Khairani's POV
Khairani berada di satu tempat, atas kerusi sambil badannya diikat ketat. Disekelilingnya terdapat lilin-lilin yang disusun dalam satu bulatan.
Pintu bilik itu dibuka. Namun bayang-bayang sahaja yang kelihatan. Khairani tidak dapat melihat muka figura itu sehingga dia menghampiri dirinya. Mukanya disinari oleh cahaya lilin yang malap. Sambil dia memakai pakaian berwarna hitam, pakaian seolah-olah malaikat maut yang digambarkan melalui teori masyarakat barat.
Lelaki itu membaca mantera-mantera yang tidak dapat ditafsirkan maknanya. Lelaki itu membaca dengan kuat dan kadang-kala perlahan. Sewaktu lelaki itu membacakan manteranya, guruh dan petir sahut-menyahut di luar. Hanya cahaya daripada petir dan lilin sahaja yang menjadi sumber cahaya. Sewaktu petir sambar-menyambar, Khairani terlihat ada 2 ekor lembaga yang bertanduk dan besar di kiri dan kanannya, namun di luar bulatan lilin yang mengelilinginya. Di bawah kakinya terdapat satu logo bintang yang besar. Dia berada di tengah-tengah bintang itu. Khairani meronta-ronta untuk dirinya dilepaskan.
Woosh..
Angin kuat menampar wajahnya sekaligus memadamkan semua lilin yang mengelilinginya. Suara pembacaan mantera itu tiba-tiba hilang. Dalam hati Khairani hanya mampu menyebut kalimah nama Allah. Sungguh dia takut. Dia juga tidak tahu dia berada di mana.
"Ya Allah.. bantu aku ya Allah.." Khairani berkata dalam keadaan takut. Tiba-tiba, ada satu tangan mencekik lehernya dengan kuat dari arah kiri. Akibat kejutan yang dia alami, jantungnya menjadi laju. Dia terjatuh dari kerusi yang dia duduk itu. Beruntungnya kerana dia berjaya meloloskan diri. Dia berlari ke arah cahaya yang samar-samar dia lihat. Namun, tindakannya bagai tiada penghujung. Cahaya itu masih tidak dapat lagi digapai olehnya.
"Mana kau nak pergi?" Suara garau itu kian mendekati. Dengan berbaki kudrat yang ada, Khairani terus berlari. Akhirnya dia berjaya pergi ke sumber cahaya itu. Terdapat satu bilik yang gelap tetapi ada samar-samar cahaya. Dia tiba di sebuah bilik. Kelihatan Ayeesha sedang duduk seorang diri dalam bilik itu.
"Ayeesha.." Khairani menegurnya.
"Papa.." Ayeesha bangun menghadap Khairani. Khairani terus menghampiri Ayeesha lalu memeluknya.
"Papa.. papa lama tak bangun. Bangunlah.." Ayeesha mengadu kesedihannya kepada Khairani.
"Papa.. Ayeesha sudah tak tahan lagi. Ayeesha sakit, papa.."
"Sakit kenapa, sayang?"
"Dia selalu ganggu Ayeesha.. papa, menyerah sahaja, papa. Untuk kebaikan semua.." Ayeesha menghulurkan sebilah pisau kepada Khairani. Khairani mengambil pisau itu daripada tangan Ayeesha.
"Tak apa ke sayang? Macam mana dengan mama nanti?"
"Mama pun akan ikut nanti. Jangan teragak-agak, papa. Menyerah sahaja.." Ayeesha pun memandang Khairani. Khairani membelek pisau itu.
"Papa sayangkan Ayeesha. Maafkan papa, sayang.."
"Jangan teragak-agak, papa. Ini satu pengorbanan.."
"Anak papa.. takkan berani untuk menyuruh papa melakukan perkara yang menyalahi agama, syaitan durjana.." Khairani terus menikam kepala Ayeesha.
"AAAARRRGHHHHH!" Muka Ayeesha berubah menjadi seburuk-buruknya. Khairani tahu itu bukan Ayeesha. Imannya semakin kental.
"KHAIRANI!!" Lembaga itu memanggil namanya dengan nyaring. Khairani terus berlari ke arah yang gelap tanpa kesudahan. Kepalanya terngiang-ngiang suara yang menyuruhnya agar menyerah. Kakinya dipegang. Dia jatuh tersungkur ke lantai. Kakinya dirobek dengan benda tajam sehingga tertumpah darahnya dengan banyak. Lembaga itu menjilat baki darahnya yang berada di atas lantai.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...