Pada malam itu juga, Khairani bermimpi. Ayeesha duduk bersama Finn di dalam suatu bilik gelap yang cuma disinari dengan cahaya bulan yang samar-samar. Khairani hanya menjadi pemerhati apabila anaknya didatangi oleh seorang lelaki bermata biru.
"Ayeesha, kini tinggal kita berdua sahaja" pelat lelaki berdarah mat salleh tu berkata kepada Ayeesha.
"Uncle pasti ke papa dapat bantu?" Ayeesha bertanya dengan perasaan yang ragu-ragu.
"Mengapa Ayeesha kata begitu?"
"Papa senang dimanipulasi. Bukanlah maknanya papa senang terpedaya. Maksud Ayeesha, 'benda' itu gemar menggunakan Ayeesha. Papa lemah jika sesuatu berlaku pada Ayeesha dan mama.."
"Ayeesha kena yakin, Allah akan bantu kita. Uncle akan berada disini bersama Ayeesha.."
"Kalau papa jumpa Uncle, bagaimana dengan Ayeesha?"
"Uncle akan cuba selamatkan Ayeesha dahulu. Disini bukan tempat Ayeesha.."
"Uncle.. bagaimana kalau kita berdua gagal?"
"Uncle yakin kita berjaya.."
"13 September bakal menjelma tidak lama lagi, Uncle. Ayeesha khuatir papa tidak dapat datang seperti yang dirancang"
"Jangan risau. Khairani ialah seorang lelaki yang tabah. Uncle yakin dengan kelebihannya" Lelaki yang dipercayai sebagai Mason itu mengusap kepala Ayeesha.
"Ayeesha!" Khairani terjaga dari mimpinya sambil menjerit nama Ayeesha. Farhana yang tidur disebelahnya turut tersentak.
"Astaghfirullahaladzim.." Khairani mengusap lembut dadanya.
"Abang mimpi Ayeesha?" Farhana bertanya kepada Khairani. Khairani menganggukkan kepalanya.
"Hana pun.." Farhana memberitahu perihal mimpinya.
"Hana mimpi apa?" Khairani mengajukan soalan.
"Hana mimpi.. Ayeesha sedang berlari bersama seorang lelaki berdarah orang putih. Mereka seperti dikejar sesuatu.."
"Apa jadi selepas itu? Hana nampak apa yang kejar mereka?"
"Hana tak nampak. Tapi apa yang Hana dapat kata, they escaped"
Tiba-tiba, terdengar bunyi azan berkumandang. Mereka berdua mengerling ke arah jam dinding yang ada. Sudah masuknya waktu solat Subuh. Mereka pun bangun lalu mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Khairani pun memanjatkan doa kepada Ilahi agar dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. Air mata Khairani laju menitik tatkala menyebut nama adiratna mereka suami isteri. Rindu buat Ayeesha bukan lagi kepalang. Farhana juga turut menitiskan air mata. Hati mereka hanya mampu merintih, menelan pahit getir realiti yang harus mereka terima. Khairani dan Farhana menyapu muka mereka untuk mengaminkan doa lalu mereka berpelukan. Suasana bertukar hiba. Air mata menjadi permulaan hidup pada hari itu.
Pihak polis telah mengambil mayat Marcella dan Lea untuk upacara pengebumian mayat tersebut. Mayat Marcella dan Lea telah sempurna. Hanya Mason sahaja yang perlu dicari. Pelbagai usaha telah dilakukan. Jembalang yang mendiami bilik itu semakin lemah.
"Papa.. papa.." Khairani terdengar suara seakan-akan suara Ayeesha sewaktu dia sedang duduk di ruang tamu.
"Ayeesha?" Khairani cuba memanggil namun tiada sahutan.
"Sini.." Khairani terdengar suara itu dari tingkat atas. Khairani menjenguk ke atas. Ternampak bayangan Ayeesha dari ekor matanya.
"Ayeesha.. Ayeesha ke tu?" Khairani lantas bangun lalu berjalan menaiki tangga rumah.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...