Pada waktu malam, Farhana menepuk-nepuk lembut badan Ayeesha untuk menyuruh dia tidur. Ternyata banyak betul tenaga budak Ayeesha ni malam ini. Sudah banyak kali suruh tidur, tak mahu juga. Esok bukannya hari cuti. Hari sekolah tetapi dia masih tidak tidur. Bercakap je mahu. Khairani pun melayan je.
"Ayeesha oii, tidur la. Esok sekolah la, nanti mengantuk" pinta Farhana.
"Ayeesha tak mengantuk lagi lah, mama"
"Kalau esok cuti tak apalah nak tidur lambat. Ini, esok sekolah."
"Alahai cuti je la"
"Banyak cantik. Kalau cuti je nak jadi apa besar nanti?"
"Nak jadi anak solehah" Ayeesha membuat loya buruk.
"Eish, menjawab je kerjanya" Farhana tertawa kecil dengan gurauan anak perempuannya itu lalu dia mencubit lembut pipi merah milik Ayeesha. Khairani pula hanya mampu tertawa juga. Pandai pula dia buat loya buruk.
"Papa, mama.." panggil Ayeesha.
"Ye?" Farhana dan Khairani menjawab serentak.
"Petang tadi, Ayeesha ada nampak seorang nenek tua dalam bilik ni. Siapa nenek tu?" tanya Ayeesha. Khairani dan Farhana terdiam. Nenek tua? ada orang datang ke siang tadi?
"Nenek? petang tadi ada orang datang ke, Hana?" tanya Khairani kepada Farhana.
"Eh, mana ada. Tiada sesiapa datang" jawab Farhana dengan nada pelik.
"Ha, mama kata tiada. Ayeesha nampak apa?" tanya Khairani.
"Betul, papa. Ada nenek tua dalam bilik ni tadi."
"Tiada apa-apa kot. Ayeesha berhalusinasi je tu. Dah-dah, tidur. Dah jauh malam ni.."
"Tapi papa.."
"Dah, tidur.."
"Iya lah.." Ayeesha menekup mukanya dengan anak patung beruang.
Kehidupan mereka sekeluarga di rumah baharu tersebut semakin terasa keramatnya. Rumah tersebut seperti berpuaka. Hal ini bukan sahaja dapat dirasai oleh Ayeesha, malah Khairani dan Farhana juga turut merasainya. Namun mereka hanya berdiam diri. Tidak mahu Ayeesha berasa takut. Dalam masa yang sama, Khairani juga sedang usaha untuk mencari rumah yang baharu untuk di diami. Tak mengapalah jika banyak wang sudah dilaburkan untuk rumah ini. Asalkan keluarganya selamat. Pernah suatu hari, Khairani terjaga dari tidur secara mengejut. Dia terasa seperti ada orang menghimpit dadanya kerana dia terasa dadanya sesak sewaktu tidur. Dia bangun dari tidur lantas terus beristighfar. Tiba-tiba sahaja, dia terdengar bunyi kaca pecah dari arah tingkat bawah. Kedengarannya seperti pinggan pecah. Lantas dia berlari keluar ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. Dia memerhati sekeliling. Tiada. Tiada langsung secebis kaca yang berderai. Tiada apa-apa yang pecah.
"Aku pasti aku terdengar bunyi sesuatu yang pecah." Khairani memandang pelik ke arah dapur. Takkan tiada apa-apa? Dia pasti, dia mendengarnya. Kuat bunyinya. Takkan Farhana tidak perasan? Tiba-tiba, dia terasa seperti dipegang dari belakang tengkuknya. Dia lantas pusing ke belakang.
"Hana? Hana ke tu?" dia menoleh kebelakang namun tiada sesiapa. Dia menggosok-gosok tengkuknya. Dia terus naik ke bilik. Dia melihat Farhana masih lagi tidur sambil memeluk Ayeesha. Darahnya mula berderau. Jantungnya berdegup kencang.
Hatinya berdesis "Apa yang aku rasa pada tengkuk aku tadi? Aku pasti bukannya angin. Terasa sesuatu yang sejuk, sejuknya sukar untuk digambarkan."
Khairani tanpa berfikir apa-apa, terus sahaja mengambil keputusan untuk tidur. Dalam masa yang sama, ada seekor lembaga yang bermata merah sedang memerhati mereka sekeluarga.
Pada keesokan harinya,
"Abang, kenapa belakang tengkuk abang tu calar?" Farhana menegur Khairani yang sedang memakai tali leher.
"Calar? calar apa?" tanya Khairani musykil.
"Seperti kena cakar." jawab Farhana. Khairani memegang belakang tengkuknya. Ya, memang terdapat berkas seperti dicakar di belakang tengkuknya. Dia mula bermonolog, "apa yang pegang aku semalam?"
-Bersambung-
✔vote ✔comment✔share
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...