8

764 100 20
                                    

Keesokan harinya,apabila Khairani sudah keluar untuk bekerja dan Ayeesha juga sudah keluar untuk ke sekolah,Farhana memulakan tugas hariannya sebagai seorang isteri merangkap seorang ibu. Dia mula menyapu lantai dan membersihkan dapur. Pada pukul 10 pagi,Farhana mula memasak. Ayam yang digulai menjadi menunya pada hari ini. Setelah bertungkus lumus memasak,akhirnya semua lauk siap.

Farhana berehat di ruang tamu seketika kerana dia berniat hendak naik ke tingkat atas sekejap lagi. Tujuannya hanya untuk melihat bilik yang pintunya berkunci itu.

Setelah selesai berehat,langkah kakinya diatur pantas menuju ke tingkat atas melalui anak-anak tangga. Fuh,lelah juga nak naik tangga ni. Muda-muda pun dah letih. Macam manalah orang yang lebih berusia?

Farhana memerhatikan seluruh kawasan di tingkat atas itu. Hmm,warna cat di dinding telah pudar. Malahan,ada pintu yang hampir reput dimakan anai-anai. Lihat sahajalah warna lantai rumah itu. Hampir kekuningan. Haih,nak diubah suai,bajet perlu difikirkan juga. Tiada apa yang dapat dibeli dengan harga yang murah pada zaman macam ni.

Farhana menuju ke biliknya terlebih dahulu kerana dia ingin mengambil batang penyapu dan juga lampu suluh. Dia bukan apa,cuma dia rasa tak sedap hati sahaja. Kemudian,dia menuju ke bilik yang berkunci itu. Kalau hendak diikutkan turutan bilik-bilik di rumah itu,bilik yang berkunci itu merupakan bilik yang terakhir. Kedudukannya terletak di hujung tingkat atas itu. Itu yang mengundang rasa tidak enak di hati Farhana.

Farhana berjalan lambat-lambat ke arah bilik itu. Sesekali tangannya mengibas-ngibas udara kerana habuk agak banyak di situ sedangkan baru beberapa hari lepas dia membersihkan kawasan di situ. Farhana mendongak ke siling banglo itu. Dia hampir melatah dan mengucap panjang apabila melihat seekor labah-labah yang besar sedang bermain di siling itu.

"Astaghfirullah,Ya Allah Ya Rabbi Ya Salam. Terkejut aku,Ya Allah. Haih..",kata Farhana sambil mengusap-usap dadanya.

Akhirnya,dia sampai di bilik yang berkunci pintunya itu. Dia mula berasa teragak-agak untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di sebalik pintu itu kerana dia rasa semakin tidak sedap hati. Namun,rasa ingin tahu telah menguasai dirinya.

"Bismillahhirrahmanirrahim",
ucap Farhana untuk menenangkan hatinya.

Dia menyapu sedikit habuk-habuk yang ada pada pintu itu. Antara banyak pintu,pintu itu kelihatan lebih kukuh dan lebih cantik berbanding pintu yang lain yang hanya menunggu masa untuk reput. Farhana cuba memulas tombol pintu itu berkali-kali dengan bersungguh-sungguh. Namun,malang sekali baginya. Pintu itu kekal terkunci.

"Haih,kenapa susah sangat nak buka pintu ni? Apa yang menyebabkan pintu ni susah sangat nak bukak? Aduh.",keluh Farhana.

Namun,semasa dia sedang mengeluh,dia terdengar sesuatu.

"Tap,tap,tap."

Farhana terkejut. Dia pasti yang bunyi itu datangnya dari dalam bilik itu. Farhana mendekatkan dirinya dengan pintu itu lagi dan telinganya dilekapkan pada pintu itu perlahan.

"Tap,tap,tap. Shhhh...Shh..Shhh..",bunyi itu kedengaran lagi.

Farhana yakin yang bunyi itu merupakan bunyi tapak kaki orang. Namun,siapa? Oh Allah.

Tanpa Farhana sedar,Khairani sedang berada di belakangnya sambil memerhatikannya dengan pelik. Apa yang dibuat Farhana di sini?

"Hana,awak buat apa kat sini?",tanya Khairani.

Farhana menoleh dengan perasaan seram menyulubungi dirinya kerana nafas Khairani yang bertiup di tengkuknya perlahan. Terkejutnya dia hanya Allah yang tahu apabila dia ternampak muka Khairani yang sedang tersengih memandangnya. Buat kali yang kedua pada hari ini,Farhana mengurut dadanya.

"YA ALLAH ABANG! BILA ABANG BALIK??? AWALNYA ABANG BALIK????",kata Farhana dengan cemas sekali.

Khairani berasa pelik melihat isterinya.

"Hey Hana. Awak kenapa,sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke?",kata Khairani lembut.

"Hmm,tak ada apa-apa. Hana cuma nak bersihkan kawasan atas ni sikit. Mana taknya Hana terkejut. Abang tiba-tiba je muncul. Abang suka la tak bagi salam ke apa dulu. Hana terkejut. Kalau Hana ada sakit jantung macam mana,abang?"?keluh Farhana.

"Okay,Hana. Abang minta maaf. Forgive me,okay? I'm so sorry. I didn't mean to make you shocked like this.",Khairani mula memujuk.

"Hmm,tak apalah abang. Hana okay. Hana cuma terkejut. Hmm,kenapa abang balik awal?",tanya Farhana.

"Oh,abang balik awal sebab abang tertinggal beg laptop abang.",balas Khairani.

"Oh,okay.",balas Farhana lagi.

"Okaylah Hana. Abang nak pergi kerja balik. Assalamualaikum.",ucap Khairani sambil berlalu pergi.

"Waalaikumsalam.",ucap Farhana sambil ekor matanya melihat bayangan Khairani sehingga hilang daripada pandangannya.

Farhana memutuskan untuk turun semula ke bawah dan berehat. Nantilah dia sambung meneroka bilik itu. Dalam fikirannya,bunyi yang didengarinya tadi masih terngiang-ngiang. Dia tidak bercadang untuk memberitahu hal tersebut kepada Khairani. Nanti sahajalah dia beritahu.

-bersambung-
-vote-
-comment-

A/N:
Hai! Kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong cerita ini. Janganlah jadi silent readers ya. Kami teringin juga nak tahu apa pendapat pembaca tentang cerita ni. Menarik ke? Hambar ke? Okay ke? Tak sabar nak tunggu update ke? Hehhehehe...By the way,cerita ni dapat ranking #11 haritu. So,thank you kepada semua. Teruskan sokong cerita ni, ya? We need your support. Hehehehe..

Lots of love;
authors

Kenapa authors? Hehehhehe. Ada dua orang yang menabur usaha dan titik peluh disini. Yang paling banyaknya syazzizi

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang