"Pak Mad, mana keluarga itu sekarang?" Khairani bertanya kepada Pak Mad. Pak Mad menghembus nafasnya.
"Kami semua tak tahu. Keluarga itu tiba-tiba hilang.."
"Hilang?"
"Ya. Tak tahu mereka dimana.."
"Tuan rumah ini?"
"Mason?"
"Ya.."
"Tak tahu. Ada yang kata nampak kelibat mereka sekeluarga disini. Tapi tak tahulah. Pak Mad tak pernah nampak pula.." Khairani dan Farhana saling berpegangan tangan.
"Macam mana dengan anak kau? Makin baik tak?"
"Macam tu je la, Pak Mad. Tiada apa yang kurang, tiada apa yang lebih.."
"Alhamdulillah. Moga Allah terus melindungi keluarga kau.."
"Insya-Allah, Aamiin.."
Pak Mad memandang tangan Khairani.
"Tangan kau kenapa tu? Teruk sangat lukanya?"
"Ah ini.." Khairani terdiam. Farhana hanya menunduk ke lantai. Tak tahu nak beritahu bagaimana.
* * *
"Atuk!" Ayeesha pulang ke rumah, melihat Pak Mad masih ada di halaman rumahnya. Farhana yang pergi menjemput Ayeesha. Farhana sebenarnya ada lesen kereta, tetapi sudah lama tidak membawa kereta. Maklumlah, sejak dia bersuami, hanya Khairani yang menjadi drivernya. Kata sahaja ke mana mahu pergi. Dia akan bawa.
"Ayeesha!" Pak Mad memeluk Ayeesha.
"Atuk sihat?" Ayeesha bertanya.
"Alhamdulillah, sihat. Ayeesha?"
"Ayeesha sihat!" Jawab Ayeesha bersemangat.
"Alhamdulillah. Semoga Ayeesha terus sihat.." Pak Mad tersenyum kepada Ayeesha. Ayeesha tersenyum ke arah Pak Mad.
"Atuk. Hari tu kan.. tangan papa dengan mama kena cakar.." Ayeesha bercerita.
"Kena cakar? Dengan apa?"
"Dengan hantu. Dia kan, jahat. Dia yang tolak mama jatuh tangga. Dia yang ambil Aisy. Dia yang cakar tangan papa. Dia yang campak barang dalam bilik. Dia yang cakar tangan mama.." Pak Mad memandang Khairani dan Farhana.
"Ni ke yang kau tak mampu nak cerita tadi?" Pak Mad bertanyakan kepada Khairani dan Farhana. Khairani dan Farhana mengangguk lemah.
"Pak Mad dah agak dah. Pak Mad lama nak tanya kau, kau tak kena ganggu ke tinggal sini? Tak sangka, kuat kau orang bertahan disini.."
"Kami tiada pilihan lain, Pak Mad. Saya risau dengan suami dan anak saya.." Farhana menjawab.
"Insya-Allah tiada apa-apa lah, Farhana. Kuatkan diri kau. Pak Mad tahu kau kuat. Begitu juga dengan kau, Khairani. Pak Mad dengan orang masjid akan 'tolong kau dari jauh'.."
Farhana dan Khairani mengangguk.
Pada malam itu, Khairani berada seorang diri di dapur. Dia tak dapat melelapkan mata. Farhana dan Ayeesha sudah tidur. Jam menunjukkan pukul 11:50 malam. Dia duduk di meja makan sambil termenung.
Tiba-tiba,
"Tup tap tup tap"
Kedengaran bunyi tapak kaki dari tingkat atas yang kuat. Khairani mendengarnya, tetapi dia buat tak tahu sahaja. Semakin lama, bunyinya semakin kuat. Kuat, dan semakin kuat. Namun, setelah beberapa saat, tiba-tiba suasana menjadi diam. Khairani ingatkan bunyi itu sudah berakhir namun dia silap.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...