51

508 44 12
                                    

Hari sudah menjelang ke waktu Asar. Khairani, Farhana berserta Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi masuk ke rumah. Muka Khairani sugul kembali. Farhana yang melihatnya menarik nafas lelah. Tangan suaminya digenggam erat, menyalurkan secebis kekuatan.

"Sabarlah, abang. Hana tahu abang risau. Hana pun risau. Hana mengandungkan Ayeesha berbulan-bulan, macam mana Hana pun tak risau? Kita sabar, bang. Ikhtiar, tawakal pada Allah."

Farhana memujuk suaminya. Khairani hanya mengangguk perlahan. Dalam diam, dia akui bahawa isterinya itu seorang yang kuat semangat. Terbalik pula kan? Biasanya suami yang kental. Tak apalah, itulah orang kata saling melengkapi.

Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Khairani malam ini. Kata mereka, ada sesuatu yang bakal terjadi malam ini. Bila ditanya, mereka hanya menjawab "tidak tahu" sambil bahu diangkat-angkat. Firasat mereka yang memberi rasa sebegitu.

Allahuakbar Allahuakbar ~
Allahuakbar Allahuakbar~

Tuan Ghazi melaungkan kalimah-kalimah suci azan kerana sudah masuk waktu Asar.

Tanpa dia sedari, ada suatu bayangan berbentuk kambing itu muncul di sisinya. Khairani mampu melihatnya. Lembaga itu kelihatan bengis dan cuba menggangu Tuan Ghazi, tapi tidak berjaya.

Khairani hanya mendiamkan diri. Lembaga itu mungkin sedar yang Khairani perasan akan kehadirannya, maka dia tersenyum sinis pada Khairani. Khairani hanya menegangkan mukanya. Dia cuba mengawal rasa debarnya.

Solat berjemaah dilakukan mereka bersama-sama. Doa dimohon pada Allah dengan sepenuh pengharapan.

"Cause you know? Put your hopes in Allah and Allah will give you more than just a hope."- owner

Farhana sudah menangis hiba di tempat solatnya. Basah telekung yang dipakainya.

Sesudah solat, mereka duduk di dapur sambil menikmati teh dan kuih-muih yang disediakan oleh Farhana.

"Saya rasa mesti ada sebab, ustaz kenapa bahagian mayat yang kita jumpa tu ada tujuh bahagian."

Khairani membuka bicara. Mereka masih belum menghubungi pihak polis untuk memaklumkan soal mayat yang mereka temui kerana ada kejadian pelik lagi yang berlaku tadi.

*flashback*

Angin mula bertiup laju, seolah-olah taufan hendak melanda. Tudung Farhana pun nyaris-nyaris tercabut daripada kepalanya.

Apabila mereka terjumpa mayat yang mereka syak Lea tadi, mereka membiarkan mayat itu di situ sebentar. Mereka berbincang-bincang dalam seminit dua. Tiba-tiba, apabila mereka berpaling, mayat itu ghaib! Sudah tiada! This cannot be real. Baru ada kat situ tadi!

"Kau ingat kau boleh senang-senang jumpa Lea? Dalam mimpi jelah."

Suatu suara keras menyapa gegendang telinga Khairani. Terus meremang bulu romanya. Ustaz Kamil yang perasan riak wajah Khairani berubah terus memegang bahu Khairani. Terangkat badan Khairani terkejut.

"Khai? Kamu okay ke ni? Macam baru nampak hantu je?"

Khairani menelan air liurnya perit. Ergh, pahit.

"Benda tu ustaz. Dia bagi pesanan. Dia kata, kita takkan senang-senang dapat jumpa mayat Lea.",terketar juga suara Khairani.

"Maksudnya, mayat tadi tu cuma ilusi kita semua? Tak ada mayat langsunglah sebenarnya?",tanya Farhana penuh cemas.

Khairani mengangguk perlahan lagi.

"Tak ada mayat di sini. Pasti mayat itu berada di tempat lain. Nampaknya, syaitan itu cuba memanipulasi minda kita semua",kata Tuan Ghazi.

The SecretWhere stories live. Discover now