55

431 46 10
                                    

"Mason, I've received your notes. Thank you. I've burned it. I heard a sound of screaming when I burned the note. Mason, is that really you? You aren't lie to me? You're still alive? What have you been all the time? Mason, what am I going to do now? I am running out of ideas. Help me. I am sorry for not holding your hand tightly. I am sorry for making you trapped again.."

Mason membaca nota yang disampaikan oleh Khairani. Mason menatap nota tersebut dengan teliti dan menulis nota baharu dengan harapan bahawa Khairani dapat membacanya.

"Khairani, I was trapped because of my own sins. Allah has shown me the truth. I was tormented for my own fault and then, I've brought you too for this. I am sorry. Please forgive me. Khairani, I don't have much time. You need to solve this. I can't help you since I don't know what's going on out there. I am sorry.."

Mason menitiskan air matanya. Dia benar-benar menyesal dengan apa yang dilakukannya dahulu. Seribu penyesalan mula mengisi ruang hatinya yang kosong. Dia terperangkap dalam dunia kegelapan atas dosanya sendiri. Dosanya apabila dahulu dia sanggup mensyirikkan Allah kerana kesempitan hidup. Mason benar-benar menyesal. Dia sedar bahawa imannya benar-benar lemah. Mason dikurung bak dalam penjara di dunia tersebut. Mason jatuh terduduk apabila mengenangkan dosanya yang lalu.

"O Allah, forgive me!" Itu sahaja yang dapat dilaungkan oleh Mason.

Dunia kegelapan bak tiada penghujungnya. Suasana disana ibarat malam tanpa noktah. Sesekali dia menjenguk lubang kecil yang ada di dalam tempat itu, yang menjadi satu-satunya sumber cahaya yang ada. Gelap. Tiada apa diluar. Dia bagaikan layang-layang yang terputus tali. Tidak tahu hala tujunya lagi. Nasibnya juga dia tidak pasti. Mason membuka pintu tempat itu dan menjenguk lorong gelap yang tidak diketahui bahaya yang mungkin ada di hadapan. Mason menghela nafas berat.

"There's nothing left. I am alone right now" Mason menutup kembali pintu bilik itu perlahan-lahan. Bimbang kehadirannya disedari oleh makhluk durjana itu. Mason duduk bersandar di tepi dinding. Hanya zikir menjadi makanannya disitu. Mason benar-benar bertaubat dalam masa yang sama, dia berdoa agar Allah menerima taubat nasuhanya serta diberikan kesempatan lagi untuk bermunajat kepada Allah.

"O Allah, let me out from this world. Help me" Mason menangis sehingga dia tertidur.

Sedang dia tidur, dia bermimpi Lea dan Marcella.

"Daddy, you can't give up! Allah will help you.." Lea menyuntik semangat dalam diri Mason.

"Honey, you can defeat them. I am pretty sure Khairani and his family will help you. You have to wake up.." Mason terjaga dari mimpinya. Dia tersedar bahawa dia masih di dalam bilik itu. Dia melihat buku nota yang ada. Tiada mesej dari Khairani. Dia masih ragu-ragu jika Khairani benar-benar mahu membantunya ataupun tidak namun dia tetap berharap bahawa ada sinar buat dirinya. Dia meletakkan sepenuh pengharapan pada Ilahi. Dia tahu, Allah akan bantu dirinya.

Mason keluar dari bilik itu. Dia berjalan dengan yakin menyelusuri lorong gelap itu tanpa mengetahui arah tuju. Mason tiba-tiba mendapati ada sesuatu di dalam poket seluarnya. Dia mengeluarkan benda itu dari kocek seluarnya. Dia mendapati benda itu adalah sebuah pemetik api. Mason menyalakan pemetik api itu lalu berjalan menyelusuri lorong gelap itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tapak kaki yang sangat kuat sedang berlari ke arahnya. Dia pun mencari tempat yang sesuai untuk menyorok. Dia terjumpa satu almari lalu menyorok di dalam almari itu.

* * *
Khairani musykil bahawa bagaimana dia boleh berada di dalam tempat yang amatlah gelap. Hanya sedikit cahaya yang ada itupun samar-samar.

"Aku dimana ni?" Khairani bermonolog sendirian di dalam hatinya. Khairani ternampak satu sumber cahaya di dalam satu bilik. Di dalamnya dia melihat satu ritual pemujaan sedang dijalankan. Makhluk yang ada di dalam itu amatlah besar dan menyerupai makhluk yang berada di dalam bilik yang berkunci itu. Khairani memerhati perlakuan mereka dari pintu bilik yang terbuka kecil. Sewaktu dia sedang memerhati, tiba-tiba salah satu makhluk itu memandang ke arahnya. Makhluk itu merengus kasar apabila melihat Khairani. Khairani tanpa berfikir panjang terus berlari tanpa hala tuju untuk menyelamatkan diri. Dia terdengar tapak kaki yang kuat mengekorinya dari belakang. Khairani menggunakan sepenuh kudratnya untuk menyelamatkan diri. Makhluk itu semakin dekat. Tiba-tiba, dia ditarik ke dalam sesuatu. Mulutnya dipegang rapat. Khairani tidak mampu bersuara akibat ketakutan. Tiba-tiba satu cahaya api dinyalakan disebelahnya. Daripada sinar cahaya itu, dia terlihat wajah lelaki yang memegang mulutnya.

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang