48

414 43 0
                                    

Seusai solat sunat, Khairani dan Farhana tidur semula. Tak disangka-sangka, sekali lagi Khairani bermimpi tentang lembaga itu.

"Menyerah, Khairani. Menyerah.." lembaga itu berkata.

"Tak! Takkan sekali-kali untuk menyerah.."

"Jika berlembut tak boleh.. makanya kau perlu kekerasan.."

Lembaga itu menghilangkan diri. Khairani pun terjaga dari tidurnya. Farhana baru sahaja hendak mengejutnya tetapi dia sudah terjaga terlebih dahulu.

"Subuh, bang. Dah masuk waktu dah ni.." Khairani pun mengangguk lalu membersihkan diri.

Sejak kebelakangan ini, prestasi kerjanya semakin merosot. Jiwanya semakin kusut. Kalau ikutkan, mahu sahaja dia bercuti untuk menenangkan diri namun dia sudah terlalu banyak mengambil cuti. Sudah pasti dia akan melanggar protokol syarikat pula nanti. Apa pula kata pekerja lain. Dia merasakan bahawa dirinya kini dalam bahaya. Setiap bait kata lembaga itu sering bermain dalam fikirannya. Mentalnya kian mudah dibolak-balik. Hanya bergantung pada kekuatan fizikal dan iman yang masih berbaki dalam diri. Lamunannya terhenti apabila Hafidz mengetuk pintu pejabatnya.

"Khai.. aku tengok kau macam gelisah je.." Hafidz bertanyakan kepada Khairani.

"Aku okay.." Khairani cuba mengukir senyuman. Namun, Hafidz mengenalinya dalam tempoh yang lama. Hafidz tahu dia tidak begitu baik.

"Khai.. aku bukan kenal kau sehari dua. Aku kenal kau lama. Masih masalah 'benda' tu lagi?"

"Ya.." Khairani mengangguk.

"Khai.. jangan hiraukan 'benda' tu. Dia sengaja nak kacau kau.."

"Aku rasa nyawa aku atau keluarga aku dalam bahaya sangat, Fidz. Aku.. aku.. huh.. aku tak sanggup nak tengok Ayeesha cedera lagi.."

"Khai.. kau pun tahu 'benda' di rumah kau tu bukan calang-calang. Kau keluar sahaja. Aku dah dapat banyak rumah yang boleh kau beli. Pilih sahaja mana yang kau suka.."

"Tak boleh, Fidz. 'Benda' itu tak bagi aku keluar. Dia mahukan Ayeesha. Ayeesha lah satu-satunya anak aku, Fidz. Jika aku berjaya keluar sekalipun, 'benda' ini akan tetap ada. Malah, akan berlaku pada orang lain juga. Cukuplah aku sahaja yang sakit. Kenapa perlu libatkan orang lain yang tak bersalah?" Hafidz hanya mampu terdiam.

"Mulianya hati kau, Khai" Hafidz menepuk bahu rakannya.

"Marilah kita solat Dhuha. Biar hilang rasa gelisah kau bila terkena air wuduk. Insya-Allah, Allah lindungi kau sekeluarga.." Hafidz memberikan cadangan. Benar. Biar lembut hatinya apabila terkena sentuhan 'ajaib' daripada wuduk. Dia mahu melupakan seketika tentang dunia. Walaupun hanya untuk 5 minit.

Pada malam itu, Ayeesha tidur awal. Dia mengadu kata bahunya sakit. Puaslah Farhana urut bahunya namun tak berjaya juga. Akhirnya, Ayeesha mengambil keputusan untuk tidur.

Dalam keheningan malam, semua warga kota sedang dibuai mimpi. Ayeesha terjaga dengan sendiri pada malam itu. Dia terus berjalan tanpa ragu-ragu. Berjalan sambil membuka pintu bilik lalu keluar. Farhana menyedari tindakan Ayeesha. Farhana mengekori Ayeesha dari jarak jauh. Ayeesha, hanya diam dan menunduk sewaktu berjalan. Sehinggalah tiba di dapur, Ayeesha langsung tidak membuka lampu. Ini menimbulkan prasangka terhadap Ayeesha.

"Kenapa Ayeesha ni?" itu sahaja yang mampu Farhana ungkap sambil hati diselubungi dengan penuh debaran. Farhana mencapai suis dapur lalu membukanya.

"Astaghfirullahaladzim!" Farhana terkejut dengan kuat. Ayeesha sedang memegang sebilah pisau yang tajam. Mata Ayeesha bertukar hitam sehitam hitamnya. Mukanya menjadi pucat.

"Ayeesha! Apa Ayeesha buat ni.." Farhana bertanya kepada Ayeesha.

"Budak ini patut menjadi milikku!" suara Ayeesha bertukar menjadi garau.

The SecretWhere stories live. Discover now