72 - FINAL

608 60 7
                                    

Khairani membuka pintu bilik rahsia itu. Mereka sekeluarga memasuki perkarangan bilik itu. Di hujung bilik itu terdapat satu lagi pintu. Pintu itulah yang dipercayai menjadi pemghubung dunia itu dengan dunia realiti.

"Eh ada kunci!" Ayeesha berkata. Dia segera berlari mengambil kunci tersebut yang hanya terletak beberapa langkah sahaja dari kaki kecilnya. Ayeesha memegang kunci itu dan menunjukkan kunci itu kepada Khairani. Khairani memegang kunci itu. Kunci bintang berbucu lima? Kunci ini untuk apa ni? Disebelah terletaknya kunci itu tadi terdapat sebatang pedang. Pedang ini.. pedang yang dia nampak tempoh hari kan? Khairani berjalan ke arah pedang itu dengan berhati-hati. Dia terus memegang pemegang pedang itu.

"Abang buat apa tu?" Farhana musykil bertanya.

"Abang cuba nak ambil pedang ni.." Khairani berkata.

"Pedang? Mana ada pedang kat situ.." Farhana berkata. Khairani terus memandang muka Farhana.

"Hana tak nampak ke?" Khairani bertanya.

"Ada pedang disini.. ni abang tengah pegang ni.." Khairani berkata lagi.

"Mana ada apa-apa disitu.." Farhana berkata. Khairani musykil. Dia memandang Ayeesha.

"Ayeesha nampak?" Khairani bertanya. Ayeesha menggelengkan kepalanya. Jelas Khairani sahaja yang boleh nampak pedang itu.

* * *

Syaitan tersebut berjaya dilemahkan. Mereka seakan-akan tidak berdaya untuk berlawan lagi. Sakit benar nampaknya.

"Ayah, jom cari yang lain" Tuan Ghazi mengemukakan cadangan.

"Makhluk ni macam mana?" Ustaz Kamil bertanya.

"Biarkan sahaja lah. Tengok tu. Macam nak mati dah gayanya.." Tuan Ghazi berkata.

"Ya, betul tu. Baik kita cari yang lain sebab Max tiada disini.." Mason menyampuk. Tuan Ghazi menganggukkan kepalanya.

"Haa jomlah.." Ustaz Kamil akur. Mereka pun berjalan keluar, meninggalkan syaitan-syaitan yang kelihatan nazak itu. Mereka berjalan mencari jalan untuk mencari Khairani. Kemana agaknya mereka berada. Tidak tahu dimana.

"Jom kita cari kunci di penjara bawah tanah, nak tak?" Mason mengemukakan cadangan.

"Khairani dan keluarga dia macam mana?" Tuan Ghazi bertanya.

"Kalau begitu, mari kita berpecah. Saya cari kunci. Ghazi dan ustaz cari Khairani.." Mason berkata.

"Bahaya lah Mason.." Tuan Ghazi berkata.

"Tak apa. Saya sudah biasa disini. Lagipun Allah ada bersama saya.." Mason berkata. Tuan Ghazi dan Ustaz Kamil berat hati juga mahu menuruti cadangan Mason.

"Tak apa. Kalian pergi la cari Khairani. Saya ambil kunci. Kita tunggu di bilik bawah tanah sebab kuncinya ada disitu. Saya akan cari supaya senang kita nak buka pintu nanti.." Mason berkata. Mason senyum kepada Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi. Mason pun terus berjalan pergi. Tuan Ghazi dan Ustaz Kamil memandang antara satu sama lain.

*   *   *

Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi berjalan mencari Khairani. Banyak kemungkinan tempat yang mereka anggarkan namun tiada langsung jejak bahawa Khairani berada disitu.

"Mana kita nak cari ni Ghazi? Tiada pun diorang" Ustaz Kamil berkata.

"Tinggal di bawah tanah je sekarang ni ayah" Tuan Ghazi berkata.

"Marilah kita pergi sana. Cari mereka disana. Alang-alang tu, kita cari Mason juga" Ustaz Kamil berkata.

"Itulah. Ghazi pun rasa tak sedap hati lah. Jomlah kita pergi" Tuan Ghazi berkata. Mereka pun pergi ke penjara bawah tanah.

The SecretWhere stories live. Discover now