Pada keesokan harinya, Khairani sedang bersiap untuk pergi kerja. Farhana sudah larat untuk membuat kerja rumah. Khairani membenarkan isterinya membuat rutin hariannya asalkan tidak terlalu berat sehingga dia pulih sepenuhnya. Ayeesha pula sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Farhana memandang suaminya yang sedang memakai tali leher di hadapan cermin.
"Kenapa Hana tak mahu bercakap dengan Ayeesha?" Tanya Khairani.
"Dia.. punca Hana jatuh.."
"Punca?" Khairani membetulkan kolar bajunya.
"Ya. Dia tolak Hana.."
"Eh? Mana ada, Hana.."
"Hana nampak dengan mata kepala Hana sendiri, Abang.."
"Ayeesha tak balik sekolah lagi waktu tu, Hana.."
"Abang pasti? Sebab Hana nampak dia.."
"Abang pasti, Hana. Sebab Ayeesha ada dengan abang waktu tu.." mendengar katanya begitu, Farhana tiba-tiba bagai mendapat renjatan elektrik. Kaku. Benarkah Ayeesha tiada di rumah waktu tu?
"Abang jangan tipu Hana.."
"Demi Allah, abang tak tipu, Hana.."
Farhana terdiam. Khairani berasa pelik dengan Farhana yang tiba-tiba menuduh Ayeesha tetapi dia tidak mahu panjangkan cerita. Dia sambung membetulkan tali lehernya.
Farhana berfikir sejenak. Siapa yang dia nampak tempoh hari? Tetapi, dia percaya juga kata Khairani kerana Ayeesha yang sejak azalinya memang petah berkata-kata, boleh diam seribu bahasa ketika itu. Mukanya kelihatan pucat. Matanya kelihatan letih. Farhana memandang Khairani.
"Abang.." Farhana memanggil Khairani.
"Ya?" Khairani menjawab sambil memakai tali leher.
"Abang sedar tak yang Ayeesha tidur lambat semalam?"
"Tak pula. Kenapa?"
"Semalam Ayeesha tidur lambat. Dia berbual lagi dengan Lea tu.." mendengar nama 'Lea', Khairani terhenti lalu memalingkan badannya memandang Farhana.
"Ayeesha berbual benda yang merapu.."
"Merapu, kenapa?"
Farhana menunjukkan rakaman video yang diambilnya semalam. Walaupun dalam keadaan gelap, namun suara Ayeesha jelas kelihatan. Tetapi, sampai sahaja bahagian 'genting', entah dari mana video dalam telefon pintar Farhana terdapat cahaya guruh yang menyebabkan terakamnya suatu susuk entiti yang duduk di hadapan Ayeesha.
"Dari mana guruh ini? Semalam tiada guruh pun.." Farhana musykil.
"Hana.." Khairani menunjukkan figura entiti yang duduk di hadapan Ayeesha. Sebuah entiti bersusuk tubuh kecil, berambut panjang, mata hitam, wajahnya seperti seorang budak yang sebaya Ayeesha. Dalam rakaman tersebut, kedengaran satu suara asing yang menyambut soalan Ayeesha, dengan suara garau, dia berkata,
"BUNUH DIRI" setelah Ayeesha bertanya "Macam mana nak buat mama suka Ayeesha balik?". Khairani dan Farhana serentak merasakan keadaan suhu bilik itu berubah. Seram sejuk.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi benda jatuh. Kedengaran seperti bahan yang diperbuat dari keluli.
"Ayeesha.." Farhana tiba-tiba rasa tidak sedap hati terhadap Ayeesha. Farhana dan Khairani berlari menuruni tangga untuk mendapatkan Ayeesha. Di ruang tamu, hanya televisyen yang terbuka dan patung arnab milik Ayeesha di atas sofa tetapi, mana Ayeesha?
Farhana dan memeluk tangan Khairani. Khairani berjalan secara senyap ke arah dapur. Kelihatan Ayeesha sedang memegang pisau.
"Lea pasti ke? Ayeesha takut la. Tak sakit ke?" sambil pisau menghala ke leher, menunggu masa sahaja untuk memakan urat lehernya setelah ditarik.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...