Gerhana mentari bakal tiba,
Tersingkap segala rahsia dusta,
Sebagai hukuman kekhilafan lama,
Insan biasa menjadi mangsa.
Arjuna perkasa menjadi tawanan,
Disulami debaran beribu halangan,
Rela diseksa menanggung beban,
Kasih dihamparkan seluas lautan...
A letter with love, from Author Chae♥️ Assalamualaikum semua! Hai! Lama tak bersua kan? Hehe. Apa khabar? Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. Tambahan lagi dengan situasi covid-19 yang membimbangkan ini kan? Eeeiii nauzubillahiminzalik. Semoga tak ada satu pun pembaca yang terlibat dengan virus ini.
Tak ada apa sangat pun mahu di katakan. Cuma mahu ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua! Alhamdulillah! The Secret telah memenangi anugerah #TheWattys2020 pada tahun ini! Kami sangat teruja dan terkesima apabila pertama kali kami mengetahuinya. Allahu, Tuhan sangat adil. Segala keperitan dan kegembiraan selama menulis novel ini dibayar dengan kegembiraan. Allahuakbar.
Terima kasih juga pada para pembaca! Kalianlah asbab pertama kami boleh mencapai tahap ini. Tanpa kalian, kami bukanlah sesiapa! Allahu, sungguh, terima kasih kami ucapkan!
Semoga bertemu lagi kita di lain masa. Jika ada salah silap kami, mohon ampunkan. Doakan kami berjaya mengecapi cita-cita yang masih samar-samar ini kerana masih di bangku pembelajaran :') begitu juga kami mendoakan kesejahteraan kesemua pembaca kesayangan kami!
Allahumma aameen :) Semoga bertemu lagi! Terima kasih untuk 3 tahun ini! Selamat beranjak ke tahun 2021! Semoga tahun yang akan datang ini disambut dengan sejuta rahmah oleh Ilahi, agar dapat kita meneruskannya dalam keadaan yang baik dan ceria!
Saaaaaayang kalian semua!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Okay semua, saya sejujurnya lagilah tak sangka cerita ni mampu sampai tahap ni, dan langsung tak terfikir boleh habiskan cerita ni, alhamdulillah thumma alhamdulillah. Tak ada satupun yang boleh saya katakan lagi dah, sebab saya betul-betul tak sangka. Dah banyak suka dan duka dalam menghabiskan cerita ni, dan saya sangattt terharu atas semua sokongan dari para pembaca, moga Allah balas kebaikan kalian dengan kebaikan yang lebih mulia dan besar di sisi-Nya.
To Author Chae, thankyou for staying with me, thankyou for being there for me, thankyou for this beautiful journey, let's cherish our moments together with happiness and a long-lasting friendship. Thankyou for everything, chae !
Terima kasih sekali lagi, semua ! Jangan lupa untuk terus doakan kami, doakan yang baik-baik untuk kami ya ! :)
Buat semua jiwa yang sedang keliru, buat semua hati yang sedang ragu, kembalilah kepada Tuhan-mu, kerana Dialah Yang Maha Tahu.