Memandangkan Khairani kerap memasuki alam aneh itu, dia kadangkala sudah terbiasa. Maka, dia tidak lagi berasa takut ataupun seram. Mungkin kerana dia bertekad untuk mengakhiri semua ini, secepat yang mungkin.
Lagipun, kehadiran Ayeesha bersama-sama dengannya juga telah berjaya menaikkan semangatnya. Demi anaknya, demi keluarganya, dia tahu dia perlukan lakukan semua ini.
"Papa?", panggil Ayeesha.
Panggilan itu berjaya mengembalikan Khairani pada realiti. Dia mengelamun lagi. Allahuakbar.
Senyuman manis diberikan kepada anaknya. Tangan kanannya naik mengusap ubun-ubun Ayeesha lalu diciumnya sekejap.
"Ya, sayang. Ayeesha okay?",soal Khairani yang inginkan kepastian penuh bahawa anaknya itu baik baik sahaja.
Ayeesha tergelak kecil sehingga ternampak giginya yang putih dan tersusun rapi.
Terangkat kening Khairani. Hati kecilnya bersuara.
"Eh anak aku ni, aku tanya dia, dia gelak pula. Aku rasa aku tak buat kelakar. Lain macam dia terhibur ni. Haih anak."
"Aik, anak papa ni. Papa mana ada buat kelakar pun. Papa tanya je. Hahaha apa yang kelakarnya?"
Ayeesha tersengih lagi.
"Apalah papa ni. Tanya Ayeesha okay ke tak. Papa patut risaukan diri papa. Papa banyak sangat kerja. Banyak sangat fikir. Lagipun, Ayeesha dah biasa kat sini, dengan uncle Mason", balas Ayeesha lembut sambil matanya menghala ke arah Mason yang sedang tertidur.
Betul juga apa yang dikatakan Ayeesha. Matangnya dia berkata-kata. Petah sungguh. Padahal usianya masih terlalu muda untuk mengeluarkan perkataan sebegitu, yang berunsur keprihatinan.
Terharu sedikit hati Khairani. Bukan sedikit, banyak. Hahahaha, adui. Pandai sahaja mengambil hati. Sama seperti Farhana, pengarang jantungnya. Rindu pula pada isterinya itu. Sejak mereka dilanda berbagai-bagai misteri sebegini, Khairani sudah tidak mampu untuk meluangkan masanya bersama-sama Farhana, mahupun Ayeesha. Terlalu banyak yang perlu diselesaikan. Terlalu banyak yang perlu difikirkan. Khairani sedar bahawa dia manusia biasa, tidak lari daripada berasa tertekan dan gelisah ketika ditimpa musibah. Dia insan yang masih lemah, namun hakikatnya dia sedar, Allah sedang menguji keimanannya.
Di alam itu, hari kelihatan masih pagi. Awal pagi lagi. Mungkin itulah sebabnya Mason masih tertidur. Dia nampak sangat penat dengan jelasnya. Kasihan dia, moga Allah berkati usaha dia untuk bertaubat dan membaiki segala keadaan yang berlaku. Itu pinta hati Khairani.
"Papa, Ayeesha tiba-tiba rasa lapar", adu Ayeesha.
"Ah sudah, dekat mana nak dapat makanan dalam tempat macam ni? Manalah aku tahu?"
Sekali lagi hati kecil Khairani berkata-kata.
Ayeesha yang sedar keadaan ayahnya yang kelihatan keliru, terus sahaja dia melambai-lambai tangan kecilnya di hadapan ayahnya.
"Papa, papa tak eloklah banyak termenung. Papa okay ke tak?", tanya Ayeesha cemas.
Khairani tersentak sekali lagi. Dia juga berasa aneh dengan dirinya. Kenapa dia selalu termenung.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...