24

486 62 2
                                    

Pada keesokan harinya, Ayeesha baru sahaja bangun dari tidur. Khairani lantas memeluk anak perempuan tunggalnya.

"Assalamualaikum. Selamat pagi.." Khairani mencium pipi merah anaknya. Ayeesha mencium semula pipi Khairani.

"Waalaikumussalam. Selamat pagi, papa.." jawab anak kecil itu dengan nada manja.

"Ayeesha macam mana hari ini?" tanya Khairani.

"Sihat je.." jawab anaknya bersemangat.

"Bagus.." Khairani masih belum meleraikan pelukannya.

"Mama mana?" Tanya anak itu. Budak baru bangun tidur, kalau tak cari ibunya memang tak sah.

"Mama kat dapur.."

"Oh.."

"Ayeesha nak main apa hari ini?"

"Nak main tanah liat.. dengan Lea.." Khairani terdiam.

"Ala.. main la dengan papa. Buat apa nak main dengan 'orang' lain.."

"Papa tak kerja ke hari ini?"

"Hari ini kan hari Sabtu.."

"Papa tak kena pergi pejabat? Kadang kadang kan papa kena kerja juga.." Ayeesha menjelingkan matanya terhadap Khairani. Kesannya ibarat panah yang tepat tertusuk di dada. Nada anaknya seperti menyindir dirinya. Dia akui, dia sejak kebelakangan ini agak sibuk sehinggakan dia kurang masa untuk bersama keluarga. Dia sangkakan keluarga kecilnya akan faham akan dirinya yang kini baru sahaja dinaikkan pangkat. Farhana faham kondisi dirinya sekarang. Tak sangka pula, si kecil Ayeesha, dahagakan masa dan kasih sayang daripada dia.

"Ala, papa minta maaf, sayang. Ayeesha kan tahu papa baru sahaja naik pangkat. Kerja mestilah banyak.."

"Kalau macam tu.. papa tak payahlah naik pangkat..." jawapan anaknya buat Khairani tergelak kecil.

"Kalau papa tak naik pangkat, nanti papa tak banyak duit.."

"Tak apalah. Yang pasti papa banyak masa.." setepek kena. Sekali lagi kena sindir. Kali ini, dia diam seribu bahasa. Lautan penyesalan bergelora di dalam hatinya. Anak kecil ini benar-benar merindui dirinya yang dahulu. Dia keseorangan. Walaupun Farhana merupakan seorang suri rumah, tetapi dirinya sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja rumah. Hal ini menyebabkan Ayeesha keseorangan sementara dia juga tidak mempunyai adik-beradik. Lagipun, Ayeesha takut dengan Farhana. Farhana sedikit tegas terhadap Ayeesha manakala Khairani pula 'sekepala' dengan Ayeesha. Hanya Khairani sahaja yang sering menemani dia bermain. Apabila ketiadaan Khairani, sudah tentu anak kecil ini seorang diri bermain. Anak bapa lah katakan.

Farhana masuk ke dalam bilik.

"Apa la lama sangat nak kejut Ayeesha tu, bang.." Farhana duduk di sebelah Ayeesha yang berbaring ditengah katil sambil dipeluk Khairani.

"Ni.. nak tanya budak ni hari ini nak buat apa.." Farhana tersenyum kecil.

"Ayeesha nak main dengan Lea.."

Khairani memandang Farhana. Farhana memandang Khairani. Mereka berdua saling berpandangan.

"Jom kita pergi jalan-jalan, nak?" Farhana beri cadangan.

"Ha, boleh juga! Dah lama kita tak jalan-jalan, kan?" Khairani bersetuju.

"Okay.." Ayeesha membalas. Khairani dan Farhana tersenyum.

"Okay jom bersiap.." Khairani menyuruh Ayeesha untuk mandi.

Setelah bersiap, Khairani menunggu isterinya dan anaknya bersiap. Typical sesetengah perempuan, kalau bersiap memang lama. Sesetengah, okay? Tak semua. Khairani pun membuka televisyen seketika. Tengoklah cerita apa yang best.

The SecretWhere stories live. Discover now