"Mason, kita nak lari ke mana ni?" Ustaz Kamil bertanya sambil berlari.
"Kita ikut jalan hadapan. Kunci pintu itu kita tak jumpa lagi.." Mason menjawab. Mereka semua berlari mengikut Mason. Mereka semua berjaya keluar dari penjara bawah tanah itu.
"Kita nak pergi mana ni?" Ustaz Kamil bertanya.
"Kita lari la mana-mana. Asalkan tidak jumpa mereka" Mason juga buntu. Matlamatnya hanya untuk meloloskan diri. Itu sahaja.
"Ada tempat lain yang boleh kita sembunyi?" Khairani bertanya.
"Ada. Di tingkat atas. Ada satu bilik kosong. Bilik itu, kita boleh menyorok buat sementara waktu.." Mason berkata.
"Marilah. Kita selamatkan diri kita dulu" Ustaz Kamil memberi cadangan. Mereka semua akur. Mason membawa mereka ke satu bilik di tingkat atas. Pengalaman itu merupakan pengalaman pertama kali mereka menjejakkan kaki di tingkat atas. Di tingkat atas, terdapat tiga bilik lain. Rumah ini nampaklah usang namun sebenarnya teramatlah besar. Mason terus membawa mereka ke bilik yang dituju.
"Alamak. Bilik ini berkunci" Mason berkata.
"Macam mana ni?" Ustaz Kamil bertanya.
"Ada kunci lain yang ditinggalkan. Saya pernah lari ke sini dahulu. Saya tidak ingat dimana saya letakkan kunci itu.." Mason berkata.
"Berkemungkin tak, kalau kamu letakkan dalam dua bilik yang lain ni?" Ustaz Kamil bertanya.
"Ya, rasanya memang dalam salah satu bilik ini tetapi, ingat. Dua bilik ini sangat besar. Bilik ini juga menyambungkan ke bilik yang lain. Hati-hati. Jangan sampai terserempak dengan mereka (Max dan syaitannya). Nanti terus sahaja masuk ke dalam bilik itu jika kamu menjumpai kuncinya. Kuncinya ada lambang bulatan di hujungnya.." Mason memberi amaran. Mereka semua mengangguk. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Mason, Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi mencari di bilik arah Barat manakala Khairani dan keluarganya mencari ke bilik di arah Timur. Mereka membuka pintu bilik itu secara perlahan-lahan.
* * *
Khairani membuka pintu bilik itu dan menampakkan sebuah lorong yang gelap.
"Papa.. Ayeesha takut" Ayeesha memegang erat tangan Khairani.
"Kejap, papa cari apa-apa yang boleh bantu kita untuk melihat.." Khairani meraba-raba sekeliling. Hanya disinari dengan cahaya tingkap yang samar-samar sahaja. Menampakkan sebuah lampu suluh yang terjatuh di bawah meja. Dia mengambil lampu suluh itu dan cuba untuk menghidupkannya. Mujur lampu itu masih elok. Khairani menyuluh lampu itu ke arah lorong gelap itu. Alangkah terkejutnya dia bahawa lorong itu mempunyai lima pintu untuk ke bilik yang lain. Patutlah Mason berkata bilik itu menyambungkan ke bilik yang lain. Banyak bilik rumah ini.
"Abang, macam mana ni?" Farhana bertanya.
"Abang akan pergi ke bilik pertama ini. Hana dengan Ayeesha pergi ke bilik kedua. Jangan berpecah, ya.." Khairani memberitahu.
"Abang macam mana? Tak apa ke seorang diri?" Farhana khuatir akan keselamatan suaminya.
"Tak apa. Apa-apa hal, panggil abang" Khairani berkata. Mereka pun mencari kunci itu.
* * *
Manakala di bilik lagi satu, Mason, Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi masing-masing mencari kunci tersebut di bilik berlainan. Mereka tiada menjumpai apa-apa kunci namun Tuan Ghazi menjumpai sesuatu di dalam satu kotak.
"Mason, boleh kamu datang ke sini?" Tuan Ghazi memanggil Mason. Mason yang terdengar sayup-sayup panggilan perlahan Tuan Ghazi terus datang ke tempatnya.
YOU ARE READING
The Secret
FantastiqueGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...