23

500 61 2
                                    

Pada keesokan harinya, Ustaz Kamil datang semula ke rumah mereka. Ustaz Kamil membuat air jampi dan merenjiskannya disekeliling rumah mereka. Tujuannya, untuk 'memagar' kawasan itu. Ustaz Kamil juga merenjiskan air jampi pada setiap cermin di dalam rumah itu. Menurut kata orang tua-tua, cermin dikatakan sebagai media pertembungan alam manusia dan alam ghaib. Khairani hanya mengikut sahaja belakang Ustaz Kamil bersama ayahnya. Sambil itu, dia terfikir juga. Kenapa benda itu mahu mengacau anak perempuannya?

Setibanya waktu untuk 'memagar' dalam rumah, Ustaz Kamil terasa sesuatu. Dia berjalan ke arah pintu bilik yang berkunci itu.

"Bilik ni, memang tak boleh buka, Ustaz.." kata Khairani sewaktu Ustaz Kamil cuba memulas tombol pintu tersebut.

"Boleh saya tahu, kenapa?" Tanya Ustaz Kamil.

"Saya pun tak tahu. Rumah ini pun, kawan saya yang tolong carikan. Dia pun berkata, pemilik rumah ini tidak membenarkan sesiapa membuka pintu bilik ini. Saya pun buat tak tahu je la.." jelas Khairani. Dia pun sebenarnya hairan mengapa pintu bilik ini tidak boleh dibuka. Inikan rumahnya, mengapa dia pun tidak boleh buka? Dia malas nak panjangkan cerita.

Ustaz Kamil cuba memulas tombol pintu itu semula. Dia makin rasa curiga tentang bilik ini. Sewaktu dia cuba membukanya, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu berlari dari arah siling rumah. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi guli yang jatuh bergolek dari tangga. Mereka meninjau ke bawah.

Ayeesha yang berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen itu juga terdengar. Dia lantas bangun lalu melihat apa yang didengarinya. Dia nampak sebiji guli yang jatuh menuruni tangga. Dia lantas bangun untuk mengambil guli tersebut.

"Adik, jangan ambil guli itu. Biarkan sahaja.." Ayeesha memandang atas. Suara itu datangnya daripada Ustaz Kamil. Ayeesha mengangguk lalu duduk semula di atas sofa.

Ustaz Kamil, Khairani dan bapa Khairani turun menuruni tangga untuk mencari guli itu.

"Eh? Mana guli tu tadi?" pelik Ustaz Kamil.

"Bukan, jatuh disini ke tadi?" Tanya Khairani.

"Itulah.." jawapan ringkas Ustaz Kamil. Memang ada disini tadi. Mana perginya?

Tiba-tiba, terdengar suara Farhana dari dapur, "ini guli siapa?"

Khairani dan Ustaz Kamil pergi menuju ke dapur. Guli itu berada di bawah kerusi meja makan.

"Macam mana boleh bergolek sampai ke sini?" mereka berdua menjadi pelik.

Pada waktu maghrib, seusai solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Kamil, Khairani bertanya kepada Ustaz Kamil.

"Ustaz, yang ustaz tangkap masuk botol semalam itu, itukah 'benda'nya?"

"Ya.. tetapi itu salah satu daripada 'benda' itu.."

"Salah satu?"

"Ya.. salah satu.."

"Bermakna, 'benda' yang mengganggu Ayeesha.. bukan satu?"

"Ya, bukan satu. Malah dia juga bukan mengganggu Ayeesha sahaja.."

"Apa maksud ustaz?"

Ustaz Kamil terdiam.

"Kamu kena cari jalan untuk buka pintu yang berkunci itu. Saya rasa, hal ini pasti ada kaitan dengan perkara itu.."

Tiba-tiba, Ayeesha menjadi lemah.

"Abang.. Ayeesha.." Hana yang memangku Ayeesha lantas memanggil Khairani.

Ayeesha kelihatan lemah sangat.

"Ayeesha, Ayeesha kenapa ni?" Ayeesha tidak menghiraukan kata-kata Khairani.

"Ayeesha.." Farhana cuba memanggil pula.

The SecretWhere stories live. Discover now