Khairani bukannya mahu berhalusinasi. Dia serius bila dia katakan yang dia mendengar suara aneh selain daripada suara kedua-dua buah hatinya. Ah, dia tidak mahu sendirian membuat andaian.
Farhana dan Ayeesha sudahpun berada di dapur, menyiapkan makanan tengah hari mereka sekeluarga. Perut Khairani juga sudah berkeroncong sebenarnya. Dari pagi dia tidak menjamah makanan berat. Hanya beberapa keping biskut sahaja. Gila tak lapar?
"Abang, tak nak makan sekali ke? Hana dah siap hidang ni",panggil Farhana dari dapur.
Termatilah pemikiran Khairani tentang suara aneh tadi. Kesian pula dah dekat anak isterinya yang dah menunggu. Macam Cinderella menunggu Prince Charming.
"Ya dear, kejap kejap."
Dia pun bangkit lalu menuju ke dapur, sambil melepaskan nafas yang berat.
"Haihhh, Allahuakbar."
Itulah yang diluahkan Khairani sambil dia meraup mukanya kasar menandakan fikirannya agak serabut dan kusut.
"Papa, kenapa berat sangat je bunyi keluhan papa tu? Papa banyak kerja ke dekat office?", tanya Ayeesha prihatin.
Hati anak kecil itu gusar melihat keadaan si ayah yang semacam tidak kena.
Khairani terharu. Sungguh. Wajahnya yang tadi agak kelat, sekelat air teh o ais yang dah cair, kini kembali tersenyum manis, semanis air love you. KAH.
Kepalanya digeleng-gelengkan laju untuk meyakinkan anaknya bahawa dia baik-baik sahaja.
"Tak ada apa-apalah, Ayeesha sayang. Papa okey je ni. Kalau Ayeesha dengan mama okey, papa pun okey."
Farhana tergelak kecil.
"Amboi abang, kelakar pulak Hana tengok abang geleng kepala laju-laju tadi", celah Farhana gembira.
Khairani mengangkat kening.
"Kenapa?", soalnya ragu-ragu.
"Kepala abang macam dah nak tercabut. Hehehe."
Farhana mengusik suaminya.
Lantas ketawa Khairani pecah bergema di ruang makan mereka itu.
"Kemain ya, Hana. Sakan mengusik abang", komen Khairani.
Isterinya itu hanya mampu tersengih keriangan. Sudah lama mereka sekeluarga tidak seceria ini. Masalah yang menimpa mereka bagaikan batu yang menghimpap diri mereka sekeluarga. Iyalah, itulah dinamakan hidup. Adanya manis, adanya pahit, begitu juga masam dan masin. Barulah lengkap rencah kehidupan.
Lagipun, Khairani percaya, hikmah Allah itu wujud.
Ayeesha yang melihat papa dan mamanya gembira turut sama tersengih. Kemudian, dia tergelak riang.
Khairani dan Farhana menoleh terkejut mendengar ketawa Ayeesha. Kedua-dua mereka mengangkat kening hairan.
"Amboi anak mama, kenapa sengih sorang-sorang?",usik Farhana.
Khairani menambah perasa usikan.
"Itulah, kemain dia senyum ya? Ada apa?"
"Hehehehehe, Ayeesha suka tengok papa dengan mama gembira."
"Ye ke Ayeesha suka? Kalau macamtu, Ayeesha sokong mama ke papa?",tanya Farhana.
"Emm, let me think. Mestilah Ayeesha sokong papa. Papa hensem macam Captain America."
Gasaklah. Dah papa dan mamanya peminat Avengers, nak buat macam mana? Tu yang anak pun terikut.
"Amboii dia tu! Biasee dia tu. Pandai ya cakap Inggeris. Siapa ajar? Mama tak nak kawan Ayeesha la macam ni. Puji papa je pulak."
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...