33

443 53 0
                                    

Khairani keluar dari zon kecemasan. Tangannya sudah berbalut.

"Macam mana? Doktor kata apa?" Tanya Farhana yang risau akan suaminya.

"Semuanya okay. Doktor pelik macam mana boleh dapat luka ni.." terang Khairani.

"Abang cerita ke?"

"Tak lah. Kalau cerita pun macamlah doktor percaya.." Farhana memandang tangan Khairani yang berbalut dengan bandage.

"Papa okay ke?" Ayeesha bertanya. Khairani tersenyum memandang puterinya.

"Papa okay. Jangan risau, ya?" Khairani mengusap kepala anaknya.

"Nak tengok luka papa.." Ayeesha juga risau akan bapanya. Melihat tangan Khairani yang berdarah-darah dari rumah tadi membuatkan dia risau. Khairani membuka balutan bandage nya. Terlihat beberapa jahitan yang dikenakan untuk luka tersebut.

"Allahuakbar, sehingga berjahit?" Farhana menjadi risau semula.

"Doktor kata luka ini besar dan dalam. Sebab itu darah boleh mengalir. Itu yang dia pelik bagaimana boleh dapat luka ni. Macam kena toreh dengan benda tajam.." Farhana memegang tangan suaminya. Macam buat pembedahan pula lukanya. Macam jalan kereta api pun ada, sebab ada tiga baris.

"Sakit tak, papa?" Ayeesha memandang sayu muka Khairani.

"Tak, sayang. Anak papa ni janganlah risau. Papa okay la.." Ayeesha memeluk Khairani. Farhana juga turut memeluk suaminya. Beruntungnya dia memiliki dua bidadari yang turun dari Syurga, menjadi peneman sepanjang hidupnya di dunia.

Mereka hanya bersolat subuh di surau hospital sebelum pulang ke rumah. Bimbang tidak sempat pula nanti untuk solat di rumah. Selepas solat, boleh la relax sikit nak balik. Lagipun hari ini hari Sabtu. Tak bekerja. Boleh pergi sarapan dahulu nanti.

Khairani cuba mengenakan sedikit air pada kesan jahitannya.

"Argh," keluhnya. Pedih rasa. Air paip dibukanya dengan sangat perlahan, hanya mengelap sahaja bahagian jahitan.

Hari Sabtu berjalan biasa dengan rutin harian sekeluarga. Tiada yang istimewa, tiada yang berduka. Syukur tiada gangguan untuk hari ini. Semua baik-baik sahaja.

Pada malam itu, Farhana hanya masak makanan yang simple sahaja.

"Abang tak boleh makan 'benda' gatal. Biar cepat elok luka tu.."

"Ala, sampai bila nak kena control makan?"

"Sampai elok la. Kejap je, bukannya berpantang macam orang baru lepas bersalin" Farhana tersenyum kepada suaminya. Kini suaminya kena 'berpantang' makan supaya jahitannya cepat elok. Farhana pula baru sahaja habis berpantang. Kini suaminya pula. Ayeesha tersenyum melihat gelagat orang tuanya.

Khairani tidur sambil tangannya yang luka beralaskan bantal. Lukanya masih pedih, masih sakit. Farhana membentangkan tilam untuk dia dan Ayeesha tidur. Biar Khairani sahaja yang tidur di atas katil. Bukan apa, takut pergerakan yang tidak dijangka pada waktu malam akan 'mengganggu' tangannya yang masih luka. Tambahan lagi, Ayeesha kini tidur lasak. Tak pasal pasal je nanti.

Malam mereka yang sunyi tiada sebarang gangguan. Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Khairani juga dapat tidur lena. Solat sunat sepertiga malam juga tidak dia lupakan. Kini Farhana juga menyertainya sejak dia juga telah habis berpantang.

Jam menunjukkan hampir subuh. Khairani sedang duduk berhadapan dengan Farhana.

"Hana, maaf abang tanya. Abang nak tahu, apa yang berlaku waktu pintu terkunci kelmarin?"

"Hana tak berapa pasti, abang. Waktu abang keluar, Ayeesha tiba-tiba peluk Hana. Badan dia berpeluh-peluh. Dia mula menangis. Hana pun pelik lah kenapa dia menangis. Dia kata ada orang pandang dia.."

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang