16

600 67 2
                                    

Selesai makan malam,mereka sekeluarga pun pulang ke rumah. Pulang sahaja,mereka sekeluarga terus memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan terus sahaja membersihkan diri sebagai langkah perlindungan diri.Takut ada 'apa-apa' yang mengikut mereka sekeluarga pulang.

Pada pukul 10 malam,sebelum tidur...

"Aaaaaa! Taknak!" jerit Ayeesha dari dalam bilik.

"Ayeesha,kalau tak makan ubat,macam mana nak sihat?" pujuk Farhana.

"Taknak! Taknak makan ubat!" jerit Ayeesha sambil meronta-ronta untuk dilepaskan kerana dari tadi Khairani memeluk erat dirinya. Ini seorang budak yang penakut nak makan ubat. Dari kecil sampai besar,tak pernah tak bergelut semasa makan ubat. Sampai kena peluk dulu baru nak makan. Itu pun kena paksa. Siapa tukang peluk? Khairani.Tukang suap ubat? Farhana.

"Ayeesha,kalau tak makan ubat nanti makin melaratlah demam Ayeesha tu" pujuk Khairani pula. Ayeesha sudah mula menangis. Apa yang ditakutnya untuk makan ubat pun tak tahu. Bukannya Khairani dan Farhana bagi racun pun. Itu baru ubat berbentuk cecair. Macam mana pula ubat pil? Kapsul? Apatah lagi suntikan.

Setelah beberapa ketika,akhirnya Ayeesha pun makan ubat walaupun dalam keadaan terpaksa.

"Haa,pandai pun anak papa" Khairani melepaskan pelukannya lalu mengusap lembut kepala Ayeesha yang masih menangis. Kemudian,Farhana pula memeluk dan memujuk Ayeesha. Kasihan juga dia apabila melihat Ayeesha menangis namun apakan daya,inilah satu-satunya cara untuk menyembuhkan demam Ayeesha.

"Tak mahulah menangis. Ayeesha nak sihat,kan?" tanya Farhana kepada Ayeesha. Ayeesha hanya mengangguk sambil menangis.

"Kalau nak sihat,kena makan ubat", terang Farhana.

"Tapi ubat tu pahit",bantah Ayeesha.

"Ubat ni macam peria. Peria kan pahit tetapi ia menyembuhkan penyakit. Tetapi cuba Ayeesha tengok gula-gula. Gula-gula kan manis tetapi gula-gula boleh merosakkan gigi. Sekaligus mewujudkan penyakit-penyakit yang lain pada badan kita",Khairani memberi perumpamaan. Ayeesha mula berhenti menangis. Dia mengusap-usap matanya. Aduhai,anak siapa comel sangat ni? Khairani mengusap pipi anaknya menggunakan kedua-dua belah tangannya.

"Okaylah,papa nak turun ke dapur sekejap.Nak minum air" Khairani mengusap rambut Ayeesha dan Farhana.

"Baiklah" balas Farhana.Khairani pun keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Sementara itu,Ayeesha mula menguap. Cepat betul kesan ubat tersebut tetapi baguslah. Sekurang-kurangnya biarkan Ayeesha tidur supaya ubat tersebut dapat bertindak dengan baik. Farhana pun menemani Ayeesha sehingga dia tertidur.

Khairani mengambil segelas air sejuk untuk minum. Semasa dia sedang menikmati segelas air kosong sejuk itu,dia ternampak satu kelibat bayang dari ekor matanya. Itu membuatkan dia agak sedikit tersentak. Bayang tersebut kelihatan dari ruang tamu. Dia pun cepat-cepat menghabiskan air tersebut dan berjalan menuju ke ruang tamu. Khairani meninjau-ninjau keadaan sekeliling.Tiada sesiapa. Sesekali dia cuba memanggil nama Farhana. Kot-kot Farhana juga turun mahu minum air. Namun,tiada sahutan. Dia pun pergi semula ke dapur untuk membasuh cawan yang telah dia gunakan tadi.Tiba-tiba,dia ternampak Farhana sedang berdiri membelakangi dirinya pada sinki.Terkejut juga dibuatnya.

"Astaghfirullahaladzim,terkejut abang. Bila Hana turun? Abang tak nampak pun?" tanya Khairani dengan penuh kemusykilan. Farhana hanya berdiri kaku disitu. Khairani cuba memanggil nama Farhana namun tiada sahutan.

"Hana? Hana kenapa ni?" Khairani memanggil nama Farhana sekali lagi. Kenapa dengan isterinya ini?

Tiba-tiba,

"Abang? Abang ada panggil Hana ke?" Khairani memusingkan badannya ke belakang.Terlihat Farhana sedang berdiri dihadapannya kini,dengan mimik muka yang penuh dengan tanda tanya. Khairani mula tergamam. Jika Farhana disini,maka yang tadi tu siapa? Yang dia tegur tu? Khairani menghembuskan nafas. Darahnya mula berderau. Dia berasa seram sejuk.

Farhana yang terlihat wajah Khairani seperti sedang cemas itu mula bertanyakan soalan."Abang okay tak ni?"

Khairani lantas menarik tangan Farhana dan membawa isterinya masuk ke dalam bilik. Khairani hanya diam membisu sambil menarik tangan Farhana dalam masa yang sama,membiarkan soalan yang diajukan oleh Farhana itu tergantung tanpa jawapan. Setelah masuk ke dalam bilik,dia pun mengunci pintu lalu menyuruh Farhana untuk tidur. Farhana pun akur walaupun masih berada di dalam kemusykilan. Setelah beberapa lama berbaring diatas katil,Khairani masih tidak dapat melelapkan mata kerana asyik terfikir akan kejadian aneh tadi.

"Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian..."

As-Syuara':Ayat 84

vote ✔comment✔share

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang