Semakin hari,rasa ingin tahu Farhana makin membuak-buak. Dia sungguh hendak mengetahui apa yang ada di sebalik bilik yang berkunci itu. Namun,rasa ingin tahunya itu terpaksa dia abaikan buat masa ini kerana dia tidak mahu Khairani atau Ayeesha berasa takut. Khairani tu tak apalah. Dah besar. Si Ayeesha tu. Budak kecil ada yang lemah semangat.Farhana akan cuba membuka pintu bilik yang berkunci itu selepas sahaja Khairani pergi kerja manakala Ayeesha pula sudah pergi sekolah.Namun hasilnya tetap sama.Farhana tidak boleh membuka pintu itu.
Pada pukul 8 pagi,Farhana keluar ke kedai yang berhampiran untuk membeli sedikit barang dapur memandangkan barang-barang dapur juga hampir habis.Dia tak mahu menyusahkan Khairani kerana memandangkan suaminya itu kini sedang sibuk dengan projek baharu.Semasa dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran,juruwang itu menegur Farhana.
"Kamu ni orang baharu disini,ya? Pak Mad macam tak pernah nampak kami lagi disini" tanya lelaki tua itu yang merupakan seorang juruwang kedai itu.
"Ya,hehehe..kami sekeluarga memang orang baharu disini" jawab Farhana sambil tersenyum ke arah Pak Mad.
"Kamu tinggal dimana?" tanya Pak Mad lagi.
"Saya tinggal di rumah banglo sana..tak jauh dari sini" jawab Farhana.
Pakcik yang lebih dikenali sebagai Pak Mad itu terdiam.Banglo yang tak jauh dari sini? Banglo yang sudah lama kosong itu ke? Bukankah banglo itu keras?
Farhana memandang Pak Mad? Eh? Kenapa dia termenung? Farhana melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Pak Mad sambil memanggil orang tua itu.
"Pakcik?" panggil Farhana.
Pak Mad tersedar dari lamunannya.
"Pakcik okay? Ada apa-apa yang tidak kena?" tanya Farhana.
"Tiada..ada apa-apa lagi yang kamu nak beli?" tanya Pak Mad kepada Farhana.
"Tiada.Ini sahaja" balas Farhana.
"Semua sekali RM48.." Farhana menghulurkan not kertas yang berjumlah RM50.Pak Mad pun menghulurkan bakinya sebelum memasukkan ke semua barang dapur itu ke dalam beg plastik.
"Siapa nama kamu? Pak Mad hendak panggil apa,ya?" tanya Pak Mad sambil memasukkan barang-barang tersebut ke dalam beg plastik.
"Oh maaf pakcik,saya Nurin Farhana.Panggil sahaja Farhana" jawab Farhana.
"Oh,tak payahlah panggil pakcik.Panggil sahaja Pak Mad" senyum Pak Mad.Farhana pun membalas senyuman tersebut.
"Kamu pindah sini dengan siapa? Suami?" tanya Pak Mad lagi.
"Ya,saya pindah bersama-sama suami dan anak saya" jawab Farhana.
"Oh,arkitek yang baru pindah ke sini itu suami kamu?"
"Ya..mana Pak Mad kenal dia?"
"Khairani..dia selalu datang ke sini sejak kamu pindah ke sini.Dia selalu datang dalam pukul 1 macam tu dengan anak kamu untuk beli aiskrim.." jawab Pak Mad sambil tergelak kecil.
"Laa..kiranya,selalulah Ayeesha makan aiskrim? Bertuah punya budak" keluh Farhana.Rupa-rupanya Khairani dan Ayeesha selalu singgah ke sini beli aiskrim.Patutlah Ayeesha tak kesah dah kalau Khairani jemput dia lambat.Kalau tak,bad mood je kerjanya budak itu.Rupa-rupanya telah di'rasuah' dengan aiskrim oleh Khairani.
"Hahaha..ya.Comel anak kamu.Dia cerdik" kata Pak Mad.
"Khairani ni manjakan sangat Ayeesha" keluh Farhana lagi.
"Hahhaha..tak apalah.Pak Mad pun suka dengan anak kamu tu.Dia pandai ambil hati orang.Lagipun,cucu Pak Mad pun lama tak balik.Sekurang-kurangnya,lepaslah rindu Pak Mad bila tengok dia.." kata-kata Pak Mad ini membuatkan Farhana terkedu.Rupa-rupanya,orang tua ini ditinggalkan oleh anak-anak yang tidak mengenang budi orang tuanya.Kasihan Pak Mad.
"Baiklah Pak Mad,saya minta diri dahulu.Matahari sudah semakin meninggi.Si budak Ayeesha itu nanti balik sekolah sudah lapar" jelas Farhana.
"Baiklah..baiklah.Datang lagi,ya" kata Pak Mad.Farhana pun mengangkat barang-barang itu dan pulang ke rumah.
Sewaktu dia sedang memasak.Dia terdengar ada bunyi guli dari atas.Bunyi itu kedengaran datang dari arah tingkat atas.Siapa yang ada dekat rumah ini? Farhana menjadi pelik.
-Bersambung-
✔️vote ✔️comment✔️share
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...