Bunyi guli yang didengari oleh Farhana semakin kuat dan menyebabkannya berasa sangat rimas. Dia memang tidak suka bunyi bising semasa dia sedang membuat kerjanya. Terutama sekali apabila dia sedang memasak. Fokusnya mudah terganggu.
Dek rasa geram dan rimas mendengar bunyi guli yang berlarutan tidak henti-henti itu,Farhana berhenti memasak seketika lalu dia naik ke tingkat atas. Dia sudah tidak tahan lagi. Apa lagilah yang nak jadi. Rimas dia.
Namun,apabila dia sedang menaiki anak tangga untuk menuju ke tingkat atas,hatinya tiba-tiba dilanda rasa cemas dan seram. Peluh sejuk mula membasahi dahinya.
"Ya Allah. Kenapa aku berpeluh pulak ni? Allahu",kata Farhana sambil mengibas-ngibaskan tangannya.
Lampu di tingkat atas dibuka oleh Farhana.
"Tap",kedengaran bunyi suis lampu dibuka. Nah,sekarang ruang di tingkat atas itu sudah terang-benderang.
Farhana berjalan dengan langkah yang agak lambat. Dia sebenarnya sedang mencari-cari dari manakah datangnya bunyi guli yang didengarnya tadi.
Langkah Farhana menjadi lebih perlahan apabila telinganya menangkap bunyi guli itu. Dia memfokuskan seluruh pendengarannya kepada bunyi guli itu.
"Emm,aku rasa aku tahu dekat mana asalnya bunyi tu datang",ujar Farhana kepada dirinya sendiri.
Tenang,tenang. Farhana bukan gila ya. Itu cuma monolog dalaman.
Seakan telah mendapat keyakinan,Farhana berjalan menuju ke bilik misteri itu. Ya,bilik yang berkunci dan tidak dapat dibuka sampai sekarang itu. Kali ini Farhana berjalan dengan lebih pantas. Dia perlu cepat dan tidak boleh melengahkan masa. Farhana masih belum selesai memasak. Nanti si kecil Ayeesha dan suaminya, Khairani tu balik tak dapat makan pula mereka nanti.
Tiba-tiba,Farhana teringat sesuatu. Ya,baru dia sedar. Dapur rumah mereka ini letaknya betul-betul tepat di bawah kedudukan bilik yang berkunci itu. Sah-sahlah bunyi guli itu datangnya tepat daripada bilik itu.
Dengan segala kudrat yang Farhana ada,dia mencuba untuk membuka pintu bilik itu sekali lagi. Berusaha dia membuka pintu itu. Namun,seperti yang dia jangkakan,pintu itu tetap tidak boleh dibuka.
"Allahu,apalah susah sangat nak buka pintu ni. Haih,lantaklah haih. Baik aku pergi turun masak balik",kata Farhana setelah dia berputus asa.
Lagipun,bunyi guli itu tidak lagi kedengaran.
Farhana kembali memasak di dapur. Setelah dia selesai memasak,dia mengerling jam dinding yang berada di dapur itu. Kalau diikutkan,ini sudah waktu Ayeesha pulang. Namun,batang hidung anak perempuannya itu masih belum kelihatan.
"Biarlah,mungkin Khairani jemput lambat sikit",kata Farhana bagi memujuk hatinya yang mula risau.
-Sementara keadaan di luar rumah....-
Ayeesha yang baru pulang dari sekolah kelihatan agak ceria kerana Khairani telah membelikannya aiskrim di kedai Pak Mad lagi. Namun,aiskrim itu telah pun habis dimakan olehnya. Hahahaha...
"Bye Ayeesha sayang. Cakap dekat mama,papa balik lambat sikit ya. Papa ada hal dengan uncle Hafidz. Hati-hati ya. Jangan degil cakap mama",pesan Khairani yang berada di dalam kereta.
Dia terpaksa pulang lewat kerana dia ada projek ekstra bersama rakannya yang perlu dia lunaskan.
"Okay papa. Bye",balas Ayeesha.
Kemudian,Khairani pun berlalu pergi ke tempat kerjanya semula.
Semasa Ayeesha hendak berjalan masuk ke dalam rumah,dia ternampak Farhana di belakang rumahnya. Dia terlihat Farhana sedang berjalan membelakangkannya menuju ke belakang rumah mereka itu.
Ayeesha berasa pelik. Apa yang mama buat di situ? Namun,akal budak kecil. Apa yang dia tahu. Dia pun mengikut kelibat Farhana yang dilihatnya itu. Apabila kelibat Farhana itu semakin laju berjalan meninggalkannya di belakang,Ayeesha mula keletihan.
"Mama! Mama nak pergi mana? Kenapa mama jalan laju sangat ni,mama? Ayeesha penatlah mama",keluh Ayeesha.
Namun,apabila Ayeesha sampai di belakang rumah banglo mereka,apa yang dia lihat hanyalah hutan dan semak samun yang tumbuh meliar di situ. Kelibat mamanya yang dia lihat tadi tidak lagi kelihatan.
Ayeesha berasa takut lalu dia berlari semula ke hadapan rumahnya. Tangannya pantas mengetuk pintu rumahnya dengan kuat.
"Ttok-ttok-ttok!!!"
"Mama,mama! Bukalah pintu. Cepatlah mama! Mama!!!",Ayeesha melaung memanggil Farhana.
Farhana yang sedang duduk berehat di ruang tamu terkejut. Lantas,dia membuka pintu itu. Kelihatan wajah sugul Ayeesha di muka pintu.
"Kenapa anak mama ni? Hmm?",tanya Farhana lembut.
"Mama pergi mana tadi? Ayeesha nampak mama pergi belakang rumah. Ayeesha ikut mama. Tapi mama tak ada pun bila Ayeesha sampai dekat kawasan belakang rumah tu",adu Ayeesha.
"Sampai hati mama tinggalkan Ayeesha sorang-sorang",luah Ayeesha lagi.
Farhana yang mendengarnya menjadi pelik. Kerutan mula terbentuk di mukanya.
"Mana adalah sayang. Mama ada je dekat sini tadi. Mama duduk dekat ruang tamu je. Mama tiada pun keluar rumah sepanjang hari ni. Perasaan Ayeesha sahaja tu. Tak ada apalah. Dah,jangan cembeng. Mungkin Ayeesha rindu sangat dekat mama. Kan?",pujuk Farhana panjang lebar.
Anaknya ini kalau merajuk payah nak memujuk.
"Hmm,okay mama. Mama,jom makan. Ayeesha lapar",kata Ayeesha.
"Okay sayang. Jom. Eh? Papa mana?",tanya Farhana.
"Dia balik lambat sikit. Ada kerja dengan uncle Hafidz",jawab Ayeesha.
"Ooh,hah. Jom makan",kata Farhana.
Lalu,mereka berdua pun menuju ke dapur dan makan.
-Bersambung-
-Vote-
-Comment-

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...