47

421 38 1
                                    

"Khairani.." Khairani terdengar satu suara memanggil namanya. Dia pun menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang memanggil namanya. Tiada sesiapa. Kosong.

"Kenapa, Khai?" Ustaz Kamil bertanya. Khairani hanya menggelengkan kepalanya.

"Ini sahaja ayatnya. Setiap kali kamu jumpa benda yang aneh, yang berupaya sebagai bahan untuk memanggil 'benda' ni, bakar sahaja. Tapi baca juga ayat ni, ya? Kita tak tahu berapa dan bagaimana rupa ke semua artifak ini. Kita ikhtiar sahaja.." Khairani hanya mengangguk sahaja.

Khairani sedang menonton televisyen. Tiada apa yang hendak dilakukan. Telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dia melihat mesej tersebut datang dari Farhana.

"My Everything❤️ :
Assalamualaikum abang. Hana nak bagitahu ni. Keadaan Ayeesha semakin baik. Ayeesha sudah sedar. Dia pun semakin aktif. Cuma dia banyak mengeluh sebab tak boleh balik lagi. Dia kata, dia rindu abang. Ayeesha pun akan ditukarkan ke wad biasa petang ini. Jadi, abang, ibu dan ayah boleh datang kalau nak melawat Ayeesha pada waktu melawat nanti. Abang nak stay sini pun boleh sebab 2 penjaga boleh jaga Ayeesha."

Khairani tersenyum memandang mesej Farhana. Gembira hatinya mendengar anaknya semakin sihat. Semakin aktif pula tu. Khairani terus memaklumkan kepada kedua ibu bapanya tentang Ayeesha.

Pada petang itu, Khairani datang ke wad Ayeesha. Pada waktu itu, Farhana sedang mengikat rambut Ayeesha.

"Assalamualaikum, anak papa.." Khairani datang berasa kedua ibu bapanya.

"Papa!" Ayeesha mendepakan tangannya. Khairani lantas memeluknya.

"Ayeesha rindu papa.."

"Papa rindu Ayeesha juga.." kemudian suami isteri itu pun bersemuka dan bersalaman. Alhamdulillah, keadaan Ayeesha semakin baik.

* * *

Ayeesha sudah dibenarkan pulang. Keadaan Ayeesha juga semakin baik. Khairani sambil ditemani Farhana bertanya kejadian yang menimpa Ayeesha yang pada waktu itu sedang bermain bersama tanah liatnya.

"Ayeesha.. papa nak tanya sesuatu la.."

"Apa dia?" Ayeesha memandang muka bapanya.

"Macam mana Ayeesha boleh.." Khairani tidak tahu hendak berkata apa. Hilang? Tak juga sebab Ayeesha sendiri "lesap" begitu.

"Ayeesha tak tahu. Ayeesha ikut rama-rama je. Lepas tu, Ayeesha pusing, tengok Ayeesha dalam hutan"

"Macam mana Ayeesha boleh berdarah-darah?"

"Ayeesha kena cakar dengan hantu kat dalam bilik tu"

"Hah?"

"Hantu tu sama dengan hantu yang Ayeesha nampak dalam bilik tu.." Khairani hanya terdiam.

"Tapikan papa.. Lea tolong Ayeesha. Lea kena tangkap dengan hantu tu untuk lepaskan Ayeesha.." Khairani masih lagi terdiam.

"Hantu tu asyik panggil nama papa. Ayeesha takutlah"

"Dia panggil macam mana?"

"Dia panggil 'Khairani.. Khairani..'"

"Dia cakap apa lagi?"

"Tak tau. Ayeesha tak dengar dia cakap apa.."

The SecretWhere stories live. Discover now