26

491 57 3
                                    

Beberapa bulan kemudian, mereka hidup seperti biasa berhiaskan kejadian aneh yang sering berlaku. Sehinggakan kadang-kadang, Khairani dan Farhana juga malas hendak mengambil kesah lagi. Letih dibuatnya jikalau hari-hari 'menghadap' benda yang sama. Ayeesha dan Lea pun dibuat tak endahnya. Mereka tak boleh nampak Lea, jadi mereka tidak tahu bila Ayeesha akan berjumpa Lea.

Pada suatu malam, keadaan hujan lebat beransur guruh yang bersahutan tanpa henti. Khairani tidur sambil memeluk Ayeesha. Dia terjaga pada tengah malam akibat kesejukan pendingin hawa. Dia ingin menaikkan suhu pendingin hawa tersebut namun dia tersedar bahawa Farhana tiada di tempat sepatutnya dia tidur. Dalam gelap, Khairani meraba tangannya ke dinding untuk membuka suis lampu kecil.

"Hana?" Khairani memanggil nama Farhana namun tiada sahutan. Dia berjalan ke arah bilik air yang bercahaya, menandakan bahawa lampunya terbuka. Pasti Farhana berada di dalam. Khairani berjalan menuju ke bilik air namun apa yang dia lihat, Farhana yang sudah terbaring longlai di atas lantai bilik air.

"Ya Allah, Hana!" Khairani lantas memangku kepala Farhana.

"Hana, bangun. Hana.." Khairani cuba menggoncangkan badan Farhana namun tiada gerak balas. Dia lantas mendukung Farhana untuk dibawa ke hospital.

Di sebuah hospital swasta, Farhana masih berada di dalam wad kecemasan bersama seorang doktor dan beberapa orang jururawat. Ayeesha hanya menguap dari tadi.

"Ayeesha kalau mengantuk, tidurlah disini.." sambil menghulurkan paha kaki kanannya untuk menjadi tempat Ayeesha meletak kepalanya.

"Ayeesha nak tunggu mama.." gigih anak kecil ini melawan mata demi memastikan ratu hatinya dalam keadaan yang baik.

"Mama okay, sayang.." Khairani menenangkan Ayeesha.

"Mana papa tahu? Doktor pun tak keluar lagi.." pintar anak kecil ini menjawab. Khairani tidak membalas apa-apa. Dia pun risau. Berdoa agar semuanya baik sahaja.

Doktor keluar dari wad kecemasan.

"Awak suami dia?" Tanya seorang doktor perempuan yang dipercayai merawat Farhana sebentar tadi.

"Ya, kenapa dengan isteri saya?" Khairani yang khuatir dari tadi mengajukan soalan sambil Ayeesha yang memeluk kakinya juga menantikan jawapan.

"Dia tiada apa-apa. Cuma mengalami alahan. Kami tahan dia buat satu malam. Jika esok, dia dan kandungannya dalam keadaan baik, kami akan lepaskan dia pulang"

"Kandungan?"

"Ya, isteri encik hamil 4 minggu.."

Khairani memanjatkan rasa syukurnya terhadap Ilahi. Akhirnya, merasa juga dia dan Farhana untuk menimang cahaya mata kedua. Alhamdulillah, syukur.

"Boleh kami menemani dia malam ini?"

"Sudah semestinya boleh.. adik ini juga boleh. Kesian, mengantuk nampaknya tu.." doktor tersebut tersenyum melihat Ayeesha yang sudah menggosok mata tanda mengantuk. Khairani tersenyum kecil.

"Terima kasih, doktor" kata Khairani. Doktor itu mengangguk sebelum beredar pergi. Khairani dan Ayeesha masuk ke dalam wad untuk menemani Farhana.

Seusai solat subuh berjemaah bersama Farhana, mereka berdua bersalaman. Khairani melutut memandang Farhana yang duduk bersolat subuh di atas kerusi berikutan tangan kanannya yang masih terikat dengan terapi intravena yang tergantung.

"Alhamdulillah, kita bakal dapat anak kedua" kata Khairani. Farhana mengangguk.

"Terima kasih, sayang. Abang tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Abang terlalu gembira"

"Hana pun gembira, abang. Memang impian Hana untuk ada anak lebih dari satu. Akhirnya, Allah dengar doa Hana.."

"Kita jaga baby ni elok-elok. Nanti dia boleh main dengan kakak dia.." senyum Khairani sambil memandang Ayeesha yang sedang tidur di atas katil kedua untuk penjaga, sambil memegang perut Farhana.

"Nanti, tak perlu Ayeesha ingat lagi Lea. Dia sudah ada adik nanti" Farhana menyatakan isi hatinya. Dia semakin risau tentang Ayeesha yang gemar bercakap seorang diri. Khairani mengangguk tanda setuju.

Beberapa bulan kemudian, kandungan Farhana sudah beranjak ke 15 minggu. Kini, emosi Farhana semakin tidak stabil. Dia suka marah. Khairani hanya bersabar dengan sikap Farhana. Dia faham, amarah seorang wanita apabila mengandung memang begitu. Wanita akan menjadi tidak stabil. Namun, Ayeesha sebaliknya menjadi tertekan. Dia sering dimarahi Farhana tanpa sebab. Hal ini menyebabkan batin kecilnya tertekan.

Pada suatu hari, Farhana sedang mengemas di tingkat atas. Dia terlihat kelibat Ayeesha yang masuk ke dalam bilik tidur. Farhana mengekori Ayeesha yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan bilik yang bersepah. Bilik yang baru sahaja di kemas, bersepah semula. Ayeesha nya entah mana menghilang lepas masuk ke dalam bilik. Apa lagi? Tantrum Farhana membuak-buak.

Farhana berjalan dalam amarahnya ke tangga untuk mencari Ayeesha.

"Ayeesha!" Marah Farhana. Ayeesha memandang Farhana dari bawah. Dia sedang bermain di tangga rumah. Khairani yang menonton televisyen turun terperanjat sama. Dia memandang dua beranak itu.

"Mama baru kemas bilik! Kenapa sepahkan?!" Ayeesha terkebil-kebil memandang Farhana.

"Mana ada Ayeesha sepahkan.."

"Habis tu siapa? Dalam rumah ni cuma kita bertiga! Mama nampak Ayeesha masuk bilik tadi. Entah mana Ayeesha pergi, entah bila keluar, bilik dah bersepah!" Ayeesha hampir menangis apabila dimarahi tetapi ditahan. Jika dia menangis, lagi tantrum Farhana meningkat ke tahap maksima.

"Kalau sehari tak buat mama marah, memang kan?!" Farhana berjalan berlalu pergi ke arah bilik tidur. Setelah Farhana berlalu pergi, air mata Ayeesha deras mengalir membasahi pipi merahnya. Dia menangis tanpa suara sambil mengemas permainannya.

"Ayeesha.. mari sini, sayang" Khairani memanggil Ayeesha. Ayeesha hanya berdiam sambil berjalan ke arah Khairani. Khairani mendukung Ayeesha duduk di atas pahanya sambil dia mengelap air mata puteri sulungnya.

"Ayeesha buat apa tadi?" Khairani lembut bertanya Ayeesha.

"Mana ada Ayeesha buat apa-apa, papa. Ayeesha duduk je main dekat tangga.." tergagap-gagap Ayeesha menjawab sambil menangis. Khairani memeluk tubuh Ayeesha.

"Tak apa. Papa percayakan Ayeesha. Jangan menangis lagi dah. Tak cantik.." Khairani mencium pipi anaknya yang masih basah dek kerana menangis.

"Kenapa mama suka marah Ayeesha tanpa sebab? Ayeesha tak buat apa-apa pun.." adu Ayeesha kepada bapanya.

"Biasalah, sayang. Emosi orang mengandung memang begitu. Mudah terikut emosi. Ayeesha maafkan mama, ya?" Khairani memujuk.

"Waktu Ayeesha dalam perut mama pun mama suka marah-marah ke?"

"Ya, sayang. Tetapi lagi teruk.."

"Lagi teruk?" Ayeesha bertanya sambil memandang muka bapanya. Khairani mengeluh kecil apabila teringat kisah lamanya bersama Farhana sebelum kelahiran Ayeesha.

"Mama suka tarik telinga papa.." Ayeesha tergelak kecil.

"Kenapa?" Tanya Ayeesha.

"Entah. Apa papa buat semua tak kena. Nak kena perfect semua. Papa pun pening. Hari-hari mama marah-marah papa. Papa pun nak menangis lah.." Khairani memuncungkan bibirnya sebagai tanda meminta simpati kepada Ayeesha. Ayeesha memegang pipi Khairani.

"Orang perempuan memang suka marah eh?" Khairani tergelak kecil. Ayeesha turut tergelak sama. Khairani mencubit lembut pipi anaknya. Kan cantik jika tersenyum?

-Bersambung-
✔️vote
✔️comment
✔️share

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang