45

421 38 0
                                    

Senja kian menjelma. Khairani dan Farhana masih mencari Ayeesha.

"Allahuakbar, dimanakah Ayeesha.." perasaan risau semakin menyelubungi hati mereka berdua.

"Ayeesha!" Farhana memanggil nama Ayeesha sekuat-kuatnya. Namun tiada langsung sahutan, mahupun jejak Ayeesha. Di dalam rumah, di sekitar rumah, tak ada.

"Abang, mana Ayeesha ni.." wajah Farhana kelihatan jelas cemasnya.

"Abang tak tahu.. mungkin dia keluar?"

"Abang, takkan Ayeesha keluar tanpa pengetahuan kita. Dia nak keluar dari rumah seorang diri pun dia tak berani.." Benar kata Farhana. Ayeesha sememangnya jenis homesick. Dia lebih suka berada di dalam rumah daripada keluar. Mana mungkin dia keluar seorang diri.

Khairani dan Farhana tetap mencari Ayeesha di sekeliling kampung. Manalah tahu jika Ayeesha ke kedai Pak Mad.

"Pak Mad, Ayeesha ada datang tak ke sini?"

"Tak ada, Khai"

"Allahuakbar, kemana budak ni pergi.."

"Kenapa?"

"Pak Mad, kami tak tahu Ayeesha dimana. Dia tadi main di luar, kemudian dia pergi ke halaman belakang rumah. Kami mengekori dia tetapi dia hilang serta-merta. Kami tak tahu dia dimana.."

"Hah? Hilang begitu sahaja?"

"Kami tak tahu nak cari Ayeesha dimana, Pak Mad. Farhana sering menangis dari tadi.."

"Pak Mad tolong kamu cari. Pak Mad panggil orang kampung sekali.."

"Terima kasih, Pak Mad.."

*   *   *

Mereka mencari Ayeesha di merata tempat. Di taman permainan sekalipun, jejak Ayeesha tidak dapat dijumpai. Khairani mengusutkan rambutnya tanda buntu. Farhana hanya menangis sambil ditenangkan oleh wanita-wanita kampung itu. Khairani menceritakan detik kehilangan Ayeesha yang dia nampak. Mereka semua tidak tahu bagaimana untuk membantu dia dan Farhana lagi. Jam telah pun menunjukkan waktu maghrib. Lembayung senja kian menghilang. Jelas sekali menunjukkan bahawa senja bakal melabuhkan tirainya. Namun, Ayeesha masih tidak dijumpai.

"Dah maghrib ni. Pak Imam rasa, baiklah kita pergi masjid, solat maghrib dahulu. Lepas itu baru kita buat solat hajat, mohon kepada Allah agar mudahkan kita mencari Ayeesha.." mereka semua akur termasuklah Farhana. Farhana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya lagi. Orang hilang anak, pastilah dia sedih. Siapa je yang tak sayang anak.

Seusai solat isyak, mereka mengadakan solat hajat. Seusai solat hajat, Farhana dan Khairani mengucapkan terima kasih kepada orang kampung lalu pulang ke rumah. Mereka berharap bahawa Ayeesha akan ada di rumah.

Setibanya di rumah, hanya Finn yang kelihatan, menunggu di hadapan pintu untuk masuk ke dalam rumah. Air mata Farhana gugur sekali lagi. Jelas bahawa Ayeesha tiada. Air mata Khairani yang ditahannya sejak awal kehilangan Ayeesha juga turut gugur. Tak mampu lagi ditahan.

Farhana sering memeluk Finn.

"Finn, mana Ayeesha ni Finn.." Farhana mengusap Finn di atas katil mereka. Khairani hanya termenung memandang Finn. Beberapa jam tanpa Ayeesha sudah terasa pedihnya. Bagaimana jika Ayeesha tidak dijumpai dalam beberapa hari? Macam-macam yang Khairani fikir. Dalam pada dia termenung, air matanya gugur juga.

"Ayeesha.." itu sahaja ungkapan yang boleh dia ungkap pada waktu itu. Terdengar nama Ayeesha disebut, Farhana terus bersandar di bahu Khairani sambil Finn berada di atas riba Farhana. Air mata Farhana juga gugur. Mereka berdua menangis sambil mengusap Finn.

The SecretWhere stories live. Discover now