70

380 39 0
                                    

Ayeesha pandang Farhana. Farhana pandang Ayeesha. Kedua-dua mereka sedang menggigil ketakutan. Mana nak lari ni ? Mana nak paut ni ? Dah terapung-apung macamni, nak buat macam mana ni ? Allahuakbar, mereka berdua sangat takut. Tapak tangan mereka berdua mula terasa sejuk. Ini bukan setakat sejuk, ini dah beku. Farhana menutup matanya rapat-rapat. Hanya sepenuh pengharapan dia berikan kepada yang Esa. Moga Allah membantu mereka berdua.

"Mama.. jom cari papa" Ayeesha berkata.

"Bahaya di luar sana. Papa pun suruh kita duduk sahaja disini.." Farhana cuba menolak ajakan Ayeesha.

"Ayeesha, berdoa sahaja pada Allah. Kalau kita yakin, Allah akan bantu kita.." Farhana cuba menguatkan semangat anak perempuannya. Ayeesha hanya mengangguk. Farhana mengusap kepala Ayeesha. Dia pun takut sebenarnya. Tipulah kalau dalam situasi genting begitu, tidak hadir walau secebis perasaan takut. Tipu. Sangatlah tipu.

* * *

Syaitan itu dihentak berkali-kali. Lama kelamaan, Syaitan itu rebah. Ia tidak bergerak walau sedikitpun. Khairani menolak tubuh besar syaitan itu dengan kakinya. Tidak gerak.

"Jom kita lari.." Ustaz Kamil memberikan cadangan. Mereka semua mengangguk. Mereka pergi ke bilik tempat Farhana dan Ayeesha menyorok. Alanglah terkejutnya apabila mereka melihat barang-barang dalam bilik itu menjadi bersepah. Sebahagiannya terapung ke udara. Ustaz Kamil membaca ayat-ayat suci Al-Quran agar menjadi pelindung buat mereka semua.

"Farhana, Ayeesha.. perlahan-lahan datang ke sini.." Ustaz Kamil berkata. Mendengar arahan yang diberikan, Farhana dan Ayeesha berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu keluar itu. Sesekali terdetik juga pemikiran "kenapa tak boleh jalan laju-laju je? Kan lebih cepat?". Bukan apa. Dikhuatiri bunyi gerakan mereka boleh didengari oleh makhluk terkutuk itu. Semuanya perlu dilakukan dengan terperinci dan teliti sekarang ini. Tersilap langkah, buruk padahnya. Tak mengapa kerana bak peribahasa Melayu, biar lambat asal selamat. Farhana dan Ayeesha berjaya keluar. Mereka menutup semula pintu bilik itu perlahan-lahan.

"Sekarang macam mana ni?" Tuan Ghazi bertanya.

"Macam apa yang lelaki sebelum ini berkata, kita perlu cari kunci pintu keluar itu. Bagaimana?" Khairani bertanya.

"Syaitan itu telah tiada. Mari kita pergi ke dungeon itu dan ambil sahaja kuncinya.." Mason berkata. Mereka semua mengangguk. Mereka berjalan mencari jalan ke penjara bawah tanah tersebut. Farhana berjalan sambil memeluk erat lengan Khairani.

"Abang.. Hana rasa tak sedap hati" Farhana berkata.

"Kenapa?" Khairani bertanya.

"Hana rasa.. ada 'sesuatu' disana.." Farhana berkata. Tangan Farhana kian terasa sejuknya. Jelas dia ketakutan. Tetapi apa pula yang ada disana? Kan makhluk tadi sudah mati?

Mereka memasuki dungeon itu semula untuk mengambil kunci sekaligus keluar terus daripada dunia itu. Tetapi, apabila mereka memasuki sahaja perkarangan penjara bawah tanah itu, suasana bertukar. Aura itu lebih menakutkan. Hanya samar-samar lampu dari obor yang menyala pada dinding menjadi sumber pencahayaan. Dari penghujung laluan yang mereka bakal lalui, ada satu bayang-bayang besar berdiri. Seperti menunggu kehadiran mereka disitu.

"Allahuakbar.. ada apa lagi ni?.." Tuan Ghazi mengeluh. Penat jiwa raganya menghadapi semua ini.

"Kita nak teruskan sahaja ke? Ada 'benda' kat hujung sana tu" Khairani berkata.

"Entahlah. Tak teruskan, sampai bila kita nak terperangkap? Kalau teruskan, mungkin ada bahaya menanti" Ustaz Kamil berkata.

"Tiada jalan lain ke Mason?" Khairani bertanya lagi.

The SecretWhere stories live. Discover now