Seminggu kemudian,mereka sekeluarga pun berpindah ke rumah baharu. Rumah tersebut sangat besar dan cantik. Memang rumah banglo tetapi ada juga rumah sekelilingnya iaitu rumah-rumah jiran baharu mereka namun tidak banyak. Cuma ada dua ke tiga buah rumah sahaja. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah tersebut. Farhana dan Ayeesha agak terkedu dan tergamam. Benarkah ini rumah yang mereka bakal diami? Sungguh besar dan cantik!
"Betul ke ini rumah kita,papa?" tanya Ayeesha.
"Ya,inilah rumah baharu kita. Ayeesha suka?" balas Khairani menjawab soalan anaknya.
"Mestilah suka! Rumah ini besar. Cantik pula tu! Rumah ini ada berapa bilik? Nanti boleh tak Ayeesha nak ada bilik sendiri?" kata Ayeesha.
"Rumah ini ada 6 bilik tidur,7 bilik air dan selebihnya bilik kosong. Ayeesha mahu bilik sendiri? Sudah semestinya boleh tetapi tunggu Ayeesha besar sedikit,ya? Ayeesha baru sahaja 5 tahun. Ayeesha masih kecil untuk tidur seorang diri" jawab Khairani.
"Alaa..tak boleh ke kalau tak payah tunggu Ayeesha besar?" tanya Ayeesha lagi.
"Tak boleh lah sayang. Kalau ada apa-apa jadi nanti macam mana? Ayeesha kan masih kecil. Dahlah Ayeesha sahaja anak yang mama dan papa ada. Kami tiada anak lain. Kami cuma ada Ayeesha seorang sahaja" Farhana menyampuk sambil mengusap lembut kepala anak perempuan tunggalnya.
"Okay" balas Ayeesha pendek. Dia sememangnya mendengar kata. Kemudian,dia pun terus melihat selok-belok rumah tersebut. Suka betul hati dia bila tengok rumah baharu mereka.
-Seminggu kemudian-
Rumah tersebut telah penuh dengan perabot yang mereka bawa sewaktu berpindah ke sini. Walaupun rumah ini pada asalnya memang sudah ada perabot. Mereka cuma tambah sedikit sahaja. Yang selebihnya berada di rumah ibu bapa Khairani.
Pada waktu itu,Ayeesha sedang bermain seorang diri bersama-sama anak patungnya di luar rumah. Sewaktu dia sedang bermain,Farhana pun datang sambil membawa segelas air.
"Ayeesha main apa tu?" tegur Farhana sambil menghulurkan segelas air kepada Ayeesha.
"Ayeesha main anak patung" jawab Ayeesha lalu minum segelas air yang dibawa oleh ibunya.
Farhana tersenyum sambil mengusap lembut kepala anaknya. Sementara menunggu Khairani pulang dari kerja,baik dia main dengan Ayeesha dahulu. Sewaktu dia sedang melihat Ayeesha bermain,dia ternampak ada dua orang wanita kira-kira berumur dalam lingkungan 60-an memandang mereka berdua dalam keadaan yang agak mencurigakan.
Farhana berasa agak pelik juga.Kenapa dua orang wanita ini memandang dia dan Ayeesha dengan pandangan sebegitu? Ada sesuatu yang tidak kena? Dengan perasaan pelik dan ragu-ragu,Farhana pun terus mengajak Ayeesha masuk ke dalam rumah. Dia pun mendukung Ayeesha bawa masuk ke dalam rumah. Dia pun meninjau kelibat dua orang wanita tersebut. Mereka telah pergi.
"Kenapa mama?" tanya Ayeesha.
"Tiada apa-apa. Mama cuma risau Ayeesha duduk seorang diri di luar. Kita masih baharu tentang kawasan ini lagi. Kalau jadi apa-apa nanti susah sebab mama nak masak" jawab Farhana kepada anaknya.
"Okay" senyum Ayeesha sambil menampakkan barisan gigi putihnya yang kecil dan cantik tersusun.
Farhana pun berlalu ke dapur untuk memasak. Sewaktu dia sedang memasak,kelibat dua orang wanita tersebut masih bermain di dalam fikirannya. Mengapa mereka pandang dia dan Ayeesha sebegitu? Ada apa? Sewaktu dia sedang termenung,terasa ada sepasang tangan melingkar pada pinggangnya. Cuba teka tangan siapa? Jawapannya,tangan Khairani. Eh? Bila dia balik?
"Eh? Bila abang balik? Hana tak perasan pun" tanya Farhana dengan perasaan yang penuh kemusykilan.
"Hah,termenung apa sampai abang balik pun tak sedar? Abang baru je sampai. Ayeesha bukakan pintu tadi" jawab Khairani.
"Oh" balas Farhana pendek.
"Kenapa ni? Pelik semacam je abang tengok. Ada masalah ke? Ke rumah ni tak okay?" tanya Khairani mahukan kepastian.
"Eh tak. Rumah ini okay je. Tiada apa lah. Ayeesha mana?" Farhana cuba menukar topik.
"Ada dekat depan tengah tengok tv" jawab Khairani.
Farhana mengerling jam dinding yang berada di dapur rumahnya itu.
"Tengok dia punya The Amazing World Of Gumball lah tu" kata Farhana yang sudah 'masak' dengan tabiat anaknya yang suka menonton kartun The Amazing World Of Gumball dan Adventure Time. Ayeesha sampai hafal lagu Adventure Time itu dalam pelbagai versi bahasa. Kalau buka tv,tak sengaja buka dua kartun ini,alamatnya,memang takkan berubah channel tv. Salah channel lah nak buka.
"Of course lah" jawab Khairani sambil tergelak.
-Bersambung-
✔️vote ✔️comment✔️share
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...