Khairani sedikit terkedu mendengar kata-kata Farhana. Kenapa pula Farhana rasa macam tu?
Dia lantas memujuk Farhana untuk tidak berfikiran sebegitu. Nanti kalau tidak dipujuk,dia bimbang Farhana terus berasa tidak berguna.
"Hana,mana ada Hana menyusahkan abang. Ini semua tanggungjawab abang,Hana. Abang kena pegang tanggungjawab abang pada keluarga kita. Abang sayangkan Hana,Ayeesha anak kita",Khairani cuba menenangkan Farhana.
Dia tahu,Farhana sedang gundah-gulana hatinya. Ibu mana sahaja yang tidak risau apabila anak sakit? Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak? Lagi-lagi Ayeesha seorang sahaja anak yang dia dan Farhana ada. Lagilah mendalam rasa sayangnya itu.
Farhana yang asyik menunduk sejak tadi mula mengangkat kepalanya.
"Hana minta maaf abang. Hana terlalu berfikiran jauh. Hana cuma risau Hana menyusahkan abang. Kalau tak,baguslah. Hana lega",terang Farhana.
"Ya,tak ada apalah. Hah,Ayeesha ni macam mana?",soal Khairani dengan pantas.
"Hmm",kata Farhana sambil matanya melirik ke arah Ayeesha.
"Dia okay sahaja,abang. Tapi..Itulah. Badannya panas sangat. Asyik sebut nama abang pulak tu. Asyik-asyik 'papa,papa' ",sambung Farhana.
Khairani tergelak kecil. Alahai anak aku,detik hati kecil Khairani.
"Biasalah itu. Agaknya abang dah jarang luangkan masa dengan dia sejak akhir-akhir ni. Abang banyak kerja sangat dekat pejabat tu. Maafkan papa,Ayeesha."
Khairani mengusap kepala anak perempuannya itu dengan lembut dan penuh kasih sayang.
Pada petang itu,Ayeesha dibenarkan keluar kerana suhu badannya kian reda.Ayeesha berjalan lemah ke kereta sambil dipegang oleh Farhana.Setelah semuanya masuk ke dalam kereta,kereta yang dipandu oleh Khairani meluncur laju di lebuhraya yang sedikit sesak kerana waktu puncak.Semasa di dalam perjalanan,Ayeesha mula berkata-kata yang menjadi pemecah kesunyian di dalam kereta tersebut.
"Papa,mama,Ayeesha lapar.." rintih anak kecil itu sambil memegang perutnya.
"Ayeesha mahu makan apa?" Khairani mengajukan soalan agar lebih mudah untuknya mencari kedai makan yang menepati selera anaknya yang sakit.
"Ayeesha mahu nasi goreng dengan air oren.." kata anak kecil itu dengan lemah.Kasihan,dari tadi dia tak makan.Sama juga seperti ibu bapanya.
"Sekejap ya,lepas kita dapat keluar dari kesesakan ini,papa cari kedai makan..Ayeesha sabar sedikit lagi,ya?" Khairani memujuk.Ayeesha akur kata bapanya tanpa sedikit bantahan.Dia faham keadaan sekelilingnya.
Setelah lama terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas,azan maghrib berkumandang di corong menara azan masjid berdekatan.
"Kita berhenti solat maghrib dahulu? dah masuk waktu Maghrib.Alang-alang masjid pun dekat tu.." Khairani mengemukakan cadangan.Farhana mengangguk tanda setuju.Lalu,Khairani pun membelok ke arah jalan yang menuju ke perkarangan masjid. Mereka bertiga pun keluar dari perut kereta setelah tibanya di masjid tersebut.Khairani berlalu ke tempat wuduk lelaki manakala Farhana dan Ayeesha menuju ke tempat wuduk perempuan.
"Ayeesha tunggu sekejap,ya? Mama mahu ambil wuduk sekejap" suruh Farhana.
"Ayeesha nak ikut mama solat juga" pinta Ayeesha.
"Ayeesha kan demam.Ayeesha duduk rehat sahajalah,ya?" kata Farhana lagi dalam masa yang sama,bimbang akan anaknya.
"Tak nak..Ayeesha nak ikut mama.." bentak Ayeesha.Dia lantas membuka pili paip untuk mengambil wuduk.Farhana hanya membiarkan sahaja Ayeesha mengambil wuduk.
Setelah selesai berwuduk,Ayeesha mengekori Farhana ke ruang solat perempuan untuk solat berjemaah bersama-sama jemaah masjid yang lain.Mujurlah terdapat telekung yang bersaiz kanak-kanak untuk Ayeesha pakai.Farhana memilih tempat hujung agar Ayeesha boleh solat disebelahnya.
Apabila solat Maghrib secara berjemaah bermula.Semuanya menumpukan perhatian untuk mencari kekhusyukan.Ya,khusyuk solat susah untuk ditemui tetapi ia bukan bermakna kita tidak perlu mencuba untuk mencarinya.Sesekali terdengar sayup-sayup suara Ayeesha mengungkap kalimah suci Allah dalam solatnya.Celik sungguh kanak-kanak ini.
Apabila selesainya solat,Ayeesha bersalaman dengan Farhana dan jemaah yang lain.Sekali timbul rasa terharu dan bangga terhadap Ayeesha.Anak perempuannya yang kini berusia 5 tahun sudah pandai solat.Mengapakah aku menghalangnya untuk solat tadi? Menghalangnya untuk mendekatkan diri dengan Allah sedangkan Allah lah yang maha Menyembuhkan penyakit anaknya itu.Bukankah perbuatan itu dapat melahirkan insan yang ikhlas dalam mencari reda Allah sekaligus dapat menjadi bekalan pahala tambahan buatnya? Perasaan malu menyelubungi diri Farhana.Wajah Ayeesha yang tersenyum manis kearahnya ditatap lama.
"Sepatutnya aku menjadi contoh dan dorongan kepada anakku untuk mendekatkan diri kepada Pencipta,bukannya menghalang dia dari mendekatkan diri kepada Allah.Ibu jenis apakah aku ini?" Farhana bermonolog sendirian.
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
(dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, )
( Surah Asy-Syu'ara' : 80 )
-Bersambung-
✔️vote ✔️comment✔️share

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ÜbernatürlichesGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...