Khairani sekali lagi tercampak dalam alam ilusi, setidak-tidaknya itu yang dia boleh gelarkan kerana dia tidak tahu di mana dia sekarang. Apa yang dia boleh lihat hanyalah sebuah suasana yang suram, kelam dan seram, ya, seram. Hmm.
"Assalamualaikum! Hello! Hello! Ada sesiapa di sini?", laung Khairani.
Agak lucu tingkahnya ketika itu kerana dia sedang menjerit di dalam hutan. Kebarangkalian untuk sesiapa mendengar laungannya adalah agak mustahil. Tidak mengapa, dia mencuba.
Dia berjalan, terus berjalan dan berjalan sehinggalah kakinya terpijak sesuatu. Sebuah kotak berwarna coklat gelap, ukiran kayu yang cantik, namun penuh klasik, coraknya unik. Barulah dia perasan yang dia tidak berkasut, hanya berkaki ayam saat dia terpijak kotak itu. Padanlah kakinya terasa perit. Ada sedikit darah yang mengalir. Dia memandang sekelilingnya terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan tangannya membuka kotak itu. Ada sehelai kertas dalam kotak itu, atau lebih tepat, sehelai surat. Surat apa ya?
Khairani membesarkan matanya untuk membaca surat yang sudah agak lusuh itu.
"To those who might find this letter, please know that I just want the best for my family, my wife, and my daughter. Just find the seven pieces that I hide, and you'll know the truth. The truth of my family. I wanna get out of this game, but I can't. It keep disturbing me and asking for more. I can't tell you what it is, cause it will know. Help me, thankyou."
Berkerut-kerut dahi Khairani membacanya. Asyik pasal tujuh bahagian je? Apa lagi ni? Khairani melipat kemas surat itu dan dia menyimpannya kemas dalam kocek bajunya. Langkahnya diteruskan. Hari di situ kelihatan siang, walaupun suram. Dia terdengar bunyi air terjun mengalir deras dari jauh.
"Ah, ini elok kalau dapat rehat sekejap ni",fikir hatinya.
Maka langkah kakinya diatur pantas kerana dia sudah keletihan. Apa yang dibuatnya pun tidak tahu. Dia tiba di air terjun itu. Wah, saujana mata memandang. Cantik sungguh pemandangan di air terjun. Indahnya kalau dia dapat ke sini bersama-sama dengan Farhana dan Ayeesha. Seketika, air matanya menitik perlahan mengenangkan kedua-dua pujaan hatinya. Matahari terpacak di atas kepalanya. Nyaman suasana di sini. Walaupun matahari menyinari, Khairani tetap tidak berasa terlalu panas. Alhamdulillah.
Tiba-tiba, dia terdengar suara azan berkumandang. Hmm, sudah masuk waktu solat Zuhur barangkali. Dia mengambil wuduk menggunakan air terjun yang sejuk itu. Aih, tenang rasanya. Entahlah, kenapa dia tidak mempersoalkan dari mana datangnya bunyi azan itu pun dia tak tahu. Mungkin dia terlalu seronok mendengar azan, mungkin dia tahu yang dia tidak keseorangan.
Seusai solat, ada satu tangan yang menepuk bahunya dari belakang. Dia tersentak dan dia mula berdebar-debar. Oh mak ai, apa ni? Dia cuba bertenang dan perlahan-lahan, dia pusingkan kepalanya ke belakang. Tiada sesiapa. Ditolehnya semula kepalanya ke hadapan dan dia tersentak sekali lagi kerana dia melihat satu susuk tubuh lelaki yang tinggi, berjubah putih dan putihnya wajah lelaki itu mengalahkan putihnya sehelai kain putih. Tidaklah putih, lebih kepada berseri-seri. Baru dia perasan, lelaki itu berwajah sepertinya. Cuma --- lebih tenang.
"Khairani, kamu lelaki kuat. Kamu jangan cepat mengalah. Kamu sudah semakin hampir untuk menyelesaikan kemelut keluarga Smith ini. Berpeganglah pada Allah, Khairani. Berpeganglah pada Allah, dan kamu akan ada segalanya yang kamu perlukan."
Khairani tergamam. Bibirnya hendak menuturkan bicara, tapi sukar sekali.
"Percayalah pada setiap yang Allah tunjukkan pada kamu. Percayalah pada Allah, berserahlah padanya. La haula wala quwwata illa billah",sambung lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...