13

623 75 7
                                    

Khairani termenung seketika sewaktu berada pantri.Memikirkan tentang keadaan anaknya.Sekali sekala dia mengerling ke arah jam.Terasa lambat sangat hari ini berlalu.Hatinya tidak tenang untuk bekerja.Dia sering memikirkan keadaan Ayeesha.Sesekali kawan baiknya,Hafidz menegur.

"Khai,kenapa dengan kau ni? Termenung dari tadi.Ada masalah ke?" tanya Hafidz.

"Tak..aku cuma..aku..entahlah..aku tak boleh fokus hari ini" Khairani mengeluh.

"Kenapa? Ada benda tak kena?" Hafidz meminta kepastian.Tak pernah tengok Khairani sebegini.Ibarat katak ditimpa kemarau.

"Tak.Anak aku,Ayeesha.Dia demam panas.Aku jadi runsinglah,macam mana aku nak bawa dia ke klinik.Isteri aku mana pandai bawa kereta.Lagipun zaman sekarang ini bahaya.Macam-macam jenayah boleh berlaku" kata Khairani sambil memegang kepalanya yang kian serabut.

"Kenapa kau tak ambil cuti?" Hafidz bertanya lagi.

"Habis,lukisan projek bangunan tu siapa nak siapkan?" Khairani semakin runsing.

"Aku kan ada.Kau kawan aku,Khai.Takkan aku tak nak tolong kau" jelas Hafidz.

"Aku tak mahu susahkan kau,Fiz.Kau bukannya duduk goyang kaki disini.Kau juga ada kerja kau.Aku tak mahu lagi tambah kerja kau.Dahlah aku nak pindah rumah pun,kau tolong carikan." Khairani menepuk lembut bahu Hafidz.

"Apa yang aku boleh tolong,aku aka tolong.Jadi,macam mana kau nak hantar Ayeesha pergi klinik?" tanya Hafidz.Dia juga terdetik sedikit risau dihatinya.Ayeesha juga agak rapat dengannya.

"Waktu rehat nanti.Aku keluar balik rumah kejap.Kalau aku lambat,aku beritahu kau,kau tolong pegang dahulu lukisan projek itu dahulu" Khairani meminta bantuan.

"Boleh,tiada masalah.Kau settlekan hal-hal keluarga kau.Diorang lagi penting.Duit boleh cari tetapi keluarga tak boleh dicari dan diganti" kini Hafidz pula menepuk lembut bahu Khairani.Khairani mengangguk perlahan.Beruntung dirinya dapat kawan baik sebegini.

Sementara itu,Farhana mengelap badan Ayeesha dengan tuala lembap untuk menurunkan suhu badan Ayeesha yang terlalu panas.Walaupun tidur dalam pendingin hawa,badan Ayeesha masih terasa panas.Sekali-sekala dia merengek juga kerana tidak tahan.Kesian budak itu.Sewaktu Ayeesha sedang tidur,Farhana tidak dapat menahan air matanya.Dia kasihan melihat anaknya yang sedang sakit itu.Hati seorang ibu.Mana-mana ibu pun pasti akan merasa sedih tatkala melihat anak mereka sedang sakit.Kalau boleh,mereka mahu menukar tempat.Mereka lebih sanggup untuk menanggung derita asalkan anak mereka tidak apa-apa.Air matanya mengalir deras ke pipinya tetapi ia menitik di atas pipi Ayeesha.Ayeesha terjaga dari tidur.Dia melihat mata merah Farhana.Farhana cuba untuk menyembunyikan kesedihannya namun tidak berjaya.

"Mama janganlah menangis.Ayeesha okay je" Ayeesha cuba untuk menenangkan ibunya.

"Okay okay.Mama tak menangis.Ayeesha tidur,ya? Kejap lagi Papa balik,kita pergi klinik" Farhana menepuk lembut badan Ayeesha.Ayeesha mengangguk lemah lalu kembali tidur.Kalaulah dia boleh bawa kereta,sekarang juga dia mahu bawa Ayeesha ke klinik atau hospital untuk menerima rawatan.

Pada waktu rehat tengah hari,Khairani memandu laju keretanya menuju ke rumah untuk membawa Ayeesha ke klinik.Setibanya dia dirumah,Farhana terus mendukung Ayeesha masuk ke dalam kereta untuk sama-sama membawa Ayeesha menerima rawatan.

"Macam mana dengan suhu badan Ayeesha? Turun tak?" tanya Khairani yang baru sahaja memulakan perjalanan mereka ke klinik atau hospital yang berdekatan.

"Turun sedikit dari pagi tadi.Tapi masih panas" jelas Farhana.

"Kalau macam tu,kita pergi hospital." Khairani membuat keputusan.Farhana hanya mengangguk tanda setuju.Asalkan anaknya sihat.

Setibanya dihospital,Ayeesha terus diberi rawatan kerana bilangan pesakit pada hari itu amat sedikit.Ayeesha disahkan menghidap demam panas dan dia terpaksa ditahan di wad kecemasan untuk masuk air.Jika suhu badannya menurun,barulah dia boleh balik.Pada waktu itu,waktu rehat tengah hari Khairani hampir habis.Farhana pun bertanyakan kepada suaminya.

"Abang tak balik pejabat ke? Waktu rehat dah nak habis." Tanya Farhana.

"Tak.Abang nak tunggu Hana dengan Ayeesha." jelas Khairani.

"Kerja-kerja abang?" tanya Farhana lagi.

"Kerja-kerja abang sudah hampir siap.Lukisan itu nanti,Hafidz akan pegangkan dahulu." jelas Khairani lagi.Sekali terdetik rasa bersalah dalam diri Farhana.Dia terasa seperti dia dan Ayeesha menyusahkan suaminya itu.

"Tak mengapalah.Abang pergilah balik pejabat.Biar Hana tengok-tengokkan Ayeesha."kata Farhana yang diselubungi rasa bersalah.

"Tak nak.Abang mahu tunggu disini dengan keluarga abang" Khairani teguh pada keputusannya.Farhana tahu,Khairani sejenis orang yang "jika mahu A,tetaplah A.Tiada B" atau bak kata pepatah melayu lama,Kebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang.Atau maknanya,seseorang yang tetap pendiriannya.

"Hana minta maaf" Farhana memohon maaf.

"Untuk apa?" tanya Khairani didalam kemusykilan.

"Sebab Hana dan Ayeesha mungkin menyusahkan abang" jelas Farhana.

-Bersambung-

✔️vote ✔️comment✔️share

-Bab ini merupakan last update untuk bulan ini.Kami akan update semula selepas tamatnya peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 12 Oktober 2017 (12/10/2017).Doakan kami berjaya dengan jayanya.Mungkin ada sesetengah mereka yang tamat peperiksaannya pada 11 Oktober 2017 (11/10/2017) tetapi kami tamat peperiksaan pada 12/10/2017 kerana kami mengambil kertas Bahasa Arab.Doakan kami berjaya dengan cemerlang^^! Kepada semua calon PT3 dan SPM,All the best! May you guys pass the exam with flying colours!-

Kita usaha sama-sama :D

Sebarang update tentang cerita ini,akan diberitahu dari semasa ke semasa.

All the best!

Fighting!

Sincerely,Authors

The SecretWhere stories live. Discover now