Hari ini hari Sabtu.Khairani,lepas subuh tadi dia tidur balik.Letih katanya.Yelah,dia balik lewat malam tadi.Kesian Farhana.Tertidur atas sofa kerana tunggu dia pulang.Tetapi lagi kesian dekat Khairani.Terpaksa kerja hingga lewat malam,memikirkan idea serta bersusah payah demi mencari nafkah yang halal buat keluarga kecilnya yang tercinta.Farhana mengemas rumah pagi ini.Dia pun mengemas kesemua bilik yang ada.Naib baiklah tak banyak habuk.Hinggalah tiba satu bilik,Farhana cuba membuka bilik itu.Namun bilik itu berkunci.Eh? Kenapa berkunci? Ada sesiapa ke dalam bilik ini? Farhana cuba mengetuk pintu bilik itu berulang-kali.Manalah tahu kalau ada orang di dalam.Sewaktu dia sedang mengetuk pintu.Khairani datang sergah dia dari belakang.
"Ha,buat apa tu?" sergah Khairani.Tetapi cubaannya gagal kerana Farhana tidak terkejut.
"Tiada apa-apa.Hana pelik.Kenapa bilik ni berkunci?" tanya Farhana.
"Berkunci?" Khairani cuba membuka pintu bilik itu.
"Tak boleh buka,kan?"tanya Farhana.
"Ha'ah,tak boleh.Tak apa,nanti abang tanya kawan abang" jawab Khairani.
"Baiklah.Ayeesha sudah bangun ke belum? Kalau belum,abang kejutlah Ayeesha tu.Suruh dia mandi" kata Farhana.
"Baik bos" jawab Khairani.Dia pun terus pergi ke bilik untuk mengejut puterinya.Farhana hanya tergelak kecil melihat suaminya.Kemudian,dia pun menyambung rutin hariannya sebagai seorang isteri dan seorang ibu.
-2 hari kemudian-
Setiap hari,Farhana akan ternampak dua orang wanita yang dia nampak tempoh hari di hadapan rumahnya.Mungkin wanita tersebut tinggal berdekatan kerana tak jauh dari situ terdapat sebuah kampung yang pesat membangun.Farhana semakin berasa ingin tahu.Mengapa dua orang wanita ini sering berlegar-legar di kawasan ini?
Pada hari yang berikutnya,selepas sahaja Khairani menghantar Ayeesha ke sekolah dan seterusnya pergi kerja,Farhana pun menyapu halaman rumahnya.Sewaktu dia sedang menyapu,salah seorang wanita yang sering berlegar-legar di kawasan rumah itu pun menegurnya.
"Assalamualaikum" tegur seorang wanita yang bernama Sarah.
"Waalaikumussalam" Farhana memandang perempuan yang menegurnya.
"Baru pindah ke sini eh?" tanya wanita itu.
"Ya,hehehe.." jawab Farhana.
"Nama akak,Sarah.Nampak macam wanita berusia 40-an tetapi percayalah,akak masih muda lagi" kata Sarah.
"Oh,hehehe.Saya Farhana" jawab Farhana.
"Akak tinggal berdekatan dekat sini.Kalau Farhana ada apa-apa,jemputlah datang.Rumah akak di hadapan kedai tu je" kata Sarah lagi.
"Oh depan kedai itu? Oh! Baiklah..baiklah" jawab Farhana.Dia mula selesa dengan Sarah.
"Baiklah,akak balik dahulu,ya? Assalamualaikum" Sarah meminta diri.Farhana pun menjawab salam Sarah dan melihat Sarah yang pulang ke rumahnya.
Pada waktu tengah hari,Ayeesha pulang ke rumah dengan bantuan Khairani.Dia hanya pulang ke rumah untuk menghantar Ayeesha dan kemudian bergerak pergi kerja semula.Senang kata,rutin harian Khairani kini semakin sibuk sejak berpindah.Kalau dahulu Ayeesha boleh pulang berjalan kaki sendiri kerana sekolah dan rumah sangat dekat.Bak kata orang-orang tua,sejengkal je jauhnya.Namun sekarang tidak lagi.Ayeesha baru sahaja berumur 5 tahun.Sekolahnya tidak jauh namun bimbang dia seorang diri di jalan.Bahaya.Setelah jam dinding merujuk kepada pukul 1:15 petang,Ayeesha pun membuka pintu rumah.Kelihatan mood budak kecil seorang ini macam tak berapa baik.
"Papa sudah pergi kerja semula?" tanya Farhana kepada Ayeesha.
"Sudah" jawab Ayeesha pendek sambil meletakkan beg sekolah merah jambunya di atas sofa.
"Kenapa dengan anak mama ni?" tanya Farhana.Muram je Ayeesha hari ini.
"Kenapa papa jemput lambat?" tanya Ayeesha.
"Ayeesha,papa kan kerja.Papa sibuk,lagipun ini kali pertama kan papa jemput Ayeesha di sekolah baharu? Selama ini kan Ayeesha balik sekolah sendiri.Sebab tu agaknya Papa terlupa nak jemput Ayeesha..Maafkan papa,ya?" jawab Farhana untuk meyakinkan Ayeesha.Ayeesha mengangguk faham.Dia faham tentang kesibukan kerja bapanya.Nasib baiklah Farhana mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sahaja dahulu sementara Ayeesha masih kecil.Nanti bila Ayeesha dah besar,baru dia akan bekerja.Tak mengapalah.Dia ada master.
-Bersambung-
✔️vote ✔️comment✔️share
A/N : Okay tak bab ni? Atau hambar? Atau mahukan sambungan secepat mungkin? Hehehehe.Terima kasih kepada para pembaca yang sudi baca cerita ini.Kami pun tak sangka cerita ini boleh dapat ranking tinggi! Terima kasih banyak-banyak! Teruskanlah baca dan teruskanlah vote serta comment!

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormaleGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...