"Buk.. buk.."
Bapa Khairani, Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi menghentam pintu bilik yang berkunci itu. Namun pintu itu langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tak termampu kudrat 3 lelaki itu untuk menolak pintu itu.
"Apa yang ketat sangat pintu ni?" Ustaz Kamil mengeluh.
"Hana, ada sesuatu yang boleh dibuat untuk cungkil pintu ini? Jangan pecahkan pintunya.." bapa Khairani memberi cadangan.
"Mungkin ada crowbar di dalam setor. Hana tengok sekejap. Farhana terus berlari ke setor di dapur. Dia menjumpai crowbar itu dan terus memberikan kepada bapa mertuanya. Bapa Khairani cuba mencungkil pintu itu. Crowbar itu sangat berhasil. Kunci pintu itu dapat dicungkil. Pintu itu hampir terbuka. Dalam masa yang sama, Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi menolak pintu itu. Hasilnya, pintu itu dapat dibuka oleh mereka buat pertama kalinya. Mereka semua melihat keadaan bilik itu. Bilik itu amatlah gelap. Berhabuk dan sangat kotor.
Ketiga-tiga orang lelaki itu pun memasuki bilik itu. Farhana dan ibu mertuanya ditinggalkan diluar bilik.
"Mari cari artifak itu.." Tuan Ghazi memberikan cadangan. Mereka semua pun menggeladah bilik itu. Bilik itu besar. Tak sangka bilik itu boleh sebesar ini.
Berhampiran tingkap yang menghala keluar, ada kotak segi empat tepat yang dibungkus dengan kain kuning, di tengah-tengah pentagram itu.
"Ghazi rasa, inilah kotaknya.." Tuan Ghazi berkata pada bapa Khairani dan Ustaz Kamil. Tuan Ghazi melangkah masuk menggunakan kaki kanannya ke dalam pentagram itu. Tuan Ghazi membaca sedikit doa lalu mengambil kotak itu. Kotak itu diserahkan kepada bapa Khairani untuk membakarnya kerana Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi mahu mengambil kesemua voodoo yang berada disekeliling kotak itu. Tuan Ghazi mengutip kesemua voodoo itu. Diserahkan sedikit kepada bapanya. Ada dua voodoo yang berwarna hitam, bertanduk dan lebih besar daripada voodoo yang lain. Tuan Ghazi mencapai voodoo itu untuk dibakar diluar rumah. Ada 10 voodoo kesemuanya.
Farhana berdiri di hadapan pintu bilik itu. Pintu bilik itu benar-benar lurus dengan tingkap bilik itu. Dia memandang tingkap bilik itu. Dia melihat refleksi wajahnya di tingkap itu. Tiba-tiba, sepasang mata berwarna merah muncul pada bayang-bayangnya di tingkap. Lilin pentagram entah bagaimana bernyala kesemuanya.
"Ghazi.." Ustaz Kamil memanggil Tuan Ghazi ekoran dia ternampak kejadian itu dan anaknya berada di tengah-tengah pentagram.
"Lari!" Farhana tiba-tiba menjerit. Tangannya terus menunjukkan arah tingkap yang terdapat mata berwarna merah. Ketiga-tiga lelaki yang ternampak mata itu terus berlari keluar bilik. Tuan Ghazi terus keluar dari pentagram itu. Lilin pada setiap bucu pentagram itu bernyala. Muncullah lambang kepala kambing di dalam pentagram itu seperti diukir dengan api yang berbara. Ustaz Kamil dan bapa Khairani berjaya meloloskan diri. Tuan Ghazi masih berlari ke arah pintu keluar. Tiba-tiba, kakinya tersadung. Entah bagaimana, dia terasa sesuatu memegang kakinya dengan sangat kuat.
"JANGAN LARI!" Suara garau menerpa dari belakang.
"Ayah! Ambil!" Tuan Ghazi membaling ke semua voodoo yang ada ditangannya. Farhana mengutip kesemua voodoo yang dibaling oleh Tuan Ghazi.
"Lepaskan anakku, wahai syaitan durjana!" Ustaz Kamil berkeras untuk syaitan itu melepaskan Ghazi.
"TIDAK SAMA SEKALI!"! Syaitan itu berang.
Farhana yang mengutip kesemua voodoo itu tidak sengaja terpijak salah satu voodoo yang berwarna hitam itu.
"ARGHH!" syaitan itu ibarat mendapat tempiasnya. Kaki Tuan Ghazi terlepas. Tuan Ghazi lantas bangun untuk melarikan diri.
"JANGAN LARI!" syaitan itu menjerit. Farhana memijak voodoo itu sekali lagi dengan lebih kuat.
"ARGHHH!" Syaitan itu mengerang kesakitan lagi. Farhana terus memijak voodoo itu. Diambilnya juga crowbar yang ditinggalkan berdekatan dan dicucuknya ke kepala patung itu. Kelihatan syaitan itu mengerang kesakitan yang teramat. Tuan Ghazi berjaya meloloskan diri. Mereka segera menutup pintu bilik itu. Apabila pintu itu berjaya ditutup, ia menjadi ketat semula.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...