Pada malam itu,Khairani dan Farhana berada di dalam bilik.
"Abang.." Farhana memanggil Khairani yang sedang menutup zip beg kerjanya setelah selesai membuat kerja.Khairani memandang Farhana.
"Hana ada benda nak cakap sikit.." kata Farhana.Bunyinya kedengaran serius.Khairani memandang tepat anak mata Farhana.
"Apa dia? cakaplah.." kata Khairani yang sedikit risau melihat riak wajah isterinya yang seperti sedang ditimpa masalah.
"Sejak kebelakangan ini,Hana ada dengar bunyi pelik dekat rumah ini" kata Farhana.
"Bunyi pelik? Bunyi apa?" tanya Khairani.
"Bunyi guli,bunyi tapak kaki..bunyi tu macam datang dari bilik yang berkunci tu" kata Farhana lagi.
"Eishh,bayangan Hana je kot..dahlah,jom makan.." jawab Khairani seolah-olah tidak mempercayai kata-kata Farhana.Khairani berjalan menuruni tangga rumah.Farhana mengikuti Khairani.
"Betul abang..Hana tak tipu.." terang Farhana lagi.
"Tak ada apalah..bayangan je tu.Hana janganlah cerita benda yang bukan-bukan.Nanti Ayeesha takut pula" kata Khairani yang memang menyangka Farhana sengaja mereka-reka cerita.Namun disudut hati Farhana sangat yakin yang itu bukan khayalannya.
Sementara itu,Ayeesha yang sedang makan dimeja makan hanya menunggu ibu bapanya turun ke dapur.Kesiannya hidup dia jadi anak tunggal.Tiada sesiapa nak teman.Semasa dia sedang makan,Ayeesha ternampak sesutu yang melintasi tingkap rumah.Ayeesha menjadi ingin tahu.Ayeesha pun bangun dan menuju ke arah tingkap.Dia ternampak sesuatu.
"Awak siapa? Kenapa datang rumah Ayeesha malam-malam?" tegur Ayeesha.
Pada waktu itu,Khairani dan Farhana yang ternampak Ayeesha tertinjau-tinjau ditingkap pun menegur.
"Ayeesha..Ayeesha tengok apa dekat luar tu?" tanya Khairani.Ayeesha memalingkan wajah melihat Khairani dan Farhana.Kemudian dia memandang semula ke arah luar tingkap.Tiada sesiapa.Ayeesha memandang kedua ibu bapanya semula.
"Tiada apa-apa..bila nak makan sama-sama? Lama Ayeesha tunggu" Ayeesha membuat muka muncungnya.Alolololo..manja pula budak kecil ini hari ini.
"Marilah..jom kita makan sama-sama.." kata Farhana.Mereka semua pun bergerak ke dapur untuk makan malam.
Sehingga waktu malam,Farhana masih tidak dapat melelapkan mata.Dia asyik terfikirkan tentang dari manakah datangnya bunyi guli itu.Jika bukan dari bilik itu,dari mana lagi? Nak kata Ayeesha yang main,waktu tu Ayeesha belum balik dari sekolah lagi.Dia pun mana ada anak lelaki.Ayeesha lah satu-satunya anak yang dia dan Khairani ada.Lagipun,Ayeesha mana ada mainan guli.Anaknya itu seorang perempuan.Takkan nak main guli.Ayeesha juga bukannya suka main mainan sangat pun.Dia lebih minat untuk bermain tanah liat.Farhana memandang ke arah Ayeesha yang sedang tidur ditengah-tengah antara dia dan Khairani.Dia pun mengusap-usap lembut rambut Ayeesha sebelum cuba melelapkan mata untuk tidur.
Keesokan paginya,hari itu merupakan hari Sabtu.Khairani masih belum bangun tidur.Mula-mula dia bangun untuk solat Subuh pada pukul 6 pagi.Kemudian,dia tolong Farhana kemas dapur sikit-sikit dan kemudian,sambung tidur.Hari cuti hujung minggu jelah baru dapat rehat.Rindu pula zaman menjadi pelajar sekolah dahulu.Betul orang kata,bila masih bersekolah,akan terasa seperti mahu bekerja.Apabila sudah bekerja,terasa seperti mahu menjadi pelajar sekolah semula.Namun,jika dia masih bersekolah,tak mungkin dia bahagia seperti sekarang disamping insan tercinta iaitu Farhana dan Ayeesha.Sementara itu,Ayeesha yang sedang bermain bersama anak patung beruangnya bermain dengan riang.Itulah anak patung yang seusia dia.Sejak dia dilahirkan sehingga kini.Dia masih bersama patung itu.Sewaktu dia sedang bermain,Ayeesha terdengar seperti namanya dipanggil.Ayeesha memandang ke arah pintu bilik.Dia ternampak seperti satu bayang-bayang.Dia pun bangun untuk melihat apakah itu.Ada orang ke? Orang itu ke yang memanggil namanya itu? Ayeesha pun berjalan ke pintu bilik dan melihat seperti susuk tubuh seseorang yang membelakangi dirinya sedang berdiri di hadapan pintu bilik yang berkunci itu.
-Bersambung-
✔️vote ✔️comment✔️share
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...