Seusai solat subuh berjemaah,Khairani dan Farhana pun bersalaman.Sesekali mereka memandang Ayeesha yang masih lena di atas katil.
"Semalam abang tidur pukul berapa?" tanya Farhana kepada Khairani.
"Entahlah,abang tak tengok jam pula tetapi lambat lah juga. Abang rasa tak sedap hati nak tidur semalam" jelas Khairani.
"Tak sedap hati macam mana?" tanya Farhana meminta kepastian.
"Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana tapi memang tak sedap hati lah"
"Hurm, Hana pun sama je sebenarnya,abang. Awal pagi tadi waktu Hana mahu sedang menggosok seluar kerja abang, Hana terasa seperti sedang diperhatikan sebab bulu roma Hana meremang juga secara tiba-tiba sahaja. Tetapi waktu Hana sedang menggosok seluar kerja abang, suis seterika tiba-tiba tertutup sendiri walaupun Hana tak tutup pun sebenarnya" terang Farhana panjang lebar.
"Hurm,Hana terlupa kot yang sebenarnya Hana dah tertutup suis seterika"
"Tak,Hana tak tutup pun.Abang,Hana tahu Hana agak pelupa sekarang ni tetapi Hana taklah nyanyuk sampai lupa semua benda"
Khairani memegang tangan isterinya yang masih memaka telekung. Dia percayakan isterinya. Dia tahu Farhana menjadi agak pelupa selepas sahaja Ayeesha lahir.Mungkin kerana terlalu banyak urat putus sewaktu dia melahirkan Ayeesha,namun itulah lumrah sebagai seorang perempuan.
"Abang,abang perasan tak yang Ayeesha banyak cakap sorang-sorang sejak kebelakangan ini?" tanya Farhana lagi. Begitu banyak tanda tanya yang berlegar difikirannya sekarang ini,cuma belum ada masa yang sesuai untuk meluahkannya sahaja.
"Perasan juga tetapi itulah.Abang pun takut juga tengok dia begitu. Kalau-kalau ada benda yang tak baik di rumah ini"
"Benda tak baik,maksud abang?"
"Maksud abang,jin-jin yang menumpang di rumah kita ini.Abang takut kalau Ayeesha buat apa-apa yang tak sepatutnya. Dia masih kecil"
"Abang pun percaya yang ada 'benda' di rumah ini?"
"Benda ghaib semestinya ada dan kita wajib mempercayainya.Cuma jangan 'bertuhan'kan mereka sahaja.Jangan buat benda khurafat.Tetapi Ayeesha ni,abang tak tahulah yang dia ni hanya berimaginasi atau sebaliknya"
"Saya risaulah,abang. Saya risau kalau ada apa-apa jadi dekat Ayeesha"
"Insya-Allah tiada. Cuma jangan biarkan Ayeesha keseorangan sahaja"
"Abang rasa,Ayeesha suka cakap seorang diri kerana dia keseorangan?"
"Mungkin.. lagipun dia bukannya ada kawan disini. Balik-balik dia main dengan tanah liat dia" Khairani tergelak kecil.
"Kalau keadaan Ayeesha makin menjadi-jadi,kita bawalah dia pergi jumpa mana-mana ustaz yang boleh mengubati dia dan kalau ada bajet sedikit,kita buatlah kenduri doa selamat di rumah ini"
"Boleh sangat. Kalau abang free dan ada bajet lebih sikit,kita buat. Abang akan cuba habiskan kerja abang secepat mungkin supaya kita boleh hantar Ayeesha berubat. Makin lama,abang makin tak senang tengok dia macam ini"
"Saya juga. Pukul berapa dah ni? Abang pergilah bersiap nak ke tempat kerja dahulu. Saya kejut Ayeesha sekejap"
"Baiklah"
Khairani pun melipat sejadah dan meletakkan semula ditempatnya. Kemudian,dia pun bersiap untuk ke pejabat sementara Farhana sedang mengejut Ayeesha.
-skip-
Sewaktu Ayeesha pulang sahaja dari sekolah, Ayeesha naik ke bilik untuk meletakkan beg sekolahnya serta menukar baju sekolah. Sewaktu dia masuk ke dalam bilik,dia ternampak seorang nenek tua sedang duduk di atas katil sambil memandang ke arah benda benda didalam bilik tersebut. Ayeesha menjadi takut kerana dia belum pernah melihat nenek tersebut. Yang dia pernah nampak hanyalah Lea. Ayeesha lantas turun ke tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Di dapur,
"Eh,kenapa Ayeesha tak tukar baju lagi?"
"Ayeesha..Ayeesha.."
"Ayeesha apa?"
"Ayeesha lapar.."
"Kalau ye pun,tukarlah baju dahulu.."
"Tak nak,Ayeesha nak makan dahulu"
"Baiklah. Tapi makan elok-elok tahu.Jangan kena baju sekolah. Nanti tak cantik dah baju sekolah"
"Baiklah"
Ayeesha duduk di meja makan sementara menunggu Farhana mengambilkan lauk untuknya sedangkan sebenarnya Ayeesha khuatir untuk menceritakan apa yang dia nampak tadi kepada Farhana.
"Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. "
( Surah Al-Baqarah Ayat 168 dan 169 )
-Bersambung-
✔vote ✔comment✔share
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...