Assalamualaikum dan Hai kepada para pembaca!
Hari ini, cerita THE SECRET telah mencapai ulangtahun yang pertama! Genap setahun cerita ini ditulis, Alhamdulillah. Masih diberikan peluang untuk capai tahap ini. Walaupun para penulis sangatlah sibuk untuk menulis cerita ini, namun jangan risau. Bab baharu akan menyusul nanti. Tetapi, kami juga perlukan sokongan murni daripada kesemua pembaca. Oleh itu, kami ada penghargaan untuk diberikan kepada para pembaca yang boleh menyumbang idea kepada kami.Sebelum itu, pembaca semua suka untuk baca THE SECRET? Kalau para pembaca nak tahu, ada sesetengah jalan cerita dalam novel ini, terdapat jalan cerita sebenar. Kami tidak mahu memberitahu jalan cerita yang mana, tetapi memang ada. Pengalaman sebenar itu pula bukan dari sesiapa. Pengalaman sebenar yang dirasai oleh para penulis sendiri. Sesetengah pelakonnya juga sebenarnya berdasarkan cerita benar. Cuma namanya diubah demi menjaga aib sebenar 'pelakon'.
Okay, penghargaan sebenarnya begini. Kalau para pembaca ada idea yang boleh disumbangkan, bolehlah DM kami ataupun comment sahaja. Mana-mana idea yang menarik dan kami boleh gunakan untuk cerita ini, kami akan tag sang pemberi idea pada bab yang kami gunakan idea tersebut. Penghargaan ini, tak adalah besar mana, cuma untuk menghargai pembaca kami yang membaca cerita ini serta supaya dapat mengeratkan hubungan sesama manusia^^. Kami harap, kami akan mendapat sambutan untuk sumbangan idea ini.
Apa-apa pun, terima kasih untuk segala usaha para pembaca yang membaca cerita ini tanpa henti serta yang letakkan cerita kami ini pada Reading List anda semua. Kalau nak tag seorang-seorang, memang tak mampu kerana terlalu banyak. Terima kasih, ya! Terima kasih banyak-banyak!
Kami sangat menghargai pengorbanan para pembaca. Semoga terus membaca cerita ini! Dan semoga hubungan kita (antara penulis dan pembaca) akan terus terjalin erat. Aameen💕💞 Baiklah. Happy 1st Anniversary, kawan-kawan!
Lots of love,
The Authors.#12Julai2017 #July12 #2017 #120717 #HappyFirstAnniversary #Happy1stAnniversary #TheSecret
YOU ARE READING
The Secret
МистикаGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...