Mereka tiba di suatu tempat. Mereka sekeluarga meluangkan masa bersama. Ayeesha kelihatan sungguh gembira. Khairani dan Farhana juga turut gembira. Tak apa. Asalkan dia tak teringat langsung akan Lea. Tak ingat 'budak' itu selamanya pun tak mengapa. Lea tak mendatangkan kebaikan walau sedikit pun kepada Ayeesha. Malah dia akan tetap menjadikan Ayeesha sebagai mangsa.
"Papa, jomlah ambil gambar.."
Ayeesha membuat permintaan kepada bapanya. Khairani mengangguk tanda setuju lalu mengeluarkan telefon pintarnya dari poket. Khairani menegur seseorang yang tidak jauh dari mereka. Seorang lelaki tinggi lampai, berkulit putih, berambut kuning. Orang luar negara barangkali. Dia pun meminta lelaki tersebut untuk mengambilkan foto keluarganya. Dia menghulurkan telefon pintarnya kepada lelaki itu lalu lelaki itu menyambut telefon itu. Lelaki itu menolong mereka sekeluarga untuk melakar kenangan indah mereka sekeluarga.
"Thank you, Sir. Have a good time in Malaysia!" Khairani menunjukkan rasa syukurnya lalu berterima kasih kepada lelaki itu.
"Thank you! Have a great time with your family! Your daughter is cute!" Khairani tersengih bangga setelah lelaki kelahiran Argentina itu memuji anak gadisnya sebelum lelaki itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Mereka membelek gambar tersebut.
"Nanti papa 'cuci' gambar ni. Boleh letak dalam bingkai gambar" Ayeesha mengangguk tanda setuju. Farhana hanya tersenyum sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya.
Pada malam itu, Ayeesha tidur awal. Keletihan benar dia. Pada malam itu juga, Khairani sedang membaca surat khabar. Waktu siang tadi, tiada masa untuk membaca surat khabar. Tak apalah. Walaupun kata orang, berita itu sudah 'basi', setidak-tidaknya dapat la juga tahu perkembangan semasa. Farhan pula sedang melipat pakaian. Suasana pada malam itu memang agak tenang, tanpa sebarang bunyi lain yang menghiasi malam itu. Memang senyap sunyi. Bunyi cengkerik pun tiada. Bunyi kereta atau motor yang lalu lalang pun tiada, malah jiran tetangga pun turut diam sama. Peliknya, tetapi malas nak mengambil tahu hal orang.
Farhana menyusun pakaian yang telah berlipat ke dalam almari. Sewaktu dia sedang menyusun pakaian, matanya tertumpu pada sebuah kotak berwarna putih yang berisi pakaian. Dia membelek satu per satu pakaian di dalam tu. Ia bukanlah suatu almari yang berisi pakaian yang aneh, tetapi berisi pakaian milik Ayeesha sewaktu dia masih bayi sehingga menjadi kanak-kanak. Farhana tersenyum melihat pakaian tersebut sambil mengeluarkannya satu per satu. Perbuatan Farhana tersebut telah menarik perhatian Khairani yang dari tadi khusyuk membaca surat khabar. Khairani bangun dari sofa lalu duduk di sebelah Farhana.
"Hana tengok apa tu?" tanya Khairani.
"Cuba abang tengok ni.. kecil je Ayeesha waktu bayi.." Farhana meleraikan lipatan baju tersebut. Baju itu merupakan baju pertama yang Ayeesha pakai sewaktu dia baru sahaja 'tiba' ke dunia. Baju yang mempunyai seribu satu kenangan. Sekaligus mengimbau semula kenangan sewaktu Farhana sedang bertarung nyawa dengan kesakitan yang dihadapinya sewaktu menunggu 'ketibaan' Ayeesha sehinggalah puteri itu dapat melihat dunia. Memori tersebut masih segar dalam ingatan Farhana. Begitu juga Khairani. Masih teringat lagi kenangannya apabila dia pertama kali mendukung puteri itu. Dalam pegangannya, bayi kecil itu menangis sambil dialunkan suara merdu iqamat di telinga kiri bayi tersebut, lantas menenangkan bayi perempuan di dalam pegangannya. Kenangan itu semua masih segar, dan kenangan itulah menandakan permulaan tanggungjawab besar yang mereka baru sahaja galas. Terlalu banyak memori yang tersemat kemas dalam kotak ini. Album milik Ayeesha sewaktu kecil juga berada dalam kotak ini. Mesti waktu berpindah dulu, album ini disimpan dalam kotak ini bersama-sama barang Ayeesha yang lain. Gambar-gambar di dalam album itu hampir kesemuanya diambil oleh mereka berdua.
"Rindunya Ayeesha waktu masih baby.." kata Farhana. Khairani tersenyum sambil memandang album itu. Ya, dia pun rindu saat itu.
"Sekarang, Ayeesha dah banyak berubah. Sudah makin membesar.." kata Farhana lagi. Mereka berdua lantas memandang Ayeesha yang sedang tidur di atas katil.
"Kalau boleh diputarkan semula masa, biarlah kita duduk di rumah lama dahulu pun. Asalkan kita bahagia.." kata Khairani. Farhana mengangguk tanda setuju. Rumah lama mereka itu juga mempunyai banyak kenangan tetapi mereka terpaksa berpindah atas sebab tertentu. Mungkin itu yang terbaik.
"Rindu rasa nak pegang baby.." kata Farhana lagi. Khairani mengangguk tanda setuju. Mengapa masa tidak boleh diputarkan semula? Mengapa Ayeesha tidak boleh kembali menjadi kecil?
Keesokan harinya, Khairani dan Farhana menunjukkan koleksi album dan pakaian yang dipakai sewaktu Ayeesha masih bayi kepada tuan empunya badan. Ayeesha tersenyum sipu melihat gambarnya sewaktu bayi.
"Ayeesha ikut muka siapa?" Tanya anak kecil itu.
"Waktu kecil, Ayeesha ikut muka mama. Tetapi bila dah besar, banyak ikut papa" jawab Farhana.
"Ini baju Ayeesha?" tanya Ayeesha lagi sambil memegang bajunya sewaktu kecil.
"Iya, sayang.." Farhana cuba menyarungkan pakaian tersebut kepada Ayeesha. Ternyata hanya muat sedikit sahaja. Itupun sekadar muat masuk sebelah tangan. Ayeesha banyak berubah. Daripada seorang bayi kecil yang hanya berjisim 2.3kg sewaktu lahir, kini membesar menjadi seorang kanak-kanak yang sihat. Alhamdulillah, walau Ayeesha dilahirkan dengan jisim sebegitu, dia sukar jatuh sakit. Alhamdulillah, antibodinya kuat. Khairani dan Farhana sangat bersyukur atas kelebihan itu.
Pada tengah hari, Khairani menolong Farhana di dapur. Ayeesha pula duduk di ruang tamu sambil bermain bersama lego nya. Kini dia minat lego pula. Dulu minat tanah liat. Ni minat lego pula. Kadang-kadang, kuat menyepah juga dia ni walaupun anak perempuan. Khairani dan Farhana sering terpijak lego yang Ayeesha sepahkan atas lantai. Kadang-kadang juga, rasa fed up nak belikan lego lagi, tapi kalau tak beli, dia bosan pula. Lagipun lego boleh menguatkan otot kecil tangannya dan membantu untuk kanak-kanak belajar menulis. Nak tak nak, kena la teliti bila berjalan. Takut-takut terpijak. Silap-silap haribulan, 'bocor' kaki dibuatnya akibat terpijak lego.
Ayeesha menyusun tinggi lego yang dibuatnya. Hampir sama tinggi dengan dia. Memandangkan bapanya seorang arkitek, dia cuba memberi inspirasi ke? Ayeesha menyusun satu per satu legonya dengan teliti.
"Siap!" Jeritnya tanda puas hati. Khairani dan Farhana memandang telatah Ayeesha.
"Amboi tingginya.." Khairani tersenyum.
"Nanti papa boleh buat bangunan tinggi ni. Nak naik ke tingkat atas, kena pakai helikopter.." apabila Ayeesha berkata begitu, Khairani tergelak. Tinggi sangat tu, sampai kena pakai helikopter. Farhana pun turut tergelak.
Tiba-tiba, puncak bangunan lego yang disusun tinggi itu akhirnya rebah 'sujud' ke bumi.
"Lea!" Ayeesha menjerit.
"Ada angin la tu, Ayeesha. Jangan la marah-marah. Tutup kipas tu dulu.." Farhana cuma menenangkan anaknya.
"Tak, Lea ni yang pergi tolak!" Marah Ayeesha. Khairani dan Farhana saling berpandangan. Budak 'Lea' itu datang kembali.
-Bersambung-
✔️vote
✔️comment
✔️share
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...