
Ayeesha hilang dari pelukannya.
"Ayeesha! Ayeesha!" Khairani memanggil Ayeesha.
Khairani tersedar dari mimpinya. Pipinya terdapat berkas air mata. Dia benar-benar menangis.
"Astaghfirullahaladzim, ya Allah. Tunjukkan jalan pulang buat anakku.." Khairani memanjatkan doa.
"Terima kasih.." gegendang telinga Khairani menangkap satu suara. Dia memandang ke arah langsir. Kali ini, terdapat dua bayang-bayang. Satu besar, satu kecil.
"Lea.." Khairani menegurnya.
"Terima kasih kerana bebaskan mummy.." bayang-bayang besar itu pun hilang dari pandangan.
"Marcella sudah bebas?"
"Ya. Bebas daripada makhluk durjana itu.."
"Lea.. bila pakcik boleh bertemu Ayeesha?.."
"Lea akan bawa Ayeesha. Pakcik tolong bebaskan Lea pula, ya.." Lea hilang dari pandangan mata.
Khairani menghela nafas. Dia pun menunaikan solat fardu dan kemudian turun ke ruang tamu.
Khairani menelefon Tuan Ghazi, memberitahu tentang mimpinya. Tuan Ghazi percaya tentu ada mayat anak kecil bernama Lea di dalam, sebagaimana dia menyatakan untuk membebaskan Marcella tetapi pintu bilik itu tidak dapat dibuka.
Khairani pergi ke bilik yang berkunci itu. Dia cuba memulas tombol pintu. Secara tidak disangka-sangka. Pintu itu dapat ditolak sedikit walaupun masih berat. Tidak seperti dahulu, tiada langsung pergerakan apabila dia cuba menolak pintu itu.
Pada malam itu, Finn tidur ditengah-tengah antara Khairani dan Farhana. Dia pula yang menjadi anak mereka. Farhana mengusap Finn sambil menghadap Khairani. Begitu juga Khairani menghadap Farhana.
"Abang rasa tak rumah kita sunyi tanpa anak kita?"
"Rasa juga.." Khairani menjawab dengan sayu.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...