Khairani bertanyakan kepada rakannya,Hafidz,tentang rumah tersebut kerana Hafidz yang tolong carikan rumah.
"Hafidz,kenapa dekat rumah tu ada bilik yang berkunci?" tanya Khairani.
"Oh,bilik yang dekat atas dapur tu?" tanya Hafidz pula.
"Ya,bilik tu.Kenapa ya?" tanya Khairani mahukan kepastian.
"Yang itu aku tak tahu.Sebab tuan rumah dulu cakap bilik tu tak boleh buka.Tak tahu kenapa" jawab Hafidz.
"Oh okay okay" jawab Khairani pendek.
Pada waktu malam,Khairani pulang ke rumah.Sewaktu dia sedang membuka kasut kerjanya,pintu rumahnya terbuka.Kelihatan si kecil Ayeesha yang membuka pintu sambil tersengih ke arah Khairani.Khairani tersenyum melihat anaknya.Dia terus mendukung Ayeesha lalu mencium pipi tembam budak ini.Inilah satu-satunya stress reliever dirinya.Tak pernah membosankan.Malahan semakin hari,semakin tak sabar mahu berjumpa budak tembam ini.
"Ayeesha dah makan?" tanya Khairani kepada anaknya sambil menutup dan mengunci pintu rumah.
"Belum" jawab Ayeesha.
"Kenapa Ayeesha tak makan lagi?" tanya Khairani lagi.
"Dia nak tunggu papa dia makan,baru dia nak makan" Farhana menyampuk dari dapur.farhana pun berjalan menuju ke arah dua beranak itu lalu mengambil beg bimbit Khairani.Khairani tergelak kecil mendengar pernyataan yang diberikan oleh Farhana.Ini pun salah satu stress relievernya.Keluarga memang akan sentiasa membahagiakan diri seseorang.
"Marilah makan" ajak Farhana.Khairani yang sedang mendukung Ayeesha pun berjalan menuju ke dapur untuk makan malam.
Selepas makan malam,Khairani pun membersihkan diri sebelum dia duduk di ruang tamu untuk menemani anak perempuannya sementara Farhana sedang mengemas dapur.Khairani pun meniarap beralaskan bantal dihadapan Ayeesha.
"Ayeesha tiada kerja sekolah ke?" tanya Khairani kepada Ayeesha.
"Ada tetapi dah siapkan petang tadi" jawab Ayeesha yang sedang leka bermain tanah liat.
"Papa,marilah main dengan Ayeesha" pelawa Ayeesha kepada Khairani.
"Baiklah,baiklah" Khairani melayan anak perempuan tunggalnya.Dia mengambil sedikit tanah liat dan mula mencipta sesuatu.Sedang dia mereka sesuatu menggunakan tanah liat tersebut,Ayeesha laju bangun dan duduk diatas badan Khairani yang sedang meniarap.
"Eeeii Ayeesha! Apa ni?" rintih Khairani.Terhenti dia nak buat kereta pakai tanah liat.Ayeesha duduk di atas badannya.Ayeesha hanya buat tak tahu.Dia sengaja je buat sebegitu.Nak menyakat bapanya.
"Ayeesha!" rintih Khairani lagi.Semakin hari,badan anaknya ini semakin 'terasa'.Dia tak tahan lagi nak menampung berat badan Ayeesha atas badannya.Semangat sungguh!
"Hana! Tolong abang!" Khairani meminta tolong Farhana.Farhana berjalan menuju ke arah mereka berdua.Farhana agak terkedu juga.Nak gelak ke nak kesian? Melihat Khairani yang sedang merintih kesakitan dalam masa yang sama,melihat Ayeesha yang sedang tergelak kecil kerana berjaya menyakat bapanya.Farhana pun cuba membantu.
"Ayeesha,papa bukannya kuda.Jangan buat papa macam tu.Sakit papa" kata Farhana.Ayeesha pun tergelak kecil.Dia pun bangun dari badan Khairani.Lantas Khairani terus duduk.Bahaya betul kalau meniarap.Ayeesha ni,badan kecil je tapi semangat.Tulang berat,mungkin?Ayeesha terus memeluk Khairani.
"Maaf papa,Ayeesha gurau-gurau je" kata Ayeesha lalu mencium pipi Khairani.Khairani tergelak kecil.Comelnya budak ini.Puji anak sendiri,heol.
"Tak mengapalah sayang" Khairani memeluk Ayeesha semula.
"Laa,cium papa je ke?" kata Farhana sambil memuncungkan bibirnya.Konon-konon merajuk.
"Mama merajuklah,Ayeesha.Kena pujuk ni" kata Khairani.Ayeesha terus tersenyum lalu memeluk Farhana.Begitu juga Khairani.Ayeesha pun mencium pipi Farhana.Kemudian,mereka pun menonton televisyen.Sewaktu mereka sedang menonton televisyen,
"Abang,abang dah tanya pasal bilik yang berkunci tu?" tanya Farhana.
"Sudah,tetapi Hafidz kata,bilik itu memang dikunci sejak dahulu lagi.Tuan rumah lama ni yang cakap.Hafidz pun tak tahu kenapa" jawab Khairani sambil matanya fokus memandang televisyen manakala Ayeesha pula sedang bermain dengan tanah liatnya sambil duduk di atas riba Khairani.Atas riba,tak mengapa.Riba tak terasa sangat.Farhana pun akur dengan jawapan Khairani itu namun hatinya berasa ingin tahu "Kenapa bilik itu berkunci?"
-Bersambung-
✔️vote ✔️comment✔️share
![](https://img.wattpad.com/cover/115363761-288-k393384.jpg)
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...