Hai semua! Apa khabar? Author harap kalian semua baik-baik sahaja.
Author straight to the point je la ye.
Author nak minta jasa baik korang,Atas kebenaran empunya, Author nak beritahu,
"Tolong doakan ibu saya, abang saya dan adik perempuan saya. Kesemua mereka positif COVID-19 dan terutama sekali ibu saya yang sekarang di ICU serta perlukan bantuan oksigen"
Aya ini sangat baik orangnya. Tolong doakan kesihatan ibu dia serta adik-beradik yang lain supaya diberikan kesihatan yang baik. Aya ada hantar rakaman suara ibunya yang di ICU. Tambahan pula, Aya duduk jauh dari keluarga dia. Luluh hati Author apabila mendengar suara ibu Aya, terutama sekali apabila ibu Aya mengungkapkan "tak.. kuat..". Lemah sungguh suara ibunya. Sungguh berderai air mata. Tak dapat bayangkan kalau kena pada ibu sendiri. Nauzubillahiminzalik. Author minta jasa baik semua orang, doakan ibu Aya ya! Mungkin ada doa diantara kalian yang didengari dan diangkat ke langit, didengari oleh semua penghuni langit. Tolong, Author merayu. Jika kalian juga ada mesej baik untuk Aya, boleh beritahu, ya! Author akan sampaikan pada dia.
Kalau ada juga diantara yang baca ini mengalami benda yang sama, Author bersimpati dan Author akan turut berdoa untuk kalian juga, maka tolong doakan juga untuk Author, Aya dan orang lain ya!
Akhir sekali, tolong jaga diri ya semua! Jangan lupa ambil vaksin! Semoga semua baik-baik sahaja!
UPDATED
Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan Aya dan mak dia.
Mak kepada Aya telah menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang pada Khamis, 1.7.2021 pukul 6:30 petang. Jenazah telah dikebumikan pada Jumaat, 2.7.2021, selepas bertarung dengan COVID-19.
Terima kasih petugas barisan hadapan kerana bertungkus lumus sehingga nafas terakhir.
Terima kasih kepada yang sudi mendoakan tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan beliau.
Terima kasih ya semua. Author minta doakan Aya dapat kekuatannya semula. Semoga Allah memberkati kalian yang sudi mendoakan dia dan keluarga dia.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...