21

494 59 1
                                    

"Ini tak boleh jadi, Khai. Kamu mesti buat sesuatu sebelum keadaan Hana dan Ayeesha melarat", luah ayah Khairani.

Khairani hanya bertindak mendiamkan dirinya sahaja. Fikirannya kusut dan dia letih. Dia penat. Emosinya lelah saat ini namun entah apa sebabnya, dia sendiri pun tidak mampu memikirkannya.

Memahami keadaan anaknya yang nampak cukup tidak keruan itu, ibu Khairani pantas menghampiri anaknya. Belakang badan anaknya diusap lembut sambil bibirnya membaca zikir-zikir yang dia tahu.

"Abang, saya rasa kita kena panggil ustaz ni bang. Risau saya tengok anak menantu kita macamni", cadang ibu Khairani.

Ayah Khairani terangguk-angguk bersetuju mendengar cadangan isterinya itu. Telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar dan jejarinya pantas mendail nombor Ustaz Kamil, kenalan rapatnya yang agak mahir tentang ilmu perubatan Islam.

Ayah Khairani berbual di dalam telefon pintarnya bersama Ustaz Kamil. Sementara itu, ibu Khairani cuba untuk menenangkan anak lelakinya.

"Apa yang jadi sebenarnya ini, abang?" Ibu Khairani bertanya.

"Abang tak tahu, ibu. Semakin hari, semakin banyak kejadian pelik ini berlaku. Abang pun tak tahu apa puncanya dan apa penyebabnya.." ibu Khairani hanya berdiam diri sambil mendengar luahan anak lelakinya.

"Apa yang menimpa keluarga abang sekarang ini, ibu" luahan hati Khairani. Dia berasa kesal kerana dia gagal mengendalikan keluarga kecilnya dengan baik. Ibu Khairani memeluk tubuh kurus anak lelakinya.

"Sabar, abang. Allah tengah uji abang sekarang ini. Abang banyakkan zikir, banyakkan berdoa. Allah uji sebab abang mampu. Ibu dengan ayah akan tolong sedaya yang boleh. Abang jangan risau, ya" ibu Khairani cuba menenangkan anak lelakinya.

Khairani mengangguk lemah. Dia runsing tetapi dia tahu ibu bapanya akan menolong. Jadi, hatinya terasa sedikit lega. Ayahnya duduk di hadapan Khairani setelah berbual dengan Ustaz Kamil menerusi talian sebentar tadi.

"Ustaz Kamil kata, dia akan datang malam karang. Ayah harap, abang tak kesah" ayahnya memberitahu.

"Abang tak kesah, ayah. Asalkan untuk kebaikan semua.." Khairani tersenyum kecil. Hatinya semakin lega. Alhamdulillah, semuanya dapat dikawal buat masa ini.

"Ada apa-apa yang perlu abang sediakan untuk malam ini?" Tanya Khairani untuk dia membuat persediaan.

"Tak ada. Dia akan datang untuk tengok sahaja dahulu. Untuk cara selamat, abang sediakan sahajalah air mineral ke, jika dia mahu buat air 'ubat' untuk Hana dan Ayeesha.." Khairani mengangguk.

"Ibu dengan ayah tunggu disini, ya. Sejak ibu dengan ayah datang tadi, abang tak hidangkan apa-apa pun. Sekejap ya, abang pergi dapur"

Ibu dan ayahnya mengangguk. Khairani pergi ke dapur untuk membuat sejag air jus oren. Farhana pun ada masak lauk yang banyak hari ini, dia pun hidangkan sekali lauk pauk serta nasi putih. Sewaktu dia sedang membancuh pati jus oren di dalam jag,

"Khairani~~"

Dia dengar namanya dipanggil. Sayup je nadanya. Suara tersebut membuatkan dia tersentak.

"Khairani~~"

Suara itu memanggil namanya lagi. Dia cuba meninjau ke ruang tamu.

"Ibu ada panggil abang ke?" dia bertanya kepada ibunya.

"Tiada" ringkas ibunya menjawab. Khairani semakin berasa pelik.

"Kenapa, abang?" Ibunya bertanya.

"Tiada apa-apa" Khairani tersengih. Dia pun berjalan ke dapur semula.

"Aku salah dengar ke?" Pelik dirinya memikirkan siapa yang memanggil namanya. Khairani pun terus membancuh semula air oren tersebut lalu menghidangkan kepada ibu bapanya bersama-sama lauk pauk tersebut.

"Enghhh.."

Suara Ayeesha kedengaran. Farhana juga terjaga. Khairani mengusap Ayeesha. Dia mencium dahi isterinya.

"Apa dah jadi?" Tanya Farhana.

"Hana pengsan.."

"Pengsan?"

-Bersambung-
Vote Comment Share

A/N :
Assalamualaikum buat pembaca sekalian! Semoga kalian dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan pada tahun 2019 ini. Semoga tahun 2019 menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Apa khabar? Maaf kerana sudah lama menyepi. Author sendiri pun tak tahu siapa yang in charge untuk menulis bab ini. Tengok-tengok ada draft je, hehe. Para penulis memang sedang kesibukan sekarang ini. Jadi, kami semua selaku para penulis memohon maaf andai kami pernah terkasar bahasa, membuat kalian terguris hati dengan cara penulisan kami, percakapan kami dan kami juga minta maaf kerana sudah lama menyepi daripada menulis cerita ini. Benar-benar kami ketiadaan masa dan idea. Kami akan cuba untuk "explore" lebih banyak idea dan curi-curi masa untuk menulis dan menghabiskan cerita "The Secret" dengan secepat dan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, pada tahun 2019 ini, "The Secret" akan mencapai ulangtahun yang kedua, pada tanggal 12 Julai yang akan datang. Semoga kita diberikan kesempatan untuk bernafas dan melalui tanggal hari tersebut! Hehe.

Apa-apa pun, kami disini mengucapkan ribuan terima kasih bagi pembaca, pengundi dan juga yang pernah mengongsikan cerita ini kepada orang lain. Jumpa pembaca melebihi seribu itu sungguh kami tak menjangkakannya. Walaupun itu hanyalah jumlah yang sedikit, namun ia merupakan pencapaian terbaik bagi kami. Masih kami ingat lagi, cerita "The Secret" juga pernah mendapat ranking #2 dalam kategori "Paranormal".
Jutaan terima kasih untuk para pembaca, pengundi dan yang berkongsi! Tanpa anda, novel ini tidak akan mencapai kejayaan sehebat ini.

Sehingga kita bertemu lagi di lain masa!
Assalamualaikum!

– 2 Januari 2019 / Para penulis.

The SecretWhere stories live. Discover now