Khairani tahu yang Farhana semestinya terkejut dengan apa yang terjadi. Iyalah, mana Farhana tak terkejut. Tiba-tiba sahaja tersedar dari lena dan bila ditanya apa jadi dengan dirinya, suaminya mengatakan dia pengsan. Allahuakbar. Berdebar jantung dia saat itu.
"Macam mana Hana boleh pengsan, abang?",tanya Farhana ingin tahu.
Ayeesha yang masih lemah dipangku Khairani. Anaknya itu dipegang erat.
Khairani mengeluh berat dahulu sebelum menjawab persoalan isterinya. Tidak tahu bagaimana dia hendak menyusun bicara supaya mudah untuk isterinya memahami situasi yang sedang terjadi.
"Macam ni, Hana. Asalnya Ayeesha yang pengsan dahulu sebelum Hana. Hana ingat tak tu?", tanya Khairani.
Farhana kelihatan bingung. Namun tidak lama kemudian dia terangguk-angguk kecil.
"Ya, abang. Hana ingat. Lepastu? Apa jadi dekat Hana? Hana tak sedar apa-apa lah, bang",keluh Farhana.
Mukanya semakin berkerut menahan segala persoalan yang berada di mindanya.
"Tak lama lepastu, abang call ibu dengan ayah. Abang minta diorang datang sini tengok kita. Hana ingat tak, abang ada pesan yang Hana kena kuat semangat?",tanya Khairani.
"Hmm, Hana tak ingatlah bang. Hana rasa, masatu emosi dah kawal keseluruhan diri Hana. Hana langsung tak tau apa jadi lepastu. Yang Hana tau dan ingat, Ayeesha pengsan. Tu je",terang Farhana perlahan.
Khairani mengangguk kecil. Tidak lama kemudian, ibu dan ayah Khairani menyertai perbualan mereka di ruang tamu itu.
"Eh, ibu, ayah. Hana tak sedar langsung ibu dengan ayah datang."
Serentak itu, dia menyalami tangan ibu mentuanya.
Ubun-ubun Farhana diusap lembut oleh ibu Khairani.
---
Hari sudah menghampiri senja. Ibu dan ayah Khairani nampaknya telah pulang ke rumah mereka dahulu untuk mengemas pakaian mereka. Mereka dah bersepakat untuk bermalam di rumah anak lelaki mereka itu buat beberapa hari ini sehingga anak, menantu dan cucu mereka itu pulih. Khadijah akan turut dibawa sama. Rumah mereka akan dijaga oleh saudara kepada ibu Khairani yang tinggal berdekatan.
Sementara itu, Farhana sedang memandikan Ayeesha. Lebih kepada menemankan sahaja sebenarnya. Ayeesha sudah cukup cerdik untuk mandi sendiri.
Memandangkan dah nak masuk waktu solat Maghrib, Farhana menyuruh Ayeesha mengambil wuduk sekali.
"Ayeesha sayang, ambil wuduk sekali ya? Nanti nak solat jemaah dengan papa, dengan mama."
Mudah sahaja pesanan Farhana pada anaknya.
Tiada sahutan yang kedengaran daripada Ayeesha. Itu membuatkan Farhana mula berasa cemas.
"Eh, mana pulak anak aku ni? Tak menyahut pula?",kata Farhana sendirian.
Farhana mengambi langkah pantas untuk terus membuka pintu bilik air tempat Ayeesha mandi. Alangkah terkejutnya Farhana apabila melihat anaknya itu sedang terapung di udara sambil matanya terbeliak dan mulutnya ternganga. Muka anaknya pucat sekali.
"ABANG! ABANG! DATANG SINI CEPAT, ABANG! ANAK KITA! ABANGGGGGG!",Farhana menjerit sekuat hatinya lalu terduduk sambil tangannya menekup mulutnya.
Khairani yang sedang berada di dalam bilik terus berlari keluar menuju ke arah bilik air. Sebaik sahaja dia melihat keadaan anaknya, terus sahaja dia melaungkan azan selantang yang mampu.
"Hiiiiii hiiiiii hiiiii hiiiiii~~~" ,kedengaran suara benda mengilai.
Tatkala itu, Farhana mampu melihat suatu lembaga berwarna hitam, sedang memandang ke arah suaminya dengan matanya yang merah menyala. Gayanya seperti sangat marah akan tindakan Khairani. Farhana seperti orang yang dalam kebodohan. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan memandangkan dia juga seorang yang lemah semangat tanpa dia sedari.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...