15

611 73 2
                                    

Apabila Farhana dan Ayeesha tiba di kereta,kelihatan Khairani sudah menunggu mereka berdua sambil termenung.

Khairani yang tidak menyedari kehadiran anak dan isterinya itu terus hanyut dalam lamunannya.

Khairani yakin,dia telah terlihat sesuatu semasa dia hendak menuju ke keretanya seusai solat tadi.

Imej bayangan hitam yang dia lihat tadi masih segar dalam mindanya. Bagaimana bayangan itu melintas pantas di hadapannya membuatkannya tergamam seketika. 

Dia berasa ingin tahu tentang bayangan hitam itu lebih lanjut lagi. Namun,ada separuh daripada dirinya mengatakan bahawa bayangan itu hanya imaginasi yang difikirkannya sahaja. Tidak lebih daripada itu.

"Ah,mungkin aku terlalu letih. Tak ada apa tu",dia berbicara pada dirinya sendiri.

Sementara itu, Farhana hanya tersenyum melihat suaminya itu. Apa sahajalah lagi yang mengganggu fikiran Khairani?

Tanpa melengahkan masa yang masih bersisa sebelum masa menginjak ke pukul lapan malam,Farhana terus menegur Khairani dengan lembut.

"Abang..Hana dengan Ayeesha dah ada dekat sini."

Khairani yang sedang leka termenung melayan perasaan tersentak mendengar suara Farhana.

Kerutan di dahi Farhana bertambah apabila ternampak Khairani yang kelihatan terkejut. Kerutan itu lama-lama bertukar menjadi raut wajah yang risau.

"Abang? Abang okey tak ni?",soal Farhana dengan penuh kekeliruan.

"Ya,ya. Abang okey. Tak ada apa. Marilah kita pergi makan. Ayeesha sayang papa mesti dah lapar,kan?",kata Khairani yang sedang cuba menukar topik.

Farhana yang berasa aneh dengan kelakuan suaminya itu akhirnya memilih untuk mendiamkan diri dan menjadi pemerhati sahaja.Nanti-nanti sahaja dia bertanya kepada Khairani apa yang menyebabkan lelaki itu termenung sebentar tadi.

Sekarang ini,anak mereka dah lapar.Harus dibawa makan dahulu.

Tanpa menunggu dengan lebih lama lagi,Khairani terus menghidupkan enjin keretanya dan serentak itu,kereta itu bergerak melepasi perkarangan masjid.

Semasa berada di dalam kereta,mulut Ayeesha becok bercerita tentang pendidikan agama Islam yang dibelajarnya di sekolah.

Khairani hanya tersenyum dan bersyukur melihat anaknya itu mula menunjukkan minat terhadap pelajaran. Farhana juga begitu. Dia hanya mengusap lembut kepala Ayeesha dengan penuh kasih sayang.

Sampai sahaja di sebuah simpang,Khairani membelok keretanya ke kanan dan kemudian kelihatan sebuah kedai makan. Dia memarkirkan keretanya di situ.

"Hah,Ayeesha.Kita dah sampai,sayang.Mari,turun",kata Khairani lembut.

Ayeesha yang tidak dapat menahan rasa terujanya untuk makan itu terus keluar dari kereta sambil dipimpin dan dipegang oleh Farhana,tentunya.

Mereka sekeluarga duduk di salah sebuah meja di dalam kedai itu. Memandangkan kedai tersebut hanya terletak di tepi jalan dan agak terbuka,maka para pelanggan dapat melihat dengan jelas pemandangan jalan raya pada waktu malam.

Kawasan di sekitar situ masih ditumbuhi dengan pohon-pohon hijau,tidak seperti beberapa kawasan bandar yang hanya dipenuhi hutan batu sahaja.

Ayeesha bermain-main dengan jari mamanya sementara menunggu makanan yang dipesan sampai ke meja mereka.

Manakala Farhana dan Khairani hanya berbual-bual kosong sahaja.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa pada malam itu tiba-tiba bertiup dengan kencang menyebabkan Ayeesha sedikit menggigil kesejukan.

Lantas,apalagi..Dia memanggil mamanya.

"Mama..Ayeesha sejuklah",adu Ayeesha dengan mulutnya yang telahpun sedia termuncung je hadapan.

Farhana yang melihat telatah anaknya itu tertawa kecil. Terhibur sedikit hatinya.

"Sejuk,ya? Meh sini duduk dengan papa.Papa ada kot",pelawa Khairani.

Kebetulan,kot kerja Khairani masih ada bersama dengannya memandangkan dia dari pejabat.

Ayeesha kini sudah berada di atas riba papanya. Dia mula memandang kawasan sekeliling kedai itu dan matanya yang bundar tertancap pada sebuah pohon yang tinggi merimbun di luar kedai.

Lembaga yang muncul semasa Ayeesha di meja makan dahulu kembali menjelma sambil merenung ke arah Ayeesha.

Sebagai seorang kanak-kanak yang masih kecil,Ayeesha tidak tahu apa-apa tentang lembaga itu. Dia malah melambai-lambaikan tangannya dengan ceria kepada lembaga di pohon rimbun tersebut.

"Papa..Tengok itu..Kawan Ayeesha datang. Dia baik,tau..",luah Ayeesha tiba-tiba sambil jarinya menunjuk ke arah pohon itu.

Khairani yang mendengar kata-kata anaknya itu mengalami kejutan serta-merta.

Pohon yang dimaksudkan oleh anaknya itu dipandang sekilas. Mata Khairani meliar ke sekitar kawasan pohon itu. Nampaknya,'benda' yang dikatakan anaknya itu telah tiada.

Khairani menelan air liurnya dengan payah. Apa pulalah yang dimaksudkan Ayeesha dengan 'kawan'?.

Farhana yang sibuk melayan telefon pintarnya langsung tidak perasan akan situasi yang dialami oleh anak dan suaminya sebentar tadi.

Layanan fikiran Khairani terhenti pula dengan kehadiran pelayan yang membawa pesanan makanan dan minuman.

Ayeesha hanya bersikap selamba seperti biasa dan mula menjamah nasi goreng yang diingin-inginkannya tadi dengan segelas air oren segar. Begitu juga Farhana yang sedang mengisi perut yang lapar dari siang. Dia tidak sempat hendak pergi ke kafe di hospital siang tadi kerana dia terlampau risaukan Ayeesha.

Hanya Khairani sahaja yang kelihatan sudah hilang selera untuk makan. Tangannya menguis-nguis nasi goreng daging yang dipesannya namun fikirannya mula menerawang ke situasi tadi semula.

Aneh.....

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِالصَّالِحِينَ
{As-syuara' ayat 83}

"Ya Tuhanku,berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang soleh."

-Bersambung-

          Vote✔comment✔share✔

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang