Dek kerana leka melayan fikirannya yang entah ke mana melayang disebabkan kejadian di dapur tadi,Khairani tidak sedar yang jarum jam sudah menunjukkan jam 3 pagi.
Khairani mengerling Farhana dan Ayeesha yang berada di sebelahnya. Nampaknya,Farhana sedang memeluk erat Ayeesha. Buat beberapa saat,dia berasa serba salah kerana tidak menjawab persoalan Farhana padanya di dapur tadi. Dia tidak mahu perasaan risau mula menjalar di hati Farhana. Sudahlah Farhana pernah menyatakan rasa risaunya dan kejadian pelik yang pernah isterinya itu alami.
Khairani sememangnya tidak mahu mengeruhkan air muka Farhana yang sudah sedia berkerut kerana kerisauan pada Ayeesha lagi. Fikiran Khairani terasa sangat terbeban,seakan-akan ada seketul batu besar menghimpap kepalanya yang menyebabkan otaknya sukar memproses maklumat dengan baik.
"Ish,tak boleh jadi ni. Aku kena bangun."
Lalu dengan itu,dia bangkit daripada perbaringan dan menuju ke bilik air. Mujurlah di dalam biliknya itu memang terdapat bilik air. Tidak perlulah dia menjejakkan kakinya ke luar bilik. Pada dasarnya,Khairani bukanlah seorang yang penakut. Apatah lagi pengecut.
Namun begitu,selepas dua ke tiga kejadian pelik yang menimpanya baru-baru ini menjadikannya lebih berhati-hati. Keselamatannya masih perlu dijaga walaupun ada manusia yang berkata;"Pernah dengar orang mati kena cekik dengan hantu?".
Langkah kakinya mula dicepatkan menuju ke bilik air yang bercat biru muda itu. Oleh kerana suasana sunyi yang aneh pada malam itu,Khairani lebih berhati-hati memerhati sekeliling kamar tidurnya sekeluarga itu. Secara tidak sedar,dia berasa kagum akan suasana pada malam itu yang mampu membuatkan deria pendengaran menjadi lebih sensitif. Sehinggakan bunyi tapak kakinya pun boleh kedengaran.
"Tap,tap,tap." Jelas sekali bunyi tapak kakinya.
Selesai mengambil wuduk bagi membolehkan dia solat sunat pada malam itu,dia berasa sedikit segar dan tenang berbanding tadi.
Tanpa dia sedari,ada sepasang mata merah yang sedang merenung tepat pada Khairani dengan bengis.
Khairani terus menunaikan beberapa solat sunat yang telah biasa diamalkannya. Seusai solat,dia berdoa dan sempat lagi dia wirid sikit. Namun,semasa dia sedang khusyuk membaca Ayat Kursi,telinganya menangkap suatu bunyi jeritan nyaring yang tentunya jeritan seperti seorang wanita.
Cepat-cepat dia menyudahkan wiridnya dan dia bingkas bangun lalu memerhatikan sekeliling biliknya dengan teliti. Tiada apa di situ.
Dia berjalan pula ke pintu biliknya dengan langkah yang agak perlahan lalu dibukanya pintu bilik itu. Matanya mula mencari-cari sesuatu yang mungkin menyebabkan jeritan tadi. Namun,apa yang dia dapat hanyalah bunyi cengkerik yang memecah kesunyian malam dan sesekali kedengaran bunyi katak.
Hampa kerana tiada apa-apa hasil yang dia dapat,dia membuka langkah untuk masuk semula ke dalam biliknya. Kopiahnya diletakkan di sisi meja lalu dia naik ke katil untuk cuba melelapkan mata. Lelah sekali badannya ketika itu.
Akhirnya,menjelang pukul 4.30 pagi,dia terlena dalam angan-angan.
Manakala,Farhana pula mula bangkit untuk menggosok baju kerja Khairani sekaligus menyediakan sarapan dan mengemas rumah. Sebelum Farhana bangkit dari perbaringannya,sempat dia menoleh sedikit ke arah suaminya yang sedang terlena.
"Kesian dia",detik hati kecil Farhana.
Hembusan nafas Khairani sahaja sudah cukup untuk membuat Farhana tahu bahawa suaminya itu sedang keletihan. Bebanan kerja suaminya itu agak menggunung sejak akhir-akhir ini.
Alhamdulillah,rezeki juga.
Farhana mula menuju ke bilik gosok pakaian yang letaknya hanya bersebelahan dengan bilik tidur mereka sekeluarga. Baju kemeja yang berwarna kuning cair dicapai olehnya dari dalam almari. Digosoknya baju itu dengan cermat,bimbang jika terkoyak.
Tiba-tiba,ketika dia sedang menggosok seluar panjang milik Khairani,seluar itu kekal berkedut. Farhana mula dilanda perasaan aneh.
"Aku tak pasang suis ke? Aku rasa aku tak tutup pun suis tadi lepas gosok baju kemeja tu."
Namun,dia tetap juga mengangkat kepalanya untuk memeriksa keadaan suis seterika putih miliknya itu.
Alangkah bergegar hebat perasaan Farhana apabila melihat yang suis itu telah ditutup. Padanlah seluar yang digosoknya tadi tiada perubahan. Masih kekal dengan seribu kedutan yang tidak enak dipandang mata.
Malas mahu berfikir lebih lanjut yang hanya akan membuatkan kerjanya menjadi tertangguh serta lambat,Farhana terus membuka suis seterika itu kembali. Lalu,dia meneruskan kerja menggosoknya yang belum selesai tadi.
Sekali lagi,makhluk yang sedang duduk di penjuru bilik gosok baju kelihatannya sedang memerhatikan tindak tanduk Farhana seperti helang yang memerhatikan mangsanya.
Makhluk itu bagaimanapun hilang selepas Farhana mula berzikir dan membaca ayat-ayat Quran untuk mengisi kesunyian yang dirasainya.
-Bersambung-
Vote✔ Comment✔ Share✔
Hai. Salam Maulidur Rasul. Marilah kita berselawat buat Baginda Rasulullah S.A.W.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...